Aksi Yang Menyeronokkan dan Mendebarkan dari Great British Circus Malaysia
10:31 AM
Weeehoooo…30 tahun lebih hidup, inilah kali pertama saya
dapat menyaksikan sarkas secara live. Dulu masa zaman muda remaja asal ada
rancangan sarkas di kaca televisyen memang tak sabar nak tengok. Eleh…korang dulu
pon macam ni jugakan? Baik mengaku cepat….hahaha…
Alhamdulillah…berpeluang juga
tengok sarkas dah tua-tua ni dan dapat bawa Aqil tengok bersama-sama. Habis ja
tengok sarkas, asal pi mana-mana mesti dok bagitau kat semua “Mama bawa Aqil
tengok sakes”. Dok ulang ayat tu je la. Teruja kot padahal Aqil pon baru
pertama kali tengok sarkas.
Aksi Yang Menyeronokkan dan Mendebarkan dari Great British Circus Malaysia
Great British Circus Malaysia telah membuat persembahan
secara live bersebelahan Hotel Sunway Seberang Jaya bermula 3 Mac 2017 sehingga
9 April 2017 nanti. Ha…belum terlewat untuk korang yang berada di Pulau Pinang
dan Sungai Petani untuk menyaksikan aksi sarkas yang menyeronokkan serta
mendebarkan. Memang tak rugi tengok hari tu.
Ini antara aksi sarkas selama 2 jam yang sempat di rakam hari Jumaat
lepas.
![]() |
aksi baling-baling pisau |
![]() |
Wheel of Death-aksi ni paling mendebarkan. Ahli sarkas dok berlari-lari atas gelung tu. Seriyau jatuh ja sebab laju sangat gelung tu pusing |
![]() |
High Wire-tanpa tali keselamatan. Ahli sarkas bergantung menggunakan mulut...phewwww...tera nak sampai tu rasa nak luruh jantung ni tengok |
![]() |
Globe of Death-ahli sarkas beraksi dengan motorcross dalam globe |
Hat lelain tak sempat nak rakam. Teruja tengok dan seriyau….huhuhu…
Terlepas gak nak rakam aksi silap mata tukar-tukar baju tu. Terlampau cepat di
tambah saya yang teruja dah terpukau. Eh…bukan saya sorang ja terpukau. Semua
pakat bersorak masa ni tau. Fuh….memang tak terjangkau dek akal masa silap
mata.
Korang yang nak mengisi cuti sekolah anak-anak korang
bolehlah bawa mereka menyaksikan aksi dari Great British Circus Malaysia
bersebelah Hotel Sunway Seberang Jaya.
Terima kasih pihak penganjur dan Hotel Sunway Seberang Jaya kerana memberi peluang saya meyaksikan aksi akrobatik dari Great British Circus Malaysia secara live.
5 apa kata anda?
Seronoknya! mesti teruja kan.
ReplyDeleteJanjiKita
wow syok ni...
ReplyDeletebest nya ! ju xperna nampk circus scra live mcm ni, slalu nmpk dalam tv je huhuhu.. kalo ada peluang, confirm ju xnak lepaskan utk tgk !
ReplyDeletehihihi nanti mellya pun nak pegi, tiket dah ada. Teman tak ada wuwuwuwu
ReplyDeleteseronoknya aqil g tengok sarkas
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^