Cerita Mengundi Tok Besah

9:08 AM

 Assalamualaikum...

Ada cerita lawak tok Besah masa mengundi baru-baru ni. Biasa la orang tua-tua dah 70 ke atas ni mana ada masa nak tengok berita isu-isu semasa. Kalau parti ni menang sapa akan jadi PM, pasaipa orang tolak parti tu parti ni semua tak ambik tau dah. Tapi masa kami dok pi berjalan dia dok tengok banyak bendera parti biru tua, merah ang-ang, biru nak hijau, putih dan hitam. Bendera hat hijau jarang-jarang nak jumpa dah. Tok Besah tanya 'awat dah tak nampak 'BULAN'?'

Kami habaq la lani 'BULAN' masuk sekali dengan bendera biru nak hijau tu. Kita pon sebut la nama parti tu sekali.

'Iskh....awat depa bergabung?'

Kita pun terang la pasaipa semua.

'La kira 'BULAN' takda la?'

'Dak aih....bukan takda tapi depa gabung. Kalau mak pangkah parti biru nak hijau tu kira mak pangkah 'BULAN' la tu.'...jawab kami.

'Susah la macam ni. Mana nak tau nak pangkah mana nanti.'

'Lani mak sokong sapa?'...saja kami risik-risik padahal dah boleh agak dah sapa.

'Mana boleh habaq. Undi adalah rahsia.'

Eceyyyy....dia buat rahsia plak dah padahal...hahahahaha....


Hari mengundi kami keluar mengundi awal. Saja nak pi tengok suasana. Kalau ramai nak bawa tok Besah mai petang-petang sikit. Saluran 1 untuk tok Besah tak ramai. Yang ramai kat saluran 2. Kami saluran 3 pun takda orang pagi tu. Saluran 4 pon ramai jugak. Dalam 5 minit setel mengundi balik ambik tok Besah pula.

Setel berinai. 3 kali celup siot


Sebelum balik tu kami tanya petugas. Kalau orang tua yang tak berapa larat jalan ni kami boleh tolak guna wheelchair dak? Depa kata kalau wheelchair sendiri kita boleh tolak sampai dalam, kalau hat depa punya nanti petugas yang akan tolak. Hmmm...masalah ni...baru ni abang kami nak beli wheelchair dia takmau. Malu kat orang tengok katanya padahal dia bukan larat nak jalan dah sebab tok Besah ada sakit SCOLIOSIS. Badan tu dah senget teruk dah pon. Dah macam bentuk S tapi terbalik pastu bongkok ke depan.

Baru ni siap jatuh longkang tepi rumah sebab takleh nak imbang badan. Kaki takda luka tapi bengkak lebam sampai hitam kot dalam dekat 2 bulan. Jenuh 2 3 hari sekali pi KK pi sepital check kaki. Last sekali abang nombor 3 kami hantar tok Besah pi kat abang sulung nun kat Johor. Apalagi dia operate kaki tok Besah sendiri tengok apa kat dalam tu sampai bengkak lebam hitam tak surut-surut. Takda nanah pon. Lepas ja operate tu dok 2 3 hari terus baik kaki tu.

Ok sambung bab mengundi. Kami bawa tok Besah, sampai depan pagar petugas mai ambik tolak terus masuk dalam. Terus dapat fast lane potong habis orang yang dok beratur nak mengundi kat saluran 1. Takdan 5 minit dah keluar...hahahaha... Kami baru dok belek fon nak tengok kawan-kawan update apa pasai mengundi tengok-tengok petugas tu tolak mai dah.

Takdan 5 menet depa tolak mai balik dah


Dalam kereta saja dok tanya undi apa sampai sudah takmau habaq.

Baru ni kami bawa tok Besah ziarah sedara meninggal. Kiri kanan belah DUN Padang Serai penuh lagi bendera parti. Dok sembang dengan sepupu bab politik dalam keta. Balik tu saja tanya lagi tok Besah undi apa baru ni?

Hampa nak tau apa tok Besah jawab?

'Budak tu tolak laju sangat. Paih tu dia dok kata tok pangkah la mana tok nak undi. Aku tengok semua warna kat kertas hitam takda kaler apa mana nak boleh beza. Jadi ketaq orang dok tunggu kat tepi pulak teruih aku pangkah hat bawah sekali. Hat bawah sekali tu apa? Bendera mana satu?'

'Apa? Mak pangkah hat bawah sekali? Perggghhh...sayang Madet lebih ni tu yang pangkah bawah sekali....hahahahaha...'

'Mana la aku nak pi tau. Aku tengok semua hitam takdak beza pon. Dengan dok ketaq aku pangkah pi la mana pon. Janji pangkah.'

Tudia jawapan dia....hahahaha. Tapi tak kata la....orang tua-tua memang depa ada darah gemuruh sikit nak-nak bila orang dok tunggu kat tepi pulak. Kami ni sampai tak larat nak terang dah...kalau sokong kawan ni pangkah apa. Kalau kawan ni, yang jadi PM nanti kawan ni kena pangkah hat ni....dia boleh ketaq sampai lupa. Naseb DUN kami undi tu menang. Kalau tak menang salah satu punca ni....benda ni la...ketaq sampai silap pangkah sampai tak boleh nak baca dah.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. hehehe apa yg tok risau dgn org yg tunggu tepi tu? hehehe nak ambil masa lama2 pun tak pe... tak ada siapa nak marah hehehe...maaf na...sy tergelak jg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia takut petugas tu marah dok tunggu lama kot...hahaha...habih mai darah gemurah dia

      Delete

komen yang murni-murni yek ^.^