La Herballe Medi & Spa Penang Kini Di Buka di Bayan Baru
10:43 AM
Wanita dan kecantikkan tak dapat dipisahkan. Ada berita baik
bagi kaum wanita di sekitar Pulau Pinang yang ingin tampil cantik pada wajah
dan diri. La Herballe Medi & Spa Penang kini di buka di Bayan Baru Pulau
Pinang.
Your Beauty Is Our Priority
Pada 6 Ogos 2018 yang lepas, berlansungnya perasmian
pembukaan La Herballe Medi & Spa Penang. Dengan tagline ‘ Your beauty is our priority’ pusat
kecantikkan ini merupakan spa yang menawarkan perkhidmatan menggunakan bahan
semulajadi dengan gabungan teknologi untuk kecantikkan dan kesihatan. La
Herballe Medi & Spa menawarkan perkhidmatan seluruh badan dan pelanggan
boleh memilih samada ingin menggunakan rawatan secara tradisional mahupun
menggunakan mesin.
![]() |
saya di hari perasmian |
Perasmian Pembukaan La Herballe Medi & Spa Penang
Perasmian pembukaan pusat kecantikkan ini telah dihadiri
oleh ramai pengunjung yang ingin tampak cantik dengan bertemakan warna merah
jambu dan nude. Ia berlansung dengan sangat meriah sekali.
![]() |
sewaktu perasmian |
Ramai yang datang tidak melepaskan
peluang untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang perkhidmatan yang ditawarkan
oleh La Herballe Medi & Spa Penang. Disamping itu pengunjung juga ingin
mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk yang digunakan oleh pusat
kecantikkan tersebut. Banyak aktiviti yang diadakan pada hari itu seperti
konsultasi secara percuma, face & body wash demo, lucky draw, hadiah
percuma kepada 20 pelanggan terawal, promosi pakej yang ditawarkan serta
keahlian dan juga baucer tunai pada yang bertuah.
Saya dan rakan-rakan sempat mendapatkan konsultasi dan mencuba beberapa produk dari La Herballe Medi & Spa.
Saya dan rakan-rakan sempat mendapatkan konsultasi dan mencuba beberapa produk dari La Herballe Medi & Spa.
Program Cashback
Yang menariknya tentang La Herballe Medi & Spa Penang
menggunakan program cashback untuk setiap pelanggan yang menggunakan
perkhidmatan di sana. Setiap pelanggan akan mendaftar dan diberi nombor ID
masing-masing. Setiap kali pelanggan datang menggunakan perkhidmatan di La
Herballe Medi & Spa, mata akan terkumpul berdasarkan jumlah wang yang
dibelanjakan. Jadi pelanggan boleh tebus mata dengan menggunakan sistem
cashback mengikut pengiraan yang diberikan. Mata yang ditebus boleh digunakan
untuk membeli produk ataupon menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di La
Herballe Medi & Spa. Menarik bukan?
![]() |
cashback program |
Perkhidmatan di La Herballe Medi & Spa Penang
Di La Herballe Medi & Spa Penang menawarkan perkhidmatan seperti :-
Face
- Whitening/Glowing/Sooting
- Anti-Ageing
- Wrinkle/Fine line removal
- Face lift/Faceshaping/V-shape
- Acne & Scar
- Melasma/Pigmentation
- Dark circle/Eye bag
- Face hair removal
Body
- Slimming
- Body shaping/Body contour & lift
- Body whitening/Glowing
- Body hair removal
- Body sauna(natural way)
- Body spa(natural way)
Jom lihat produk kecantikkan yang terdapat di La Herballe
Medi & Spa Penang.
![]() |
Produk di La Herballe Medi & Spa |
Produk-produk ini diperbuat dari bahan semulajadi dan semestinya HALAL. Contoh face/body wash ini. Ia diperbuat daripada epal hijau, teh hijau dan lavender.
![]() |
produk di La Herballe Medi & Spa |
Produk-produk ini didatangkan dalam pelbagai size untuk memudahkan pelanggan membeli dan mencuba produk yang ditawarkan dengan harga yang menarik.
Ini adalah bilik rawatan di La Herballe Medi & Spa
Penang.
![]() |
Facial room |
![]() |
Spa room |
Terdapat consultation room bagi pelanggan yang mempunyai masalah pada kulit wajah untuk bertemu doktor.
Facial Treatment Saya di La Herballe Medi & Spa Penang
Baru-baru ini saya mencuba perkhidmatan facial treatment di
La Herballe Medi & Spa Penang. Nak cari kelainan di sini moga-moga jumpa
yang serasi untuk kulit wajah saya yang mempunyai masalah berminyak dan black
head yang banyak di hidung.
![]() |
saya berfacial |
Ini bukan kali pertama saya buat facial treatment tapi saya
memang sangat berpuashati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Staff di La
Herballe Medi & Spa akan menerangkan satu persatu apa produk yang
digunakan. Lagipon siapa tak suka bila menggunakan produk semulajadi di kulit wajah.
Saya paling suka sewaktu proses membuang white head dan
black head. Saya memang mempunyai masalah black head yang banyak di hidung.
Sewaktu proses ini dilakukan, saya tak rasa sakit yang teruk pon. Dan yang
paling penting hidung dan wajah saya tak merah-merah macam bila selesai proses
membuang white head dan black head.
![]() |
Produk La Herballe Medi & Spa |
Memang saya berpuashati dengan perkhidmatan yang ditawarkan
di La Herballe Medi & Spa Penang. Korang pon boleh datang dan cuba. Tak
rugi.
Bagi yang berminat untuk mengetahui tentang perkhidmatan
yang ditawarkan oleh La Herballe Medi & Spa Penang boleh layari :-
Facebook : https://www.facebook.com/laherballepenang/
Atau boleh datang sendiri ke :-
La-Herballe Medi & Spa
303-01-30, Krystal Point 1,
Jalan Sultan Azlan Shah,
Bayan Lepas Pulau Pinang
Di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9 malam.
4 apa kata anda?
wahhh pasni bertambah cantik laa org sana ;-)
ReplyDeletebestkan kat sini, rasa nanti nak p buat facial lagi di sini
ReplyDeletemacam memanggil manggil je suh wat treatment kat sini haha
ReplyDeletebestnya.. macam nak pergi jugak la
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^