Makan Mee Udang di Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak

10:44 AM

Assalamualaikum...

Hai...dah lama saya dan family tak cuti jalan-jalan jadi sempena cuti Deepavali yang lepas sempat bawa tok Besah jalan-jalan ke Kota Kuala Muda. Biasalah tok Besah, kami ajak jalan ke Penang taknak. Tok Besah nak melawat kakak iparnya a.k.a kakak arwah ayah a.k.a mak lang saya yang sakit dan tak boleh berjalan. Nak tahu umur mak lang saya berapa? Hampir 90 tahun tau. Masih kuat daya ingatan cuma dah tak boleh nak berjalan sebab pernah patah kaki dan kaki yang patah tu dah tak berapa kuat lagi.

Sebab target taknak masak tengahari kami keluar agak awal sikit hari tu. Cadang nak terus ke Pantai Merdeka dulu sebelum singgah rumah mak lang tapi saya bagi cadangan nak makan-makan kat Pulau Sayak. Terus kona masuk ke kiri ke Pulau Sayak. Pulau Sayak ni bukanlah pulau pun. Ia merupakan kawasan persisiran pantai dalam kawasan Kota Kuala Muda. Kat sini terkenal dengan keenakkan mee udangnya. Banyak restoran di buka di sepanjang Pulau Sayak. Sebab waktu tu agak awal lagi nak makan kami ambil keputusan makan-makan di Usup Mee Udang Laut Pulau Sayak. Restoran lain banyak di buka jam 12 atau 12.30 tengahari.


Masa kami sampai dah ada 2 family yang makan kat situ. Mungkin masih awal lagi waktu nak makan tengahari kan. Baru ada 2 buah kereta kat situ tapi waktu kami nak balik dah penuh kereta di kawasan tempat letak kereta yang disediakan. Kami pilih duduk di meja batu betul-betul di tepi pantai. Nak ambil angin laut la katakan.

Kawasan restoran Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak ni agak luas. Banyak meja-meja panjang sesuai untuk sesiapa yang datang bersama keluarga yang ramai atau gathering bersama kawan-kawan.

Jom tengok apa yang kami order.

Set bawal goreng panas-panas. Kari dia sedap

nasi goreng udang x 2 set

mee udang

Total kami bayar hari tu RM54 termasuk 4 gelas air dan tambah 1 nasi goreng + telur mata. Konsider murah sebab udangnya besar-besar dan segar. Puashati makan walaupun pertama kali kami makan kat situ sebab tak tahu sedap ke tak. Main terjah je. Suami saya seorang yang cerewet. Kalau dia boleh makan siap bertambah tu maknanya memang sedap....hahahaha...

budak paling happy dapat makan :)

Kalau korang datang awal ke Kota Kuala Muda atau Pantai Merdeka tapi tak tahu kat mana nak makan yang sedap, saya syorkan boleh singgah makan di :-

Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak
Tel : 019-4321857
Waktu Perniagaan : 10 pagi - 12 malam
FB : Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak Official



You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. Haritu lalu jer..tgh sign board tp dah terlepas..malas nak konar..balik terus..next time nak singgah laaa

    ReplyDelete
  2. jauhnya nak pergi tengok menu dia lapar dah hahhaha

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^