Hadiah Berharga Dari Hati Saya dah Sampai | Printcious.com
4:37 PM
Assalamualaikum. Rabu lepas adik Whatsapp gambar ni. Wah….excited sangat-sangat tau. Tak sangka dah
sampai ye ’Hadiah Berharga Dari Hati’
yang saya order dari Printcious.com
hari Jumaat lepas. Tak sabarnya nak pi ambil kat rumah tok Besah. Tak sangka cepat ja sampai. Rasanya baru ja submit order Jumaat sebelum tu.
Tak sampai seminggu barang dah pon dapat dalam kondisi yang elok.
Terima kasih
Printcious.com untuk kerja yang pantas dan juga Ninja Van buat penghantaran
dengan cepat.
Buka plastik Ninja Van rasa tak sabarnya nak tengok rupa
paras barang yang saya nak order haritu. Korang boleh baca kat SINI ok. Banyak barang yang menarik
korang boleh design untuk dihadiahkan pada yang tersayang. Cara nak order pon
mudah dan senang. Rambang mata masa nak D.I.Y dan order barang di Printcious.com. Kalau boleh semua saya nak order tapi kita berbalik pada yang asal juga...hihihihi...
![]() |
printcious.com |
Tadaaaa….barang yang saya order di Printcious.com. Alololo…sukanya
tengok. Bolehlah boh dalam frame nanti dan hias kat rak tv sebelum sambut
anniversary ke-5. Dalam banyak-banyak gambar kami bertiga saya suka gambar ni.
Sebab tu submit order pon guna gambar ni. Suka sebab muka Aqil yang ala-ala
gedik kat situ. Harap mak pak dia ni posing macam kayu je….hahahaha….
![]() |
basic puzzle size A5 |
Budak bertuah ni bila tengok gambar kami bertiga muka dia
terlampau-lampau excited. Suka la tu. See…budak-budak pon suka tau siap nak main puzzle lagi. Ini belum lagi
saya surprise kan abah dia. Harap suami pon suka dengan 'hadiah berharga dari hati' saya ni. Tapikan
tak sempat nak surprise kan abah Aqil, dia dah bocorkan rahsia. Haih…dia dok
cerita kat abah dia dengan penuh excited cuma abahnya belum nampak bayang benda
apa yang dia cerita tu.
![]() |
muka terlebih excited |
Untuk ‘hadiah berharga dari hati’ sempena anniversary ke-5 nanti saya order Basic
Puzzle(Rectangle) size A5(20.5 cm x 15 cm) untuk 80 puzzles. Material yang
Printcious.com gunakan juga berkualiti tinggi. Kalau gambar korang ada warna yang
terang dan menyerlah lagi cantik kebabom gambar korang tu.
Saya memang berpuashati dengan kualiti printing basic puzzle yang saya order. Walaupon kualiti gambar saya agak kurang menyerlah sewaktu submit order tapi kualiti gambar di puzzle yang saya dapat amat cantik. Tak sabar nak framekan dan letak di rak tv ni.
![]() |
basic puzzle size A5 |
Jadi kalau korang nak buat surprise nak sweet sweet kan suami/isteri/tunang/anak/bff korang sempena hari lahir ke ulangtahun perkahwinan ke, bolehlah ke Printcious.com dan design sendiri barang yang korang nak hadiahkan tu. Mesti terharu orang yang dapat hadiah dari korang tu nanti. Ha...tunggu apalagi, jom ke Printcious.com dan design sendiri barang yang korang nak bagi tu.
4 apa kata anda?
lawa puzzle tuh.. ya sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kan..
ReplyDeletetok pun suka gambaq uols ni
ReplyDeleteni lau buat frame besaq tu kan letak dlm bilik
comey baq hang haha
lawa puzzle tu kena buat gak la nti.. hihihihi
ReplyDeleteMenarik juga kalau buat hadiah macamtu kan.
ReplyDeleteLawa ja tengok puzzle tu :')
komen yang murni-murni yek ^.^