Sabtu punya aktiviti

2:41 PM

Assalamualaikum

Sabtu Ahad macam biasa abah keja.
Mama bawa anak pi main kat play ground dekat-dekat umah sebelum balik umah tok Besah.

Time ni takda orang so semuanya Aqil yang punya...hohoho...


Balik umah tok Besah adik cakap kedai ECO RM2 baru buka hari ni.Masa lalu kat Sekolah Menengah Telok Ayer Tawar punya la ramai kat kedai ECO dan IKA.
Petang bawa tok Besah sopim.
Pilih ja nak apa semua adik bayar.Adik bagi duit sesiap suruh sopim.

Masuk ja ECO mata ni punya rambang.Rasa nak ambik semua.

Murah

RM2.12 termasuk GST tiap satu barang/set.
Bekas bento bermacam jenis ada.


Bekas air ni ritu depa mai jual kat kilang 3=RM10 tapi ni 1=RM2.12 ja.Boleh dapat 4 ni.


Hasil rembatan kami anak beranak.20 barang baru RM42.40.


Sebenarnya nak ambik macam-macam lagi tapi dok kesah dengan Aqil jadi la banyak ni...hihihi...

Malam pi ambik abah balik keja.Abah belanja kat kedai Siam kat area Taman Robina.
Nasi goreng seafood yang penuh menggunung.
Satu pinggan boleh makan untuk 2 orang ni.
Eh...ada gak tomyam campur yang sedap pedas mabeles tapi takdan nak snap.Kalut kesah Aqil yang dok gongcang tangan mama sambil 'ma ma ma...nanak...'


Nama kedai taktau tapi pemes untuk budak-budak muda.Nasi menggunungkan?

Aqil bukan tidoq tapi bila orang asik tengok dan tegur dia mula la dok wat mata.Geram betoi.Dok wat comey camtu.


Sampai umah jam 3 pagi pakat pengsan tak sedaq diri dah.Letih.Aqil pon tak bangun minum susu.


You Might Also Like

9 apa kata anda?

  1. kedai eco ni byk kat tmpt saye..
    skrg mls dh nk pegi sbb hrga dah naik 12 sen slps gst.. haha

    ReplyDelete
  2. seronok la si bambam tu main kat playground ye kak.. kedai ECO tu CT ada nampak kat area kulim.. skrang kan jadi guru ganti kat kulim.. so ronda2 area sini tapi x penah singgah..

    murah yang amat noo..

    ReplyDelete
  3. sini pun ECO baru bukak awal tahun ritu. dari pemerhatian kami (lah sangat) hahahaha. ada yang murah ada yang mahal. ada tu dekat longwan dapat dalam singgit lebih je tapi dekat ECO RM2. kalau tuperware tu kira kategori murah la tu hihihi

    ReplyDelete
  4. kedai eco tu memang ada penunggu laa rasanya.. bajet nak masuk RM10 .,, tapi keluar kengkadang 40-50 ringgit pon boleh abes.., hahahaha.. kat kl mana nak cari kedai ni..balik kg segamat baru ada.. memang memborong laa

    ReplyDelete
  5. Assalam zai,
    sonoknyaaaaaaaaaa sopin barang2 murah tipuware
    nak jugakssssss
    p/s : aqil kuat blakon naaaaaaaaaa :P he3

    ReplyDelete
  6. ritu pun pergi tgk kat brgn daiso
    cute2 je brg dia
    mmg tahan gak hati ni nak beli hahaha

    ReplyDelete
  7. kedai pebret kami hahaha. tp meluat tang gst 12sen huhhhhhhh

    ReplyDelete
  8. sy geram sangat tengok bekas2 macam tu. haih!

    jap jap. kenapa muka si comel tu kemain poyo. hahaha! comel angatttttt buat muka gitu

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^