Raya 2016 | Hari Raya Pertama
12:19 PMRaya 2016 | Hari Raya Pertama
Malam raya tu lepas selesai masak rendang dan kari daging family kecil saya ke Midtown Perda Kubang Menerong nak cari tudung raya. Haha...esok dah nak raya baru nak cari pastu takda yang berkenan. Lastly tak larat nak ronda pilih terus ja ambil shawl yang pakai pagi raya ni. Harga RM23....naseb murah so belasah je la walau kaler dia lain bona....hahaha...
Malam tu lajak ke Lunas umah mertua sebab kebetulan kak ipar yang tinggal di Negeri Sembilan baru ja sampai. Terus tido Lunas ja malam tu tanpa bawa bekalan susu dan pempes Aqil. Pagi-pagi selepas Subuh kami gerak balik umah tok Besah. Naseb la kampong dekat-dekat. Boleh la kejap-kejap umah omak kau...kejap-kejap umah mak aku....hahahaha...
Sampai umah tok Besah sapa pon tak bangun lagi. Ni mesti kes tido lewat semalam ni. Jenuh kami kejutkan satu rumah. Subuh dah nak akhir-akhir dah ni. Berebut-rebut pakat nak mandi bagai. Alhamdulillah la tandas baru umah tok Besah siap sebelum raya. Takda la pening kepala tunggu turn kan.
Sementara semua dok mandi bersiap saya hidang ketupat rendang atas meja siap-siap sesambil kak ipar masak nasi goreng kampong untuk sarapan pagi tu.
Bekas balang kuih raya guna hat plastik ja lepas tragedi balang kuih raya pecah dek cucu-cucu tok Besah yang tengah melasak....hahaha...
Sementara semua ke masjid sembahyang sunat Aidilfitri saya dan Aqil dok selpiaq....hihihi...macam-macam aksi dok ada. Gedik.
Selesai sembahyang sunat Aidilfitri tunggu lagi 2 family abang untuk sesi salam bersalaman tapi tak kunjung tiba. Jauh bona umah ek padahal tak sampai 10 minit pon dari umah tok Besah. Dah lambat sangat kami yang ada ni je la wat sesi salam bersalaman dulu. Family kecil saya, family abang Johor, tok Besah dan adik.
Ewah...dak debab ni dah pandai dah. Salam siap sebut "Mama...selamat hari laya. Duit laya". Haissshhh...sapa la ajar ni...hahaha...
Sementara yang lelain tengah makan kami dok luar buat photoshoot tapi biasala...susah bona dak debab nak ikut arahan bila dapat bebas kat luar rumah.
Selesai makan sesi ziarah rumah sedara pon bermula. Tak banyak rumah kami pi pagi tu. Anak-anak sedara saya ni susah sikit nak bergambar. Banyak yang suka ngelak. Dah besar...malu.
Family kecil saya.
Family abang Johor
Tok Besah dengan cucu Johor
Petangnya kami konvoi ke Labu Besar menziarah mak sedara di sana. Sepanjang perjalanan hujan membasahi bumi Kedah. Balik dari Labu Besar family kecil saya terus balik rumah mertua untuk giliran sini pula. Dah 5 hari saya berkampung di rumah tok Besah kan....jadi kenalah adil dan saksama.
7 apa kata anda?
best kan raya heheh
ReplyDeleteSelamat hari raya zai..
ReplyDeletePandai dak debab minta duit raya..
Dah hari raya kan debab..
Mama kenalah kasi duit laya hihihi
selamat hari raya kak zai.. bekas tu beli kat mana hihihihi nak cari gak la nanti..
ReplyDeletemeriahnyer raya..aqil dapat byk duit laya laa tuuu
ReplyDeletecomelnye aqil pkai baju melayu siap samping.. hihi
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteselamat hari raya zai
ReplyDeleteok lah tudung tu zai, akak suka kalau pakai tudung yg contra sikit dari warna baju
senang kan family dekat2 ni, tak poning kepalo nak pikir
komen yang murni-murni yek ^.^