Parenting Tips | Cara mengawal anak ketagih Ipad/tab | Yeay...berkesan

4:38 PM

Parenting Tips | Cara mengawal anak ketagih Ipad/tab | Yeay...berkesan


Assalamualaikum

Hari ni saya bukan nak bagi tips cara mengawal anak ketagih Ipad ke tab segala tapi nak cerita pengalaman sendiri dan terasa ada persamaan macam tips yang Adlil Rajiah bagi.
Memula tu saya just baca ja.Tak sangka plak apa yang saya baca jadi kat diri sendiri.

Memula dulu saya taknak beli tab ni kat Aqil.Yela...dia bebudak lagi tapi bila kita dah start tunjuk sekali dia pon nak lagi dan lagi henpon mama.
Lagipon ni zaman depa.Zaman teknologi.Zaman kita mana nak ada benda alah camni.

Beli pon bila henpon rosak teruk bila Aqil lempaq ke lantai masa kat kedai makan.
Takkan nak bagi henpon baru plak suruh dia lempaq.
Y_______________________Y

Sadis tau.Henpon nampak ok tapi alignment keypad lari.Tekan huruf H naik huruf L.
Jenuh pedo nak wasap kawan-kawan.
Bermula la episod beli tab kat Aqil.
Download macam-macam video lagu ABC, Barney, Didi & friends dan macam-macam lagi tapi yang paling dia suka Barney episod Happy Birthday Barney.
Macam faham ja apa cerita dalam episod tu.
Dok ulang tengok yang tu saja.
Pastu nak layan tab kena mama ada kat sebelah sebab mama selalu menyanyi sama-sama.Kiranya kita kena sama-sama berinteraksi dengan anak masa layan tab.

Dah 3 pagi tapi mata dia segar bugar tengok tab



Kadang tu layan tab sampai lena.

Memula tu saya memang cas tab tu penuh tapi try cas sikit ja tengok macam mana.
Abes bateri tab...henpon mama plak jadi mangsa.Bila tak bagi mengamuk-ngamuk menangis.
Saya balik ja keja terus dia serbu saya.Bukan rindu tapi dia nak henpon.
Masa ni la saya perasan Aqil dah mula ketagih tab.Pantang nampak saya pegang henpon mula la menangis mengamuk nak.


Pastu saya dah start beli buku-buku dan board untuk Aqil tulis.
Alhamdulillah...dah ok sikit.
Lega mama ni tau.Dapat la balas wasap kekawan dengan tenang.


Tapi tak lama pon.Lepas tab dia rosak di hempuk sebab bateri abes cepat dia mula balik ke henpon saya.
Dok terpikir-pikir apa la yang nak buat kat Aqil ni.
Terbaca tips 3 kertas,3 crayon dan 3 pensil warna.Memang terpikir nak buat macam tu tapi biasa la seorang mama.Dok sebut-sebut tapi tak buat-buat jugak sampai la ke hari cuti buruh baru-baru ni.
Bila Aqil mula melukis dia jadi ralit.
Henpon saya pon dia dah tak hirau.Sambil mengajar Aqil sambil baca wasap tapi tak reply...kohkohkoh...dasar....

Apa yang saya pasti tips 3 kertas, 3 crayon dan 3 pensil warna memang berkesan kat Aqil.

BERJAYA!!!!!!

Sekarang ni sebelum nak bagi Aqil tengok henpon saya akan tanya dulu ''Aqil nak tengok Barney tak?''

Kalau takda respon saya akan biarkan je la.


 Saya pon sekarang ni dah tak segan silu lagi bawa buku Aqil kat kedai makan dan ajar anak mengenal benda/binatang dalam buku dan juga pensil dan kertas untuk conteng.
Nampak GOOD GOOD sangat mak budak ni kan?Konon dia sorang saja ada anak...koh...koh...koh....tapi tu ja caranya nak elak anak dari TANTRUM kat tempat awam.
Budak-budak kan tak boleh duduk diam lama-lama.Mula la cepat bosan.



Tips semua kat atas tu saya dah kongsi dengan kawan-kawan tempat keja.Memang depa pon puji berkesan cuma mak pak ni kena rajin sikit ja.
Kena rajin berinteraksi dengan anak dan join sekaki aktiviti depa baru la anak tak cepat bosan.


Alhamdulillah abang Aqil dah rajin contiang-contiang.....hihihihi....

You Might Also Like

12 apa kata anda?

  1. senang sebenarnya ajar anak guna tab. boleh dowload abc. dia dgr, dgr nyanyi je..
    tp takut juga dia asyik ngadap benda ni je.

    ReplyDelete
  2. makaseh kak zai.....tips nie boleh guna utk bussaina nnti yeyyyy

    ReplyDelete
  3. memang sebayatu suka sangat kot.. tapi anak2 akak tak berapa sangat.. memang kena kontrol sikitkan...

    ReplyDelete
  4. Bagusnya aqil......tak pernha cuba lagi....asik terlupa je nk buh color dalam beg...

    ReplyDelete
  5. Bagusnya aqil......tak pernha cuba lagi....asik terlupa je nk buh color dalam beg...

    ReplyDelete
  6. insyaAllah soon later nak try jugak kat thaqif tips2 tu.huhuhu...for now cuba elakkan thaqif dengan tab.

    ReplyDelete
  7. part bawak kertas n kaler ke mana saja tu CT sokong.. CT penah tngk ada mak budak ni.. siap bawak meja kecil n set kaler lagi bentang time mak dia solat kat rnr.. tudiaaa lagi advance..

    mejaaa ok mejaaaa. ahahaha..

    ReplyDelete
  8. tapi kes tab ni mmg makin parah.. takut budak2 hanyut.. spupu CT buat hari sbtu saja bleh tngk tab.. kalo buat prangai baik dapatlah tengok sikit hari2 biasa.

    ReplyDelete
  9. uwais pun ritu mcm risau je takut gila gadget tapi alhamdulilah setakat sekarang dia takde bebai kalau kita tak bagi dengan syarat alih perhatian dia dgn benda lain.

    tapi mcm kak zai kata la kena join depa sekali. kalau kita suruh depa je buat benda tu memang tak menjadi la ceritanya huuuu

    ReplyDelete
  10. Assalam zai,
    memang kena slalu pikir keselesaan anak
    nak pi mana2 pun pikir anak dolu kan3
    iols n hubby kongsi gadget ngan si boboboy
    kalo weols nyer turn memang kabor jer 'ibu/ayah nak wat keja sat, abang pi maen laen dolu :P'
    he3

    ReplyDelete
  11. ijat x nak! aida da try alih perhatian dia.
    bila dia nak tab or phone, terpaksa bagi.
    aida ok lagi keras hati, ayah ijat la yg x bleh dgr ijat nangis.
    terus bagi tab or phone...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers