Rindu sama ini budak

12:22 PM

Assalamualaikum

Semalam tido seorang diri kat rumah....sobbbbs...
Suami hantar anak kat umah mertua.Kat sana atleast ada kak ipar dan anak-anak dia yang besar boleh tolong jagakan Aqil.
Suami ada urusan luar daerah.
Suami cakap kalau saya jaga semalam mungkin pagi ni saya kelam-kabut sikit nak hantar anak ke rumah pengasuh pastu nak pi keja sebab urusan hantar pi mengasuh selama ni suami yang buat.Kalau umah pengasuh Aqil dekat dalam kawasan yang sama takpa la jugak ni jauh.
So pasrah je la.

Semalam rumah rasa sunyi sesunyinya....wuuuuu...
Selama ni dok gaduh-gaduh manja dengan Aqil tiap malam tapi semalam....
oh...ni la perasaan bila anak takda.

Lepas setel segala yang perlu duduk rilek-rilek.On tv tapi takda hati nak tengok.
Belek enpon tengok gambar-gambar Aqil.

Ahhhh....rindunya dia.

Terus lari-lari pekup muka kat bantal atas katil.

Sedih

Sunyi

Terus wat kompilasi gegambar Aqil senyum gumbira yang sepesen masa kecik.



Sekarang ni dah besar susah dah dia nak senyum sepesen macam ni.
Kena tangkap gambar curi-curi baru dapat.
Kalau hala enpon nak snap dapat la gambaq macam ni.
Tayang gigi.


Hai la anak...baru takda sehari dah macam orang sasau ja ni.
Camna la orang yang suka dera anak tu ye.....tak sayang anak ke?


You Might Also Like

9 apa kata anda?

  1. memang punn...hari tu dok pi teambuilding, macam cacing kepanasan jer tak nampak muka anak...

    ReplyDelete
  2. sedih kan bila takde anak kat rumah. kira yang sejam dua pun dah rasa panas bontot ini kan akak satu malam huuuu

    ReplyDelete
  3. Aww comel sangat! Rajinnya akak rindu sampai buat collage :)

    ReplyDelete
  4. comel betul koleksi gambar2 Aqil tu.

    Betul tu, saya sendiri kadangkala stress layan perangai anak anak, tapi bila mereka takde, mmg rasa sunyi

    ReplyDelete
  5. Assalam Zai,
    betui3
    jangankan kata tak dak sehari
    ni iols pi koje tetiap hari, mesti tak sabor2 nak balek jumpa anak
    baru 10jam tak jumpa he3

    ReplyDelete
  6. comelnyaaaaaa senyuman...
    meltinggg... hehehehee... :)

    ReplyDelete
  7. Memang rasa sunyi bila anak kecil di rumah

    ReplyDelete
  8. KAMI LAGI LAAA TAk PENAH BERENGGANG. SUAMI BWK ANAK BALIK UMAH METUA KEJAP PON DAH TNYA SESIAP NAK BALIK PUKUL BERAPA? ANAK PON, BELUM SEPARUH PERJALANAN DAH SURUH CALL UMI :P

    ReplyDelete
  9. Ya Allah pipi diaaaa tu bikin mintak kena gigit lah..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers