Tempat Menarik Di Pulau Pinang | Butterworth Art Walk
3:55 PM
Baru-baru ini saya dan Aqil Najmi berkesempatan untuk
singgah di Butterworth Art Walk. Hampir berbulan-bulan Butterworth Art Walk ni
dah siap baru ada peluang nak singgah. Ia merupakan salah satu tempat menarik
yang wajib korang kunjungi bila datang ke Pulau Pinang.
![]() |
senarai nama pelukis Butterworth Art Walk |
Macam biasa Aqil paling teruja bila tengok banyak mural
kapal dan binatang. Selalu ikut mama pi review muzium sana sini dengan
sendirinya dia yang nak posing bagai kat mural di Butterworth Art Walk. Tapi
posing dia tak sampai beberapa saat pon. Tu yang kadang gambar jadi entah
apa-apa entah. Kena cepat dengan budak banyak cakap ni.
Sejarah Butterworth Zaman Dahulu
Mural-mural yang dilukis di sini menggambarkan ciri-ciri dan
sejarah Butterworth dari zaman 1800 hingga ke hari ini. Ia telah di cat di
dinding lorong belakang di Jalan Bagan Luar untuk mempromosikan bandar
Butterworth itu sendiri.
![]() |
saya suka yang ni |
Butterworth Art Walk ini telah melalui beberapa fasa dan
hampir siap sepenuhnya dengan arahan seni oleh Zaini Zainul dan beberapa orang
artis tempatan dengan kerjasama Think City.
![]() |
Sumber dari facebook :- Antara pelukis yang terlibat |
Butterworth Art Walk, ia boleh diakses dari sisi Lodge 18
Hotel di Lorong Bagan Luar 1. Jom tengok apa lagi mural yang ada di sini.
![]() |
kapal pedagang zaman dahulu |
![]() |
naik sampan nak ke Tanjong a.k.a Penang |
![]() |
teruja dapat naik sampan |
Untuk mural ini saya tak dapat nak tangkap gambarnya kerana
ada kenderaan yang pakir di hadapan lukisan ini. Mural ini merupakan tribute
kepada Major General William John Butterworth (gavenor of the Straits
Settlement) dari tahun 1843 hingga 1855. Major General William John Butterworth
ini dikenali sebagai Tuan Kecil oleh penduduk di sekitar Butterworth itu
sendiri.
![]() |
sumber dari facebook Azmi Zulkafli |
![]() |
salah satu mural di Butterworth Art Walk |
![]() |
salah satu mural di Butterworth Art Walk |
![]() |
salah satu mural yang Aqil suka di Butterworth Art Walk |
![]() |
setem lama di Butterworth Art Walk |
![]() |
Aqil di Butterworth Art Walk |
Banyak lagi mural-mural menarik yang korang boleh lihat di
sini. Jadi kalau korang datang ke Pulau Pinang jangan lupa singgah di
Butterworth Art Walk.
4 apa kata anda?
lama dah tak jejak kaki kat penang ni , cntik art walk ni ,kreatif kn
ReplyDeleteCantiknya... Nanti nak ajak en suami pergi. Boleh ambil gambar banyak-banyak.
ReplyDeletewahhh menariknya tempat ni
ReplyDeleteterimakasih cik ash dengan lawatan dan blog yang sangat menarik. kami berbesar hati membaca komen anda. jemput datang lagi...sekarang setiap hari sabtu dan ahad jam 4-10pm kami adakan satu pasar seni di situ - art market...sila rujuk page fb kami - art market @butterworth art walk. sekian. insyallah kita jumpa satu hari nanti
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^