Welcome 2023

1:26 PM

 

Hi…Assalamualaikum semua.

 

Welcome 2023.

Please be nice to me….hahahahaha…dasar….

 

Masuk hari ke-3 di tahun 2023. Azam tahun 2022 dah tercapai ke?

Hahahaha….biasa la. Berazam tu banyak tapi nak tunaikan tu susah.

Alasan kan?

Jom tengok apa azam kami tahun-tahun lepas.

 

RUMAH

 

Alhamdulillah pencapaian tahun sebelum-sebelum ni yang tertangguh nak memiliki rumah dah tertunai. Survey merata sana-sini, submit loan bagai akhirnya kami suami isteri tak jadi beli rumah tapi kami bina rumah kampung bersebelahan rumah lama mak mertua. Bermodal duit deposit rumah, pembinaan memakan masa hampir dua tahun sebab masa PKP tak boleh buat rumah nanti tuan rumah dan pekerja kena saman. Lepas tu suami pula tak boleh nak niaga. Duit yang ada dok pusing modal untuk kelangsungan hidup. Bila dah start berniaga balik baru pelan-pelan projek rumah pun berjalan. Tanpa pinjaman loan kami buat ikut bajet yang ada sebab tu tak panggil rumah batu design terbaru tapi panggil rumah kampung. Semua batu tapi design stail lama. Masa bina tu kami buat yang basic saja. Ada bilik, ruang tamu, dapur dan bilik air. Siling rumah baru ja pasang 2 3 bulan lepas. Next, nak pasang mozek dan kabinet dapur. Yang penting ada tempat berteduh dan tak gaduh bayar sewa atau loan rumah dah….agitu…

 

UPGRADE GRED KEJA

 

Setelah sekian lama dok di gred yang sama bertahun-tahun dengan alasan yang pelbagai setiap kali review PPM, akhirnya bulan 3 tahun lepas naik satu gred baru dengan gaji bertambah-tambah serta keja yang bertambah selepas cuti kuarantin COVID 20 hari. Bila asyik tukar director untuk department macam tu la. Baru ja dengar ura-ura nak naik tup-tup tukar bos baru maka tertangguh lagi dan lagi sampai malas nak fikir. Nak tukar department lain sayang dah sebab bos kecik sini sangat-sangat ok tapi tu la….

 

KURUS

 

Tercapai ke idok? Tak tercapai nok. 2021 ja merasa kurus macam sebelum kawen. Itu pon sebab keluar masuk wad masa dalam pantang di tambah berpantang. Try maintain hampir setahun tapi lepas tu kelaut dalam. Niat tu ada tahun lepas tapi baru buat sat tenggelam….hahahaha…sekarang maintain berat mata memandang je la. Kita cuba pula tahun ni….ahahahaha…

 

JANA SIDE INCOME

 

Masih lagi dropship Sabella. Masih menjual dan masih membeli untuk diri sendiri. Kadang tu rajin promote, kadang tu nak tengok fon pon malas tapi ampa mai la suport kami. Dapat la kamsen seringgit dua menjual Sabella habuan beli jajan anak. Eh…kalau ampa nak beli untuk diri sendiri dengan harga ahli kami boleh tolong register kat ampa. Sambil-sambil tu kami buat duit dengan JAG dan jawab survey sana sini. Tak lupa juga blog ni yang masih menjana income seringgit dua.

 

Itu je la yang tahun lepas. Tahun ni azam nak hiaskan rumah dan kurus je la. Ampa bagi sikit kata-kata semangat untuk kami kurus. Biasala…AZAM KAMI NAK KURUS TAPI HOBI KAMI SUKA MAKAN.

You Might Also Like

1 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^