Raya 2016 | Hari Raya Ke-2 dan Ke-3
11:12 AMRaya 2016 | Hari Raya Ke-2 dan Ke-3
Pagi raya ke-2 kami nak konvoi ke Serdang rumah sedara belah ayah mertua. Anak sedara yang kecik-kecik ni pantang Nampak maksu dia pegang henpon dan tongkat sakti. Ramai la bekerumun nak bergambar sekali...yang Maksu nya pon...sikit-sikit selpiaq...sikit-sikit selpiaq...opppps....hahaha...
![]() |
Semua anak sedara umur 4 hingga 6 tahun tapi Aqil nampak lagi besar dari depa :p |
Perjalanan hari ni memang kebas kaki tangan dok meriba budak debab tu. Jauh-jauh plak umah sedara belah mak ayah mertua.
Lunas---->Serdang(umah mak lang)---->Kubu Gajah Selama(umah mak long)---->Tasik Gelugur(umah mak ndak belah mak mak mertua)--->KEDA(umah mak njang belah mak mertua)---->Lunas.
11.30 malam baru sampai rumah. Phewwww....sakan beraya sangat. Balik tu pakat semua terbongkang keletihan.
Pagi raya ke-3 saya ajak suami makan luar. Jemu dah pulut ketupat bagai. Jom pekena roti telur. Angkut 2 3 orang anak sedara yang besar-besar join sekali.
Balik sarapan tak plan lagi nak beraya rumah sapa jadi jom masak-masak bersama ipar duai.
Lunch hari Jumaat kita makan kari kepala ikan, sayur dan ulam-ulaman. Makan ramai-ramai memang sedap.
Lepas sembahyang Jumaat baru buat plan nak ke Juru melawat 2 rumah sedara kat situ.
Kali ni kita angkut anak-anak dara plak dalam keta...hihi...
![]() |
with anak-anak dara dan mak mertua :) |
Dari Juru kami ke Padang Serai rumah kak ipar. Kebetulan sangat sebab kak ipar wasap suruh datang sana. Memang tengah lapar...bagai pucuk di cita ulam mendatang la terus serbu situ....hihihi...Hari raya ke-3 pon balik dalam jam 11.30 malam juga....hahaha...raya sungguh ni.
3 apa kata anda?
bestnya lauk2 dalam talam tu
ReplyDeletebila tengok menu dlm talam tu perasaan rasa nak duduk jer cpt2 kat situ nak join makan sekali
ReplyDeleteKak zai km raya duk rumah jaa. Anak2 demam teruk. Baju raya pun xpakai hukhuk
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^