Buffet Harga Murah RM48 Percuma Satu di Flamingo Hotel By The Beach Penang

9:22 AM

Assalamualaikum dan selamat hari cuti semua. Ahad nanti korang nak kemana? Ada plan nak bawa keluarga jalan-jalan ke Penang tak? Duduk hotel & homestay sesekali memang seronok untuk anak anak kanYang bujang-bujang ada plan keluar dengan kawan-kawan tak?

Ha...nak bagitau ni ada buffet makan tengahari dengan harga murah di Flamingo Hotel By The Beach Penang tau. Kenapa saya cakap murah. Dengan harga RM48 seorang percuma lagi untuk seorang dewasa.

100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch


Bersempena penubuhan Malaysia Baru, pihak Flamingo Hotel By The Beach Penang telah mengadakan 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch bermula 17 Jun 2018 yang lalu sehingga 100 hari akan datang.


Menu Utama

Untuk buffet masakan tengahari di Flamingo Hotel By The Beach Penang ini mengetengahkan menu rakyat Malaysia yang terdiri daripada 3 suku kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Melihat saja menu-menu yang disediakan membuatkan rasa tak sabar ingin makan. Jom tengok sebahagian menu-menu yang disediakan.

beef cooked with spiced and tomato paste

salted fish bone curry with bean puff cockles

barley bean curd

roasted chicken platter
Stir fried clam with black pepper and curry leaf

Penang gado-gado
Sotong kangkung

Itu belum masuk lagi kerabu nyonya, ulam-ulaman dan sambal belacan serta buah-buahan.

Gerai/Dapur Aksi


Di 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch ini juga menyediakan dapur aksi yang akan menghidangkan menu panas-panas terus ke pinggan anda.


ayam golek

yam cake , pau and man tou
Pondok panggang
Selain 3 di atas ni ada juga gerai aksi claypot seafood hor fun and shang mee, mee rebus dan mee goreng, roti canai, roti tisu dan roti bom, hokkien mee serta gerai cucur pisang dan keledek yang di goreng panas-panas.


 Pencuci Mulut


Di sini dihidangkan dengan pencuci mulut moden dan lama. Ada pelbagai jenis bubur seperti bubur kacang dan pengat pisang. Ada juga kuih-muih tradisional yang kita makan di waktu pagi bila bersarapan.


Tak ketinggalan kuih moden seperti kek, agar-agar, puding dan juga puff turut dihidang.

Pendek kata menu-menunya memang disukai rakyat Malaysia yang pelbilang kaum ini.

Promosi Buy 1 Free 1


Promosi ini menawarkan "buy 1 free 1" untuk dewasa sahaja. Sangat jimat. Makan apa saja dengan harga RM48 untuk 2 orang dewasa.

Untungkan.

Harga bagi kanak-kanak 4 hingga 11 tahun hanya RM25. Buffet ini di buka dari jam 12.30 tengahari hingga 2.30 petang.

Kalau korang ada plan nak makan-makan di sini boleh hubungi +604-8927167 untuk tempahan kerana sambutan yang di terima amat menggalakkan.

Ramaikan?

Flamingo Hotel By The Beach
Jalan Tanjung Bungah
11200 Penang
Website : www.flamingo.com.my
Email : fnb.pg@flamingo.com.my



You Might Also Like

1 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^