KIRA KIRA Baby | Rangkaian Produk Penjagaan Bayi Dari Jepun Kini Di Shopee

8:44 AM

Hi ibu ibu sekalian. Pernah dengar produk bayi jenama Kira Kira?
Baru-baru ini saya telah mencuba satu rangkaian produk bayi dari Jepun untuk baby Auni. KIRA KIRA Baby rangkaian produk penjagaan bayi dari Jepun sudah berada di Malaysia dan boleh didapati di Shopee. Kira Kira, jenama lampin dan penjagaan bayi premium yang lengkap dengan inovasi teknologi Jepun kini di Malaysia untuk membantu bayi anda membesar dengan bergaya dan selesa.
 
 


Rangkaian produk KIRA KIRA terdiri daripada Kira Kira Airy Soft Premium Diapers, Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium Pants, Kira Kira Top to Toe Wash (400ml), Kira Kira Baby Lotion (380ml) dan Kira Kira Nappy Cream.
 

Kira Kira Airy Soft Premium Diapers & Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium Pants

 


Direka mengikut garis pinggang, Airy Soft Premium Tape Diapers yang terdapat dengan saiz ‘New Born’ dan ‘S’ diperbuat daripada bahan-bahan premium yang boleh menyerap udara serta lembut. Dengan bantuan penunjuk kelembapan pada lampin, ibu bapa kini boleh mengetahui dengan mudah masanya untuk lampin perlu diganti  bagi mengelakkan ruam atau kerengsaan kulit bayi anda. Mereka juga kini boleh bergerak dengan lebih selesa dan nyaman dengan bantuan pita boleh lekat semula yang ultra lembut bagi mengekalkan pemakaian lampin pada bayi anda.
 
Untuk kesenangan dan lebih mudah dipakai, ibu bapa boleh memilih Ultra Soft & Dry Premium Pants, yang terdapat dalam pelbagai saiz dari saiz M hingga ke saiz XXL. Bahan boleh serap udara yang premium dan penyerapan dua lapisan melanjutkan rasa kering dan segar dengan lebih lama. Bukan itu sahaja, ukuran perut dan kaki yang selesa juga membolehkan si manja bergerak dengan mudah.