Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sabahat R.A di Muzium Negeri Kedah

8:47 PM

Selawat dan salam buat Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya.


Pameran Pendidikan Tamadun Islam Mendahului Zaman | Ahad lepas saya berkesempatan ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sabahat R.A di Muzium Negeri Kedah. Beberapa hari sebelum tu dah diberitahu pada tok Besah nak bawa bersama. Hari-hari call tanya jadi ke tak nak pergi pameran. Ha…nampak tak betapa excitednya tok Besah bila saya cakap nak bawa ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sabahat R.A.

dihadapan pintu masuk Muzium Negeri Kedah ^^,



Pameran ini berlansung selama sebulan dari :-


Tarikh : 20 Mac – 19 April 2017
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Lokasi : Muzium Negeri Kedah


Sebenarnya tok Besah pernah meluahkan rasa terkilan selepas kami pulang dari mengerjakan haji tahun 2011 sebab kami tak pergi melawat ke muzium atau tempat-tempat bersejarah yang lain sendiri selain dari Jabal Rahmah. Bila ada sahabat-sahabat tok Besah yang pulang dari mengerjakan umrah cerita itu ini jadi di situ timbul rasa terkilannya. Bila diberitahu nak melihat barangan Rasulullah terus seronok. Yela…nak tengok dengan mata kepala sendiri. Bukan senang tau.
Ada 25 artifak yang berada di Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sabahat R.A di Muzium Negeri Kedah ini yang di ambil dari penyimpan koleksi peribadi. Ini bukan arca yang di reka ya, ini artifak yang asli didatangkan khas dari seluruh pelusuk dunia.
Berada seawal jam 10.30 pagi Ahad, keadaan Muzium Negeri Kedah mulai sesak. Ramai yang datang berpusu-pusu tak kira tua dan muda nak melihat, mempelajari dan mengenali sendiri dengan lebih mendalam Rasulullah S.A.W dan Para Sabahat R.A.

Masuk sahaja di bahagian dalam muzium perasaan mulai sebak. Perasaan sama seperti mula-mula menjejakkan kaki ke Mekah dulu. Dengan alunan nasyid dan zikir yang di pasang di segenap muzium membuatkan kita berasa dekat dengan nabi junjungan kita. Saya perasan tok Besah seperti hampir menangis bila berdiri berhampiran PENUTUP MAKAM RASULULLAH S.A.W. Kat Madinah tak dapat nak lihat makam nabi. Di sini dapat tengok kain penutup makam pon dah rasa terharu sangat. Rasa seolah-olah kami menziarahi makam Nabi Muhammad S.A.W.

Penutup makam Rasulullah S.A.W- kain ini diperbuat dari sutera murni berwarna hijau lembut dan kain katen yang kuat, disulami dengan tenunan ayat seperti penutup(Kiswah) Kaabah. 1/4 bahagian kain tertera tenunan ayat Al-Quran bermula dari Surah Al-Fatihah, dengan tenunan benang perak.



Di bawah ni sebahagian dari 25 artifak yang terdapat di Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sabahat R.A. Kalau nak tengok yang lain-lainnya kenalah pergi ke sana ok.

Tapak kaki Rasulullah S.A.W


Panah(busar) Rasulullah S.A.W


Rambut Rasulullah S.A.W- dari helaian rambut Rasulullah S.A.W yang jelas dan nyata terdapat 27 koleksi di muzium dan orang dari keturunan sahabat yang diturunkan pada setiap generasi dan dari keturunan Baginda sendiri. Terdapat di India, Mesir, Turki, Syria, Mekah, Madinah dan Uzbekistan


Darah Bekam Rasulullah S.A.W




Rugi kalau peluang depan mata kita tak ambil kisah. Bukan senang kita nak dapat tengok artifak yang asli sambil mempelajari sejarah di sebalik artifak tersebut.
Berita baik untuk korang yang belum lagi ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sabahat R.A di Muzium Negeri Kedah ni. Korang boleh dapatkan TIKET PERCUMA dengan panahan tepat di booth OTTOMAN ARCHERY di perkarangan Muzium Negeri Kedah. Tiga panah Cuma RM2 sahaja. Murah sangat dah ni. Jadi korang boleh cuba nasib di sini mana tau rezeki korang ada di situ.




Di samping itu ada juga booth-booth lain yang menjual barangan diperkarangan Muzium Negeri Kedah.




Nak lagi best?
Ada hadiah untuk pengunjung bertuah tau. Jadilah seperti mereka di bawah.





  • Setiap 1000 pengunjung- sehelai t-shirt
  • Setiap 10000 pengunjung- sehelai t-shirt dan Al Quran digital
  • Setiap ke 100000 pengunjung- sehelai t-shirt, Al Quran digital dan paket umrah untuk seorang


Ha…tak best lagi macam tu? Doa-doa la sebelum keluar rumah ye kot-kot ada rezeki korang hari tu.
Nak bagitau juga yang setiap hari Jumaat pameran di tutup dari jam 12.30 tengahari hingga 2.30 petang untuk memberi laluan sembahyang Jumaat dan waktu rehat. Jangan dok pi time ni plak ye.




Tiket boleh di beli secara online di www.tamadunislam.com bagi mengelakkan korang beratur panjang sewaktu nak membeli tiket secara walk-in. Harga tiket :-
  • Dewasa-RM20 seorang
  • Pelajar/Warga Emas/OKU-RM10 seorang
  • Kanak-kanak 6 tahun ke atas-RM10 seorang
  • Kanak-kanak bawah 6 tahun-Percuma


Info lanjut boleh layari :-
Fanpage : Pameran Artifak
Instagram : Pameran Artifak
Twitter : Pameran Artifak


Datang jangan tak datang tau. Pelancong Jerman pon singgah ke Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat R.A tau.



Jom tengok apa yang menarik di Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.






You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. sama la masa sampai dekat makam, sudut artifak Rasulullah tu memang sebak sangat rasa.

    ReplyDelete
  2. bagus ada pameran macam ni.. biar public lebih tahu tentang Nabi SAW dengan dekat =)

    ReplyDelete
  3. bertuah siapa dapat pergi pameran macam ni

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^