i-nigma | Scanner 2D barcode yang efektif

11:05 AM

Assalamualaikum. Lamanya tak bersiaran di sini. Kita ada je ni tapi busy sangat-sangat bila ada isu hal kerja. Hari-hari terperuk dalam lab sampai ke petang. Tak sempat nak belek blog. Nasib la PV blog maintain atas seribu juga walau tak update. Alhamdulillah.


Start awal bulan 9 ni sampai hujung bulan nanti saya akan sibuk dalam lab. Nak tangkap gambar 2D barcode yang kecik konet sebesar titik huruf 'i' ni kat unit evaluation kerja saya. Kalau satu dua biji takpe jugak. Ini dok ada beribu biji. 2D barcode scanner yang ada hanya boleh tangkap gambar loose unit. Untuk unit yang di pasang atas board tak boleh. Mau tak mau saya kena tangkap gambar 2D barcode tu satu-satu dan scan dia kat PC je.

Dah try bermacam App barcode scanner kat Google Play Store tapi agak susah nak baca 2D barcode yang dah kelabu asap ni hinggalah sorang kawan cadangkan guna App i-nigma.


app i-nigma di hujung atas belah kiri tu

 
Sangat-sangat efektif app i-nigma ni. Hala je kamera fon ke PC terus capture bacaan 2D barcode dalam beberapa saat. Terus kerja saya jadi cepat. Phewwww....



saya halakan jauh dari barcode sebab nak SS. kalau tak tak dapat nak SS gambar macam ni sebab ia amat efektif capture 2D barcode tu.

 
Walau i-nigma 2D barcode ni sangat efektif berbanding app barcode scanner yang lain, ia juga mempunyai satu kelemahan. Ia tidak dapat mengekport bacaan terus ke excel. Jadi saya kena key-in satu persatu dalam excel. Gitu. Jadinya ia mengambil sedikit masa dan dikuatiri kita tersalah key-in nombornya.
 
Tapi kalau tak berapa rajin nak key-in satu persatu selepas scan korang boleh susun dan label 50 gambar siap-siap di excel mengikut turutan gambar dan scan saja 2D barcode tu kerana i-nigma mampu menyimpan 50 bacaan dalam history filenya.

Jadi kalau korang mempunyai masalah nak scan 2D barcode macam saya, i-nigma adalah jawapan terbaik setakat ini yang saya jumpa. Kalau ada lagi app 2D barcode yang lagi senang dan mudah yang pernah korang gunakan boleh komen-komen bagi cadangan kat saya ye.

You Might Also Like

6 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^