Viral | Kisah di Hentian rehat Temerloh, Mana datang duit ni

4:32 PM

Assalamualaikum
 
Semalam tido lewat gara-gara baca viral kat FB pasai kisah sorang ni.
Macam-macam orang komen.Ada yang percaya ada yang tak.Ada komen negatif ada komen positif.
Ada kata cerita ni di reka-reka...ada kata malaikat menyerupai manusia...tahla...macam-macam komen.
Saya?
Entah la tapi ambik yang positif sudah.
 
Kisahnya macam kat bawah ni.
 

 
Apa pendapat korang?
 
Macam saya cuba pikir positif.
Kalau cerita ni tak betul bukan kita berdosa pon.Anggap saja cerita ni nak mengingatkan kita supaya selalu bersedekah.
Dusssshhhh...terkena batang hidung sendiri.Rasanya dah lama tak bersedekah.
 
Boleh jadikan amalan.Kalau tak boleh banyak kita sedekah sikit.Kalau tak boleh hari-hari kita buat seminggu sekali.
Lagipon rezeki yang kita dapat bukan semua hak kita.
 
Ok ok...azam...kena mulakan tabiat bersedekah.

 
Tadi dok termenung masa lunch dan-dan teringat masa kecik-kecik dulu.Zaman kami susah.Abang adik masih sekolah.Arwah ayah keja tukang kebun.Mak wat meniaga kuih.
Kadang-kadang niaga tak balik modal pon.Kadang makan nasi dengan air garam takpon sayur kangkung kutip kat tali air.
 
Ada orang datang bagi salam cakap minta derma sekolah pondok.Sebelum buka pintu saya dengar mak cakap 'Duit takdak ni....macam mana nak bagi kat dia...' dengan muka serba salah.
 
Bila buka pintu mak cakap 'Maaf...kami takdak duit.Kalau bagi beras boleh tak?'
 
Orang tu cakap takpa kalau takda duit.Mak bagi 2 cupak(tin susu pekat) beras dan bagi dia minum segelas air.Tak habis-habis orang tu berdoa lepas tu berlalu pergi.
 
Petang tu tup tup arwah pak ngah(iman masjid) datang cakap nak bagi zakat.Ada orang suruh bagi zakat.Nah...rezeki datang tanpa di sangka-sangka.Berlipat kali ganda dari 2 cupak beras tadi.
 
Kalau ikutkan kerap sangat jadi kat mak macam tu.Selalu mak cerita tapi saya anggap tu rezeki mak.Takda la nak viral ke apa sebab kita memang tau kelebihan orang-orang yang bersedekah sampaikan mak selalu pesan jangan kedekut bila orang datang minta sedekah atau jual buku/kitab agama.Bagi/beli setakat kita mampu.
 
Ikhlas.
 
Esok-esok ada la rezeki kita.Kalau dia takmai kot situ dia mai kot sini.Kalau dia tak mai dalam bentuk duit dia mai dalam bentuk makanan.
 
Kadang kita bukan taknak bersedekah tapi banyak sangat orang yang suka menipu sampai kita jadi takut tapi takpa kalau dia tipu kita...dia yang dapat dosa tapi kita dapat pahala bersedekah yang penting ikhlas ^.^
 
 
 

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. Salam.
    Tulisan yg terkesan kat hati.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. bila bersedekah, Allah murahkan lagi rezeki kita. dah terbukti kan :)

    ReplyDelete
  3. Assalam zai,
    he3
    iols saaaamaaaa
    lama dah tak sedekah
    sebab macam dah blacklist peminta derma sebab kes2 yang sindikit salah guna derma segala tu tau3

    ReplyDelete
  4. bila bersedekah, rezeki lg murah...dh terbukti dan penah jadi kt saya..pagi sedekah seringgit kt mak cik di pasar pagi, petang dpt 300 upah org bg (padahal tlg dia buat kerja yg simple saja)...alhamdulillah...syukur..

    ReplyDelete
  5. ustad kata, niat buat baik pun da dpt pahala.
    ustad kata, biar la org tu niat x baik. yg penting kita dpt pahala :)

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^