Happy Birthday Anas Nuqman yang ke-2 tahun | Meydey Meydey...pengalaman warded kali ke-2

3:04 PM

 Assalamualaikum…

 

Hari ni ulang tahun yang ke-2 Anas Nuqman. Mak tak minta banyak, harap anak mak membesar dengan sihat serta berjaya dunia dan akhirat walaupun anak mak yang ni kecil amat dari abang dan kakak dia. Ulang-alik KK tu biasa la follow up kes dia.

 


2 tahun baru mak teringat nak cerita pengalaman mak warded kembali lepas 3 hari balik ke rumah. Jom baca cerita geli-geli nyilu mak ni….hahahaha….Harap tak jemu sebab mak dah lupa cara nak buat karangan. Maaf kali ni takde gambar masa dalam wad sebab handphone lama jatuh dan terus tak boleh ON. Habis gambar-gambar kenangan hilang.

 

Darah mengalir laju!!!

Dua hari masa misi datang rumah check baby, misi dah tegur ada benjolan di hujung belah kanan jahitan czer. Misi tekan-tekan tapi saya tak sakit. Misi pesan kalau sakit atau jadi apa-apa terus ke hospital. Malam tu sebelum nak tido bangun nak buang air. Pijak je lantai tup tup rasa ada air mengalir laju kat belah kanan. Pandang bawah tengok-tengok darah. Terus ke bilik air cuci-cuci darah dan luka. Tekap bahagian yang berdarah tu tapi darah still mengalir tanpa henti. Kejap-kejap dah basah tisu. Masa ni boleh dok husnuzon lagi kata ‘kejap lagi ok la tu’. Sampai dah pukul 12 malam darah still mengalir terus decide ke emergency. Dengan hujan lebatnya masa tu tawakal je la harap takda apa-apa. Bawa sesiap kain baju dan perkakas Anas takut-takut warded.


Sampai hospital terus dapat rawatan sebab ibu berpantang. 3 jam dalam emergency darah still mengalir tak berhenti. Anas masa ni dok dengan abahnya dekat luar emergency. Kesian Anas terpaksa berembun malam tu. Nak jadikan cerita masa kat dalam tu ada plak kes covid kat luar emergency. Abah bawa lari Anas masuk keta. Masa ni berdoa moga-mogą Anas takda apa-apa. Lastly doktor decide nak refer ke wad bersalin. Ada staff datang tolak dengan wheelchair sebab wad bersalin dekat bangunan satu lagi. Terus wasap suami suruh drive keta ke wad bersalin. Masa kat wad bersalin doktor di wad dok cuci luka ni. Memang agak sakit jugak la doktor tu tekan-tekan tapi masih boleh bertahan lagi sampai doktor kata tak boleh buat apa, kena warded. Saja tanya, kalau tak warded boleh ke? Doktor cakap kalau jadi apa-apa kat rumah hospital tak bertanggungjawab. Lagipon saya baru bersalin dan dah hilang banyak darah. Kali ni pon darah keluar tak berhenti-henti lagi. Tak tahu banyak mana darah yang dah keluar. Dah doktor kata camtu saya minta nak warded sekali dengan baby sebab masih baru dalam pantang tapi doktor tak benarkan. Sumpah masa ni memang rasa DOWN sangat-sangat. Rasa macam takmau warded pon ya jugak. Elok warded masa misi mai check kat katil BUMMMM…temperature high…BP high. Terus demam. Kena makan ubat demam.

 

Buka jahitan hidup-hidup!!!

Esok pagi masih demam. Doktor decide ambil darah check takut ada jangkitan kuman dekat luka jahitan. Pagi tu doktor pakar ronda wad. Pakar tanya mana baby? Terus cakap doktor malam tak bagi warded sekali baby. Terus semua doktor dan misi kat situ kena ceramah sebab tak bagi ibu berpantang warded sekali. Pakar minta suruh suami hantar baby ke wad. Kita wasap suami rupanya dia bawa balik ke rumah kakak ipar untuk jaga memandangkan tok Besah pon masa ni dah tak larat nak dukung baby sebab jalan pon dah bertongkat. Alhamdulillah Anas masa ni kuningnya tak tinggi. Cuma 2 3 kali check kuning ja. Mudah sangat untuk dia tapi tak mudah untuk maknya.


Lepas doktor ronda wad, misi panggil masuk bilik rawatan nak tengok luka lagi sekali. Doktor cakap ‘puan, saya nak gunting sikit tempat jahitan yang keluar darah ni nak tengok luka jahitan….puan tahan sikit ya?’

 

Bukan kata sikit, doktor tu gunting sikit…sikit…sikit…sampai hujung. Allah saja yang tau masa ni sakit dia macam mana. Boleh rasa dan dengar bunyi gunting ‘zrap…zrap…zrap…‘. Rasa nak penerajang doktor pon ada.

Doktor cuma cakap 'tahan sikit puan...tahan sikit puan...lagi sikit ja lagi'

Doktor gunting luka jahitan hidup-hidup tanpa bius!!!!


Airmata toksah cakap laju ja mengalir. Masa ni saya gigit lengan sendiri sebab tak tahan sangat-sangat sampai la doktor cakap ‘ ok puan, dah jumpa punca darah tu dari mana’.

 

LEGA!!!!

 

Rupa-rupanya ada satu salur darah tak pemati mengikut apa yang doktor tu cakap. Darah berkumpul kat hujung jahitan sampai jadi benjolan. Bila dah tak boleh nak tampung tu yang luka tu terbuka dan darah dok mengalir tanpa henti. Doktor cakap luka jahitan belah dalam elok takda nanah so minta misi cuci 2 kali sehari hidup-hidup (misi masukkan ubat kat drip tiap kali cuci tapi macam tak membantu pon) dan tutup dengan kain kasa sehingga doktor decide bila boleh jahit balik luka czer tu.

 

Perasaan berada di wad tanpa anak?

 

KOSONG!!!!

SAYU!!!

SEDIH!!!

 

Sampai bengkak susu. Ibu-ibu kiri kanan silih berganti keluar masuk akan tanya, ‘akak masuk sebab apa?’

 

DENG!!!!!

 

 

AZAB LAGI SEKALI!!!

 

Ingat dah habis sampai situ rupanya cuci luka ni pon azab jugak. Jenuh tahan setiap hari pagi dan petang sampai hari ke-7 warded. Tiga hari pertama cuci memang meleleh airmata, nak penerajang semua ada. Lepas pada tu dah tak rasa apa dah. Orang Utara kata dah mangli. Dalam wad katil kiri kanan silih berganti dengan ibu mengandung keluar masuk wad, yang kita ni masih di wad berjalan dengan luka terbuka di bawah perut tanpa anak kat sisi. Sekali-sekala suami hantar bekal kat sekuriti bawah sebab sibuk jaga 3 anak kat rumah. Kadang-kadang tu join juga adik-adik dalam wad ni order makan dari suami depa. Kita order roti gardenia jagung dan air milo panas ja bila tengah malam lapar. Jemu lahai asyik dapat biskut kering dengan susu. Petang hari ke-7 doktor bius panggil untuk terangkan operasi jahitan esoknya.


Alhamdulillah…lega.


Ni sebab luka dalam kering dengan elok so doktor decide untuk jahit cepat. Kalau luka ada nanah mungkin akan discharge dan sambung cuci luka setiap hari 2 kali sehari di KK atau Klinik 1 Malaysia sebab ada ibu katil hujung luka czer dia bernanah dan doktor terpaksa buka dan cuci. Dia kena cuci selama 2 minggu sampai doktor cakap dah boleh jahit balik luka tu.

 

3 kali cucuk epidural!!!

 

Esok pagi-pagi dah bersiap untuk jahit luka czer. Prosedur sama macam nak bersalin czer. Masuk bilik operation dia mai azab yang lain pula. Kali ni 3 kali cucuk epidural baru masuk elok. Kali ke-3 sampai kena tukar jarum yang saiz agak besar. Menangis toksah kata la….sakit kot. Doktor bius berulang kali minta maaf. Masa nak jahit luka czer doktor terangkan serba sikit. Doktor cakap kali ni luka jahitan jahit tak sama macam masa lepas czer. Takde gam-gam. Kali ni kena guna 2 jenis benang warna hitam dan biru. Dia lebih kurang macam jahit luka eksiden tu la. Selesai bab jahit 6 jam tak boleh bangun. Lepas 6 jam dan boleh duduk terus minta adik katil sebelah tengok bahagian belakang tempat cucuk epidural tu. Allah…lebam hitam besar bola golf adik tu kata. Patut la rasa sakit sangat.

 

Hari ke-9 doktor check tengok semua ok dan tengahari tu boleh discharge. Alhamdulillah. Doktor bagi tarikh untuk buka benang 10 hari selepas tu.

 

Balik dan berpantang macam tak pantang dah masa ni sebab kat hospital pon macam tak berpantang.

 

SAKITNYA BUKA BENANG CZER!!!

 

Selepas 10 hari datang balik wad bersalin untuk buka benang jahitan. Hari tu doktor terang kata hari ni buka satu benang dan esok buka lagi satu benang tapi memandangkan luka jahitan saya kering dan bercantum elok so doktor decide untuk buka dua-dua benang sekali.

 

Masa doktor gunting benang pon dah mengalir air mata apatah lagi masa doktor tarik benang tu. 20 kali tarik tau. Tapi sebab doktor tu buat laju-laju sakit tu sekejap saja. Sekejap pon airmata ni meleleh juga la.

 

SAKIT WOIIII!!!!!

 

Sumpah inilah pengalaman bersalin yang amat tragis. Masa Aqil Auni, depa yang teruk sebab kuning tinggi dan berat tak naik. Tiap hari kena ambil darah kat tangan dan kaki sampai lebam. Mak depa rilek ja kat katil sebelah tukar pempes bagi susu ja. Kali ni Anas ok tapi mak dia yang teruk.

 

Ampa mak-mak mesti ada pengalaman bersalin yang rare. Tak mak yang kena mesti anak…betul tak?

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. Saya pernah dengar pengalaman czer orang lain sebelum ni memang pedih sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy ni kali ke 3 sy czer tp ni paling seksa...huhuhu

      Delete

komen yang murni-murni yek ^.^