Resepi Mudah | Cucur Kembong a.k.a Cucur Manis Viral

12:12 PM

Assalamualaikum. Belek facebook sana-sini orang dok kongsi buat cucur kembong a.k.a cucur manis yang viral tu. Geram betul bila tengok cucur diorang gebu kembung bulat-bulat tanpa menggunakan yis. Ini yang membuatkan saya nak mencuba. Maka terjadilah cucur kembong viral versi saya.




Hahaha....tak jadi bulat-bulat gebu macam diorang dok viral tu sebab saya tak uli bulat-bulat atas tapak tangan. Masa tengah bancuh adunan ni baru teringat tayar kereta tak baiki lagi. Kalau lambat mau bengkel tutup. Terus jemput-jemput guna jari adunan tepung tu dan terus masuk dalam minyak panas.

Jom tengok resepi untuk bahan-bahan dan cara penyediaan cucur kembong viral ni.

Bahan-bahan cucur kembong

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air panas(air yang baru masak)
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu the garam

*Nak lagi sedap boleh tambah udang, ikan bilis, lobak merah di sagat dan sedikit serbuk cili atau cili potong.

Saya cuma guna 4 bahan di atas tu.

Cara-cara penyediaan cucur kembong

  • Campurkan tepung, garam dan gula. Gaul rata.
  • Masukkan air panas dan gaul dengan senduk hingga sebati. Kalau nak sedap tambah bahan-bahan lain ikut citarasa*.
  • Biarkan adunan sejuk sebentar.
  • Bila adunan dah sejuk boleh ambil sedikit adunan dan bulatkan(ikut size yang korang suka, saya buat kecil-kecil comel ja). Boleh letakkan minyak di jari semasa nak bulat-bulatkan adunan dan susun atas tray.
  • Panaskan minyak. Pastikan minyak banyak sewaktu menggoreng.
  • Bila minyak dah panas kecilkan api dan masukkan adunan yang dah dibulat-bulatkan. Balik-balikkan supaya masak sekata.
  • Bila agak masak sekata bolehlah angkat.
  • Hidangkan dan boleh di makan bersama sambal tumis, kuah kari ataupon sos.

Senang dan mudahkan?

Selamat mencuba.

You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. Heheh..tengah buat cucur pun masih lagi terigat tayar kereta . Heheh .. sedap cucur ni , makan petang-petang .
    Jemput ke entri ccl
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/05/tips-memilih-sotong-yang-segar.html

    ReplyDelete
  2. viral ek..padahal cucur letak air panas ni dah berzaman buat..
    apa pun cucur kembung manis ni memang sedap..

    ReplyDelete
  3. Owh, ni la resepi viral tu ya..
    BAca haritu dorang buat keras..
    Nak try juga la.. ^^

    ReplyDelete
  4. Sedap nya ni boleh buat minum petang nanti. Tq share

    ReplyDelete
  5. belum try lagi ni
    nak buat bulat2 tu pun payah kan haha

    ReplyDelete
  6. Kenapa saya buat terpenyek? Nampak sangat takde skill memasak langsung... Kikiki

    ReplyDelete
  7. Dah berapa hari kat fb sithy orang dok share gambar cucur ni. Tapi tak tahu pulak viral. Hahaha.

    Nanti kita try buat lah. Nampak sedap sangat-sangat

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers