Tempat Menarik di Pulau Pinang | PG Gold MUSEUM |Event Review
6:04 PMPG Gold Museum | Muzium Emas Pertama di Malaysia
Satu lagi tempat menarik di Pulau Pinang yang boleh korang lawati adalah PG Gold Museum.Tempat yang masih baru dan tak ramai yang tahu.
Kalau sebut PG mesti korang tak penah tau apa tu PG tapi mesti penah dengar Public Gold kan?Ha...inilah muziumnya.Public Gold telah membina muzium emas yang pertama di Malaysia yang boleh korang lawati.
Emas!!!!!Wah...tak sabarnya nak tengok apa yang ada kat sana.Biasa la perempuan dan emas kan tak dapat dipisahkan....hahahaha...Jom kita tengok apa yang ada di dalam PG Gold Museum ni.
Apa yang ada di PG Gold Museum?
Di PG Gold Museum korang boleh merasai pameran emas yang menakjubkan menerusi lawatan berpaduan, demonstrasi melebur perak secara lansung, pameran koleksi emas dan perak, mural 3D, merasai pengalaman memegang 50 kg emas fizikal serta merasai sendiri mendulang emas secara tradisional.
Menarikkan?????
Ketahui tentang emas dengan lebih mendalam di PG Gold Museum
Sepanjang ''tour'' atau lawatan berpanduan di PG Gold Museum, kita ditemani tour guide yang akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang emas di samping meneroka tapak perlombongan emas yang di reka hampir sama menyerupai dengan suasana gua yang sebenar.
Banyak informasi tentang emas di tampal di dinding muzium yang boleh di baca.
Korang kena rajin-rajin baca ya kalau nak tahu lebih lanjut tentang emas, perak dan batu permata ni ye.
Tengah-tengah ''tour'' terjumpa plak harta Ahmad Albab.Wah...berpinar bijik mata ni tengok tapi ramai yang buat ''Gold Wish'' kat sini.Naseb la takleh pegang.Kalau tidak mokcik dah kayo dah ha.....
Korang juga boleh merasai sendiri memegang emas fizikal seberat 50 kg tapi kawasan ni tak boleh bergambar atas faktor-faktor keselamatan.
Di samping itu korang boleh tengok koleksi emas dan perak yang pelbagai corak dan bentuk.Hai la...mata dah berpinau.Semua cantik-cantik....emas la katakan...hahahaha....
Melombong emas secara tradisional di PG Gold Museum
Di PG Gold Museum korang boleh rasai sendiri pengalaman melombong emas secara tradisional.Macam mana yang dikatakan tradisional?
Ha...yang ni la dikatakan tradisional.Mendulang emas mengunakan pendulang/kuali dengan tangan sendiri.Kalau korang pandai dan bernasib baik dapatlah emas seketul dua untuk korang bawa balik.
Tak caya boleh bawa balik?
Cubalah sekali pengalaman mendulang emas di PG Gold Museum ni nanti.
![]() |
Nindia hasil melombong yang di bawa balik |
Demonstrasi pembuatan jongkong perak
Di hujung-hujung ''tour'' korang akan di bawa melihat demonstrasi pembuatan jongkong perak di PG Gold Museum.Kagum wehhhh....sat ja dah siap seketul jongkong perak seberat 1 kg.Fresh from oven....eh...eh...tak pakai oven pun tapi masa pegang tu dok suam-suam kuku lagi.
Lokasi PG Gold Museum
Lokasi PG Gold Museum sangat-sangat mudah.Berdekatan dengan Padang Kota Lama Penang ja.
PG GOLD MUSEUM
95, Lebuh Bishop,
10200 Penang
Tel : +604-2619999
Whatsapp : +60124408916
IG : #pggoldmuseum
Waktu operasi
Dibuka setiap hari termasuk cuti umum dari jam 9 pagi hingga 6 petang
Tiket
Dewasa-RM28
Kanak-kanak(7-12 tahun) & Warga Emas(60 tahun ke atas)-RM15
Kanak-kanak bawah 7 tahun-percuma
atau boleh hubungi Ms.Denise-012-4408916 untuk pertanyaan atau group tour arrangement.
Kami sudah....korang bila lagi.
Thanks PG Gold Museum sudi jemput kami blogger utara.
14 apa kata anda?
Boleh rasa aura emas pegang emas 50 kg
ReplyDeleteuih bestnyer meti ramai pokguard kat situ kan he he..yg baju belang hitam putih kat belakang tu sape? dgn yg tudung coklat tu sape ye geng bu ker
ReplyDeletebab mendulang tuh syok.. dah jumpa satu, dok rasa nak cari lagi dan lagi.. hehehe.. dapat merasa aura emas tuh..
ReplyDeletenanti bg iols tiket free tu eh..weols nak terjah isnin ni insyallah hehe
ReplyDeleteAssalam uols,
Deletenaaaaaaaaaaaakkkk jugaaaak sob3
hasil mendulang tu boleh bawak balik kak zai? emas betoi ke yang tu? wowwwwww
ReplyDeleteBestnya dapat tengok emas jeles kita
ReplyDeletehehe.. part mendulang paling best.. lagi best bila dapat walaupun seketoi..
ReplyDeletefuhyoo menariknyaaaa! Kalau pergi penang lagi InshaaAllah nak singgah! Hehe
ReplyDeleteharitu xsempat mendulang..husband pulun kat dia jaa
ReplyDeleteNak mendulang juga..huhu..
ReplyDeletenak mendulang jugak.. hehe
ReplyDeletekipidap guys
wow! pg ada museum :)
ReplyDeleteAssalam zai,
ReplyDeleteooohoooiiiiiiii
Projek Blogger Utara ni memang meletops laaaaaaa
EMAS tuuuuuuu
kita kayo...kita kayo...kita kayo hee3
komen yang murni-murni yek ^.^