Balik-balik terus fish

1:27 PM

Assalamualaikum
 
Alhamdulillah semalam Aqil balik kepangkuan....kah..kah...kah...Ayat macam Aqil melarikan diri merajuk ja nak kepangkuan bagai.
Lepas rindu dendam mama nak peluk nak cium pipi dia yang gebus tu.
 
Sampai ja rumah terus lari-lari peluk kaki.....ahhhh....rasa terharunya anak kecik wat camtu.
Dah tau rasa rindu la tu nampak gayanya.
 
Pas peluk cium bagai dia pon main la keta 20 hengget dia tu tup tup dok sebut fish fish fish....berulang-ulang sambil tunjuk ikan laga abah atas meja.
Eh..eh...dah pandai dah.Sebelum ni saya ajar sebut ikan ja.Takmau campur-campur bahasa kang kecelaruan plak dak debab ni.
Baru sehari dah dapat fish.Dok 2 3 hari lagi mau ada perkataan lain plak keluar.
 
 
Pastu dok layan video ABC dia ada ketapi tapi dia sebut bas.
 
''Bukan bas...ketapi''
 
''Pi...''
 
Dok sebut pi tu la berulang-ulang plak.
 
Antara sebutan Aqil.
 
Kucing~uuucing
Cicak~chiiiicak
Berak~ak
Ikan-ikan
Bas~bas
Lori~lowi
Kapal-apai
Mau~nanak
Kereta~keta
Ketapi~pi
Susu~nenen
Mandi~andi
Mata~ceta
Rambut~ambut
Gigi~gi
Tangan~ngan
Kaki~ki
Perut~wot
Pusat~cat
Hujan~uuuujan
 
Eh...banyak plak perkataan yang dia dah tau sebut.Tak perasan pon...hihihi...
Tak sabar nak dengar anak gabung-gabung ayat.

You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. Geram akak tengok.. semakin tembam .. rasa nak gigit jer pipi tu :)

    ReplyDelete
  2. hahahaha..macam jejak kasih betul bila si Aqil peluk kaki...

    ReplyDelete
  3. Assalam zai,
    he3
    banyak dah tu
    baguih3
    kalo nak tau si abang fayyadh kan3, sampai la ni dok sebut 'tik oooo' untuk susu+milo dia hokeyh :P
    ayat laen dah lancor
    tapi porkataan tu ja yang melekat tak leh ubah he3

    ReplyDelete
  4. abg qayyim dok sembang bahasa jerman la ni. punya la panjang. hehehe. yaayy adik aqil mmg anak yg bijak & cepat belajar. muah ciked

    ReplyDelete
  5. Comel bila anak mula berbicara. Teruskan supaya anak menjadi berani berkata-kata. Ia mampu memberi semangat pada anak

    Pssstt: widget top komentar tak menjadi ka? Ingin sangat membantu sila email saya di azrilmohdhaniffa@gmail.com

    ReplyDelete
  6. hehehe biasalah bebudak kan sebut half2 dulu.. tapi ada CT baca.. kita jgan ikut sama pelat macam bebudak.. biar kita sebut perkataan lengkap walaupun diorang sebut still pelat..

    ReplyDelete
  7. mana dia dapat mata jadi ceta tu? hihihi

    Uwais reti sebut lori dah tapi kadang kalau keluar nampak lori tetap atak jugak jadi perkataan kesayangan dia hihihihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^