Pregnancy Journey | 6 months already

9:05 AM

Assalamualaikum. Alhamdulillah cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 6 bulan mengandungkan adik baby Aqil Najmi.

Yang lawaknya sampaikan ada orang yang tak perasan pun saya mengandung. Iyelah...badan dah la chubby, kau mengandung ke tak mengandung ke badan macam tu je. Orang tengok biasa je. Kadang-kadang ada kawan yang tau kita mengandung ni tanya "Berapa bulan dah?"

Bila jawab 6 bulan semua macam...."Ha? 6 bulan dah? Perut tak nampak pun macam mengandung"

Itulah...saya sendiri pun kadang-kadang rasa macam tak mengandung....hihihi... Maintain je perut ni...ahak tapi hari tu scan 20 weeks doktor cakap perkembangan baby mengikut size umur dia. Berat maintain ja. Kejap naik 200 gram kejap turun. Dok statik macam masa berat tak mengandung. Makan macam biasa. Takde la asal makan nak muntah segala.

Alhamdulillah...pengalaman mengandung kali ni dipermudahkan oleh Allah. Setakat 6 bulan mengandung ni tanpa alahan dan demam. Cumanya dah mula rasa sakit kat tulang pinggul ni ha. Bila berjalan...uiiiii...sakitnya tuh di sini di dalam hatiku. Dulu waktu mengandungkan Aqil tak rasa sakit tulang pinggul tu pun. Kali ni merasa la.

Semalam masa ambil Aqil dari sekolah dia tanya :-

Aqil : Mama...bila adik baby nak kuar dari perut mama?

Mama : Nanti adik baby keluar la. Lani dia kecik konet lagi.

Aqil : Oooo...mama...dulu Aqil pun tidoq dalam perut mama jugak ke?

Mama : Yala...dulu Aqil kecik-kecik duduk dalam perut mama ni la. Pastu dah besar sikit Aqil pun nak keluar main dengan mama.

Aqil : Oooo...mama...dalam perut mama tak gelap ke? Ada lampu tak?

Mama : Krik...krik...krik... T_______________T (apa mama nak bedal ni hahahaha...adoi)

Aqil : Mama....jawab la dengan mulut. Dalam perut mama ada lampu tak?

Mama : Yala...mama jawab la. Dalam perut mama mana ada lampu. Mama pun taktau adik baby dok dalam gelap ka tak. Dulu Aqil dalam perut mama gelap tak?

Aqil : Tak tahu.

Hahaha...jenuh menjawab dengan budak nak masuk 5 tahun yang banyak cakap ni. Semua dia nak tanya. Kadang tu sampai tak boleh nak fokus waktu drive. Soalan KBAT dia mencabar sungguh....hahahaha...

Apa-apa pun saya harap perjalanan mengandung dan bersalinkan adik baby Aqil Najmi ni dipermudahkan segalanya....Aamiin...

#18weekstogo

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. kak zai tahniah.dah lama blogwalking, tau2 aqil nak dapat adik dah. semoga dipermudahkan segala urusan bersalin k.zai.

    ReplyDelete
  2. semoga dpermudahkan urusan bersalin nanti..

    ReplyDelete
  3. Hahaha budak cerdik ni banyak soalan... Semoga dipermudahkan urusan mengandung dan melahirkan.

    ReplyDelete
  4. waaa..congrats, kzai..semoga dipermudahkan segala urusan sampai bersalin nnti

    ReplyDelete
  5. x lama dah tu.. smoga dipermudahkanNya..
    tahniah!

    ReplyDelete
  6. Tengok org mengandung rasa sat ja..bila kita ngandung sendr rasa alamak lambatnyer nak due..huhuhu

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers