Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari family tok Besah

4:15 PM

Assalamualaikum. Tak terlambat untuk saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin pada pembaca Blog Zai Zamree ni.

Sepuluh hari Syawal dah meninggalkan kita. Berbaki lagi 20 hari. Ada yang buat rumah terbuka sempena Syawal ni ke? Jemput-jemput la saya ye...hihihihi... Untuk yang berpuasa enam, selamat berpuasa dan selamat berbuka ye.

Tahun ni tema keluarga Zai Zamree ungu. Abah AqilAuni minta recycle baju tahun pertama kami kahwin. Suami ok saya ok ja janji saya dan anak-anak ada baju baru....hahahaha... Minggu ke-2 puasa kami dah setel beli baju raya.

Tup tup di pagi raya tengok baju raya masing-masing dalam keluarga ungu. Cuma 3 anak saudara warna hijau dan merah jambu, paksu plak warna biru muda nak ke light purple. Bila berjalan ke rumah mak saudara dalam kampung nampak warna ungu saja-saja hari tu.

family tok Besah-lagi 4 orang tak ada dalam gambar, abang nombor 2 & 3 kena kerja di hari raya, kakak ipar dan anak saudara baru yang masih dalam pantang.

Tahun ni macam tahun-tahun sebelumnya juga. Dari malam raya dan hari raya pertama di rumah tok Besah. Petang raya pertama baru balik rumah mertua. Kampung sebelah-sebelahkan. Kenapa asyik rumah tok Besah je?

Sebab saya anak perempuan tunggal dalam keluarga tok Besah, jadinya saya akan jadi tukang masak, tukang bagi arahan untuk mengemas dan lain-lain lagi....hahahahaha... Kena pula kakak ipar nombor 1 bertolak petang raya dari Johor sebab anak beliau habis kelas pukul 5 petang maka berdua je la dengan tok Besah kat dapur. Kakak ipar nombor 2 saya tu pula orang taman sebelah kampung ja, jadi beliau pon kena balik tolong mak beliau masak. Kakak ipar nombor 3 pula masih dalam pantang tak sampai pun sebulan. Sementara tok Besah sibuk dok balut ketupat saya kena la buat rendang ayam dan kari daging. Itu pun jenuh bermacam halangan dok ada. Biasalah, Auni merap tak boleh berenggang dengan mama. Dok bergantung kat kaki ni la ikut kita ke kiri ke kanan. Phewwww....jenuh tera nak siap masak satu juadah pun. Nasib la suami memahami.


Raya korang macam mana pula?

You Might Also Like

1 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^