Barang Kelengkapan Bayi Dan Ibu Untuk Di Bawa Ke Hospital

10:21 AM

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik minggu depan dah nak masuk 7 bulan mengandungkan adik abang Aqil. Phewww….kejap ja masa berlalu. Tak terasa sangat macam mengandung pun ada sebab perut kecil sangat kali ni sampaikan ada kawan tak perasan pun kata kita mengandung. Alhamdulillah setakat hari ni takde alahan yang teruk-teruk. Masih bertahan dari sakit demam segala. Setakat muntah-muntah masa gosok gigi tu biasa dah bagi saya.
 
Bila ada yang tanya ‘Bila nak tambah lagi ni?’ kita terus jawab ‘Ni dah ada dah dalam perut. 6 bulan dah pun’ terus kawan terkejut. Haila…kecik sangat ke perut kita ni…huhuhuhu… Patut la orang buat tak tahu je kat kita bila takde tempat duduk kat klinik kesihatan. Orang tak nampak kita ni macam mengandung rupanya…huhuhu….
 
6 bulan lebih
Dah nak masuk 7 bulan ni baru la kalut nak beli barang baby yang penting-penting serba sedikit. Untuk persediaan. Nak beli benda basic je pun. Jangan di tanya mana barang baby abang Aqil. Semua saya dah sedekahkan pada yang selayaknya barang-barang baby tu dulu lepas dah lebih dari 3 tahun masih tak punya rezeki anak. Kita ingat rezeki kita cuma setakat abang Aqil je. Kita redha. Tak apalah, janji dah ada anak walaupun seorang. Banyak kali juga la kita buat house cleaning bersihkan almari sampaikan buaian abang Aqil pun kita bagi kat orang. Yang tinggal hanyalah 2 buah stroller dan baby car seat yang elok berbungkus dalam plastik. Abah Aqil bungkus simpan elok-elok dalam bilik pakaian. Tetiba tersayang plak kat stroller dan baby car seat tu…tihihihi…
 
Emmm…apa ye benda basic barang bayi dan ibu untuk persediaan 7 bulan ni? Hat ni je yang sempat saya ingat.
 
Barang basic bayi (beg bayi) :-
  • Pakaian bayi (2-3 pasang)
  • Bedung (2-3 helai)
  • Sarung tangan dan stoking (2-3 pasang)
  • Diapers (pek kecil)
  • Baby wipes
  • Minyak telon
  • Barut (2-3 helai)
  • Tuala mandi
  • Barangan mandi (pek kecil)
 
Barang basic ibu (beg ibu) :-
  • Maternity Nursing Bra & Panties (3-4 pasang)
  • Maternity pad (1 paket)
  • Stokin (2-3 pasang)
  • Selipar
  • Telekung
  • Pakaian untuk discharge
  • Barangan mandian dan penjagaan diri
  • Tuala mandi
  • Termos air panas
  • Botol air
  • Kudapan
  • Cawan/sudu
 
Eh…basic pun dah banyak juga ni…ahahaha…adoi… Kalau prepare semua mau berjela-jela la nampak gayanya. Korang rasa ada benda basic yang saya tertinggal tak? Cer komen sat apa benda tu takut kita lupa. Opsss...macam nak bersalin anak sulung plak gayanya.

You Might Also Like

11 apa kata anda?

  1. good sharing sis.. byk yg tak bpe tahu ttg info nih..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dipermudahkan urusan sis sekeluarga dan sentiasa sihat mommy dan bby.. amin ya rab =D

    ReplyDelete
  3. terima kasih list ni kak zai.. boleh guna nanti hihihihi

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan segala urusan kelahiran si kecil kak zai.

    ReplyDelete
  5. Mesti tak sabar nak dapat baby kan.. tahniah, semoga semua urusan baik2 aja ye :)

    ReplyDelete
  6. Singapore New Property Guide provides the latest update on new condo, landed, strata-house, commercial and industrial property new launches.
    Visit To Learn More Now. https://www.newpropertyguide.com/new-futura/

    ReplyDelete
  7. Singapore New Property Guide provides the latest update on new condo, landed, strata-house, commercial and industrial property new launches.
    Visit To Learn More Now.https://www.newpropertyguide.com/new-futura/

    ReplyDelete
  8. Haritu masa nak beranakkan Zulaikha mokcik bawa laa semua barang ikut list ni. Siap satu beg besar lagi combine brg baby & mak baby. Sekali tak buka pon beg tu. Semua hosptl sediakan. Sbb sebelum ni mokcik beranak kat GH depa x sediakan apa2. Bila prebet ni semua depa sediakan. Siap tuala basah utk lap badan kita mcm org tua sakit tu. Kebetulan pulak mokcik takleh bangun selama 5 hari jadi mak duk lap pakai tisu basah tu lerr..alamak terkomen pjg lebor pulak dah..ape2 hal pon mokcik tak sabar nak tengok wajah adik Aqil ni..take care tau

    ReplyDelete
  9. bagus infonya.. kadang2 memang lupa apa yg perlu di bawa ke hospital..

    ReplyDelete
  10. rasanya dah cukup tu untuk ke hospital.. teringat masa nak bersalin kat Kimie, time sakit nak bersalin baru kalut ambik barangan ni letak dalam beg.. Nasib laa hospital dekat dengan rumah ayah..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers