Petal Velvet Sunaway dan Petal Velvet Powder dari Althea untuk wanita aktif
4:47 PM
Assalamualaikum…
Hai korang. Korang memang hari-hari pakai sunscreen atau
sunblock tak? Macam saya jarang make-up sebab tuntutan kerja kena masuk
production. Tak kuasalah pagi-pagi nak make-up lepas tu bila kena masuk
production nak cuci make-up bagai. Muka ni cuma pakaikan toner ja lepas tu
togel je pergi keja. Kalau nasib baik hari tu tak payah masuk lab atau
production baru la mula make-up lepas solat. Kadang tu keluar waktu lunch pon
muka togel camtu ja…ahahaha…jenuh la orang terkejut tengok muka macam mak
lampir.
Sebenarnya sunblock atau sunscreen ni penting untuk kulit
korang yang terdedah dengan sinar UV. Sebelum ni kalau ada team building atau
aktiviti luar baru kalut nak tempek muka ni dengan sunblock padahal sepatutnya
kulit kita ni hari-hari kena protect dari sinaran UV. Tapikan nak mencari
sunblock yang sesuai dengan kulit muka ni agak susah. Kadang bila pakai mulalah
kulit berminyak sampai boleh goreng telur. Bila di sapu bedak mulalah nak
bercapuk dan melekit. Tak suka tau macam tu. Bila diperkenalkan oleh Althea
Korea satu produk terbaru iaitu Petal Velvet Sunaway mulalah rasa nak mencuba.
Petal Velvet Sunaway
![]() |
petal velvet sunaway dari Althea Korea |
Krim Petal Velvet Sunaway dari Althea ni sangat ringan yang
diformulasikan dengan hyaluronic acid & damask rose extracts. Ia mampu
melindungi kulit kita dari sinar UV dan memastikan kulit kita menjadi lebih
segar dan tidak kering sepanjang hari. Petal Velvet Sunaway ini mengandungi SPF
50+ & PA++++. Bila di pakai, ia meresap terus ke dalam kulit seperti tak
memakai apa-apa krim muka. Wah…lepas ni tak risau nak kena tanggalkan apa-apa
krim muka sebelum masuk production….yeay…
Cara penggunaannya Petal Velvet Sunaway mudah saja semudah
ABC.
- Goncang botol Petal Velvet Sunaway
- Picit dan sapu rata pada wajah. Korang dah boleh bersiar-siar di bawah sinaran matahari…yeaaayyyy….
![]() |
sebelum di sapu |
Antara bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan Petal
Velvet Sunaway :-
Damask rose extract-
Membantu menghidrasikan kulit secara mendalam dan mengurangkan iritasi yang menjadikan kulit berasa lebih sihat.
Geranium oil- Memjadikan
kulit lebih berseri dan menyembuhkan jerawat.
Kenapa Petal Velvet
Sunaway ni BEST?
![]() |
wajah(no filter) tiada kesan berminyak dengan penggunaan petal velvet sunaway & powder sewaktu lunch di luar |
Teksturnya amat ringan. Bila dikenakan pada wajah seperti
tidak memakai apa-apa krim. Yang paling best ia tidak berminyak dan wajah tidak
bercapuk dan sesuai untuk penggunaan yang lama. Ia sesuai untuk semua jenis
kulit. Untuk mendapatkan ifek yang lebih glowing bolehlah gunakan Petal velvet
Powder sewaktu menggunakan Petal velvet Sunaway.
Petal Velvet Powder
Petal Velvet Powder merupakan satu lagi produk keluaran
Althea. Ia didatangkan dalam 3 variasi iaitu :-
Translucent code #0-sesuai untuk semua jenis
kulit.
Warm Beige code #23- sesuai untuk yang berkulit gelap.
Ia amat ringan dan membuatkan kulit nampak lebih lembut dan
berseri. Cuma sapukan Petal Velvet Powder dengan span yang disediakan keseluruh
wajah. Untuk kekemasan boleh gunakan berus.
Bahan-bahan yang digunakan dalam Petal velvet Powder :-
Althea seed extract-
kaya dengan antioksidan, melindungi kulit dari luar dan memastikan ia tetap
baik dan terhidrat.
Polyphenols-
Memelihara kulit dan lindungi dari sinaran UV.
Saponarin -
Pembaikan sel-sel yang rosak dan mengembalikan keanjalan kepada kulit dari
penuaan.
Kesemua produk ini amat kecil dan sesuai untuk di bawa ketika travel.
Kalau korang berminat boleh dapatkan Petal Velvet di
www.althea.kr.
PENGHANTARAN PERCUMA pada semua ALTHEA Exclusives dengan
CODE: PBSHIP
Atau, pasangkan Petal velvet Sunaway dengan pilihan Petal
Velvet Powder dan dapatkan 10% dari kedua-dua petal.
4 apa kata anda?
Tak berminyak... Suka produk xberminyak ni
ReplyDeletePatutla hgpa segak dah loni..pakai product althea rupanya
ReplyDeletedah try petal velvet powder tue , memang best , packing dia pun comel
ReplyDeletepewitttt meletop kak zai hihihi
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^