Escape Waterplay Teluk Bahang | Taman Tema Air di Pulau Pinang
11:25 AM
Assalamualaikum. Hujung bulan Oktober yang lepas dapat
jemputan ke Escape Waterplay Teluk Bahang. Escape Waterplay merupakan salah
satu tarikan terbaru yang telah di buka pada bulan November 2017 kepada umum di
Pulau Pinang. Ia merupakan taman tema air dari syarikat pengurusan yang sama
dengan Escape Advanture Teluk Bahang.
Disebabkan saya masih dalam tempoh berjaga-jaga maka saya
bawa teman yang memang sama-sama sukakan aktiviti lasak untuk gantikan saya
buat aktiviti air yang gerun di Escape Waterplay.
Bagi yang ingin masuk ke Escape Waterplay, korang perlu
memakai pakaian renang khas yang lengkap. Tak boleh memakai t-shirt biasa
untuk menjaga kebersihan air. Bagi perempuan Islam yang menutup aurat macam
mana ya?
![]() |
![]() |
SEWAAN BAJU MANDI MUSLIMAH SERENDAH RM10 |
Aktiviti Lasak di Escape Waterplay Teluk Bahang
Di Escape Waterplay ni korang jangan risau, semua peringkat
umur boleh sahaja jalankan aktiviti yang korang suka. Yang penting
berhati-hati. Bagi yang ada anak kecil sila pantau anak kecil anda. Jom tengok
apa permainan air yang boleh korang cuba di Escape Waterplay Teluk Bahang.
WAVE BALL
Masuk saja ke Escape Waterplay korang akan jumpa WAVE BALL.
Kalau korang nak rasa pengalaman seperti bermain ombak di laut boleh cuba
permainan ini. Pengunjung harus memakai jaket keselamatan yang disediakan
kerana alunan ombaknya agak besar. Eh…jangan takut. Budak-budak la paling
seronok kat sini tau.
ATAN’S SWING & ATAN’S JUMP
Jalan ke depan sedikit akan jumpa ATAN’S SWING & ATAN’S
JUMP. Kalau korang nak mencuba permainan yang mencabar dan merasai aliran
ardinelin korang mengalir laju dalam badan boleh cuba permainan ini. Yang
paling penting kena pandai berenang dan jangan panik kerana kolam ini sedalam 5
meter. Dan di ATAN’s SWING juga akan diadakan persembahan terjunan dengan api
oleh penerjun professional.
BANANA FLIP
![]() |
PIC KREDIT : www.penang-traveltips.com |
Di kolam 5 meter yang sama terdapat permainan yang paling
digeruni iaitu BANANA FLIP. Kalau korang jenis yang suka aktiviti lasak dan
pandai berenang, bolehlah mencuba aktiviti ini.
TWISTER SLIDE
![]() |
PIC KREDIT : www.cikpinz.com |
Mesti ramai yang suka bermain di TWISTER SLIDE ni. Ia
mempunyai laluan yang tertutup dan terbuka. Korang boleh pilih nak laluan yang
macam mana. Tapi perlu di ingat, sila bawa pelampung korang sendiri dari bawah
ya sama ada nak bermain secara solo atau berpasangan.
RAINBOW SLIDE
Paling suka RAINBOW SLIDE ni tapi apakan daya saya tak
dibenarkan naik atas faktor keselamatan. Korang kena meniarap dan meluncur laju
ke bawah. Nasib la tak boleh naik. Kalau tak dah lama saya panjat naik RAINBOW
SLIDE ni.
![]() |
permandangan dari atas Rainbow Slide pic kredit : www.cikpinz.com |
Di sebelah RAINBOW SLIDE terdapat 2 lagi slide untuk korang
bermain. Yang jalur merah jambu putih tu slidenya agak curam dan slide berwarna
hijau pula korang akan dilepaskan melalui tube.
Geram ja tengok partner saya dapat naik Rainbow Slide.
Amboi...bukan main happy lagi dia meluncur sampai ke depan.
Permainan Kanak-Kanak di Escape Waterplay
Eh…semua permainan untuk orang dewasa ja, mana permainan
yang sesuai untuk kanak-kanak?
Ada ni ha permainan untuk kanak-kanak.
AK ACADEMY
Permainan ini mengajar kanak-kanak agar lebih konfiden
bermain dengan air.
AK SPLASH
AK SPLASH ini mengingatkan kita tentang masa lalu di mana
kita dapat bermain air bersama rakan-rakan di sungai memandangkan sungai-sungai
yang ada telah tiada atau di telan arus kemodenan. Dengan kedalaman airnya cuma
sedalam 0.6 meter ia amat sesuai untuk anak-anak berumur dari bayi sehingga 12
tahun.
TOTS POOL
Direka untuk kanak-kanak untuk bermain, teroka dan
berinteraksi sesama sendiri. Kolamnya sedalam 0.2 meter sesuai untuk
kanak-kanak berumur dari bayi sehingga 12 tahun.
PLAY HOUSE
Di sini jangankan kanak-kanak, mak bapa budak pun turut sama
bermain. Terdapat banyak slide yang korang boleh naiki dan ia amat
menyeronokkan. Kedalaman air cuma 0.3 meter.
Kemudahan di Escape Waterplay
Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di Escape
Waterplay. Antaranya tadi sewaan pakaian mandi muslimah serendah RM10 sepasang.
Terdapat loker tempat untuk menyimpan barang dan juga bilik
mandi yang berada berdekatan dengan loker.
Gerai jualan makanan dan minuman ringan juga ada disediakan.
Perlu di ingat, tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dari luar. Korang
cuma perlu beli kupon di kaunter yang disediakan dengan minimum RM20 dan
bolehlah membeli makanan dan minuman yang di jual di situ. Jika wang korang
tidak habis digunakan, korang boleh redeem kembali baki duit korang di kaunter
belian kupon tadi.
![]() |
kaunter jualan makanan dan minuman |
![]() |
antara makanan yang boleh di beli |
![]() |
redeem baki wang tidak habis digunakan |
Bagi yang beragama Islam tidak perlu risau. Surau yang
bersih telah disediakan di dalam Escape Waterplay.
Terdapat juga banyak tempat istirehat yang disediakan. Pilih
saja kat mana korang nak duduk.
![]() |
tidur di buaian |
![]() |
berehat di kerusi rehat |
![]() |
santai-santai di meja makan |
Kalau korang inginkan maklumat lanjut tentang harga tiket dan
Escape Waterplay, bolehlah layari :-
Website : www.escape.my
Facebook : www.facebook.com/escape.my
Belian tiket : https://ticket.escape.my/Product/Individuals
Harga tiket belian walk-in dan online adalah berbeza. Jadi korang
boleh dapat harga lebih murah dengan belian online. Buat keputusan yang lebih bijak ya
Atau boleh hubungi :-
Tel : +604 881 1106
Fax : +604 881 3106
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari
ISNIN. Dibuka dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang.
SELAMAT BERMANDI-MANDA KORANG.
21 apa kata anda?
bestnya..aritu lalu je...tak tau plak ada waterpark kt situ
ReplyDeleteAda...seberang jln dgn escape themepark
DeleteBestnya..rasa macam nak repeat lagi sekali laa..jom sama2..
ReplyDeleteJom...best sgt
Deleteberapa harga tiket water park ini sahaja
ReplyDeleteBoleh tgk di website escape mengikut pakej
Deletebaju renang muslimah sampai saiz apa?? kalau untuk badan besar ada x?
ReplyDeleteKlau x salah smpai 2xl. Klau ada bj jersi tgn pnjg(x boleh pkai inner klau bj tgn pendek) & legging jenis kain getah or jersi boleh guna
DeleteKak nk tnye,klau pakaian utk perempuan and lelaki yg Muslim yg tknk sewa Baju renang pakaiannya mcm mne pulak ye,blh bgi penerangan tk
DeleteNak tanya. Harga tiket waterplay termasuk sekali dgm adventure park?
ReplyDeleteboleh pilih nak harga sekali adventure park atau tak
DeleteSalam akak, akak pakai saiz apa ya untuk baju renang sewa tu? dan adakah fit atau loose?
ReplyDeleteakak pkai 2xl...kalau baju wrna biru muda ia sedikit loose. klau bj wrna hitam agak fit ckit
Deleteoh okay akak. saya ada beberapa soalan lagi. harap akak sudi jawab hehe.
Delete1) cap dia mmg bersambung/jahit sekli ya? ada tak yang cap asing?
2) kita boleh pilih baju atau dia yg bagi masa nak sewa tu?
3) start waterplay pukul 12pm ke? hitamlah mak nakkkkk hahaha.
4) locker tu muat tak satu backpack yg boleh bawa masuk kabin tu?
Kak.. kalau main escape extreme park dan waterplay park dlm stu hari sempat x agak2 kak?
ReplyDeleteTgk pd kepantasan awk main kt extreme park. Klau jenis cpt habis satu2 task atau pergi time org x ramai start pkl 10 pg main dlm tu pkl 2 ptg awk dh boleh masuk mndi kt waterplay pula sbb waterplay buka jam 12 tghari
DeleteBaju renang muslimah Tu Banyak ke disediakan?
ReplyDeleteBaju renang muslimah YG disediakan bnyk Ker ?
ReplyDeleteBaju renang muslimah Tu Banyak ke disediakan?
ReplyDeleteBaju renang muslimah Tu Banyak ke disediakan?
ReplyDeleteBerapa harga satu locker tu ya
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^