Ucapkan SAYANG DENGAN BUNGA DARI FLOWER CHIMP
9:23 AM
Korang seronok tak bila orang bagikan bunga yang
cantik-cantik. Mestilah seronok betul tak? Hati rasa berbunga-bunga seperti
bunga yang kita terima tu. Kalau boleh hari-hari nak orang bagi bunga kat kita.
Tak kisahlah bunga jenis apa janji ianya bunga.
Zaman semakin maju. Selain meluahkan rasa sayang di media
sosial, korang boleh gunakan khidmat penghantaran bunga untuk yang tersayang.
Barulah surprise sikit betul tak?
Sekarang ni FLOWER CHIMP telah memacu
perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan
indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih
jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung
jari sahaja. Tak perlu lagi bersusah-susah nak ke kedai bunga untuk memilih.
Senangkan?
Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke
kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan
Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan
anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding
pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh
negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di
Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah
perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama
pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma
ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga
boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang
dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk kejutkan insan tersayang mereka.
Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman,
Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara.
Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan
bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang
perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam
perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian.
Dengan mengutamakan
kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga
berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan
penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan
tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan
dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada
pasaran yang semakin berkembang.
Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia,
Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi
ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara
lain.
“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran
bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam
industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi
pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di
Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda
berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.
Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam
perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya
menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah
Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai
potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran
mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat
lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk
mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018
dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong
Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.
Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa
yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan
pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan
Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan
pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara
langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke
atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan
promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang
bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.
Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan
media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan
pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan
perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan
datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga
tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu
Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.
Jika berminat untuk menggunakan khidmat Flower Chimp boleh hubungi :
Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp
Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook:
https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id
Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph
Ada sapa-sapa nak bagi bunga sempena ulangtahun ke-6 perkahwinan saya tak? Huhuhuhu...sheben kita takmau bagi bunga katanya sebab dah bagi 'si bunga' dalam rumah kami dah.
3 apa kata anda?
bestnyaa lahai kalo ade yang kasi kite munge2 cantik ni =D
ReplyDeleteMesti la seronok. Kalau dapat bunga lawa ni
ReplyDeletecantik2 bunganya..Liez nak bunga tulip hihihi
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^