Milk Peel Cream Mask dari Althea memberi kelembapan sepanjang hari

4:38 PM

Assalamualaikum…
 
Hai semua. Sekali lagi diberi peluang mencuba produk terbaru dari Althea Korea. Kali ni saya nak share tentang produk terbaru dari Althea berasaskan susu. Korang suka tak produk kecantikkan yang berasaskan susu? Ada setengah-setengah orang sukakannya. Saya memang suka produk susu-susu ni. Sabun mandian pun guna yang berasaskan susu tau.
 


Produk terbaru ini adalah Milk Peel Cream Mask. Cream Mask berasaskan susu yang penuh dengan AHA dan BHA ini amat sesuai untuk mengelurkan sel-sel kulit mati, sebum tersumbat dan kotoran dari dalam. Yang paling best sekali cream mask ini melembabkan kulit.
 


Milk Peel Cream Mask ini mengandungi ekstrak protein susu yang membantu mencerah, menghaluskan dan melembabkan kulit sepanjang hari. Tekstur mask nya jenis clay dan berubah bentuk menjadi whipped cream apabila timbul buih-buih halus yang sangat lembut dan mempunyai bau susu yang wangi.
 


Cara penggunaan Milk Peel Cream Mask
  1. Sapukan cream mask diseluruh kulit wajah dan urut dengan lembut hingga ia menjadi buih.
  2. Biarkan cream mask di atas kulit dalam 30 hingga 60 saat sebelum dibilas dengan air suam. Siap.
 
bila berbuih rasa geli-geli
Milk Peel Cream Mask ini amat sesuai untuk korang yang mempunyai kulit wajah kombinasi, yang mempunyai pori kulit yang luas dan juga kulit wajah yang kering.
 
Harga Milk Peel Cream Mask ni Cuma RM36 dan korang boleh dapatkan diskaun jika membuat pembelian sekarang di https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. baus produk dr susu. ni nak kena jaga kulit gak ni, terlalu kering dan ada pigmentation dah

    ReplyDelete
  2. Ana dah pakai juga. Memang best. Lembut je buih2 susu tu.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers