Jump Street Trampoline Park Penang | Event Review
12:34 PMJump Street Trampoline Park Penang | Event Review
Dah lama teringin nak pi Jump Street Trampoline Park Penang ni sesejak kawan tunjuk gambar depa pi team building kat situ.Macam best ja...macam menarik ja tapi kita takda kawan yang nak pi situ.
Kena plak ada anak kecil jadi niat tu tertangguh gitu je la.
Baru-baru ni Blogger Utara dapat jemputan untuk review tentang Jump Street Trampoline Park Penang terus nak join dan pertama kali juga la saya bawa Aqil join event.Sebelum-sebelum ni asik kena tinggal ja.Tempat pon macam sesuai ja untuk Aqil jadi apa salahnya bawa dia sekali.
Jump Street Trampoline Park Penang
Kalau yang pertama kali datang macam saya kena perhatikan betul-betul signboard dan banner ni.Jump Street Tampoline Park Penang ni berada di dalam bangunan D'Piazza.Boleh parking di luar jalan besar atau di dalam kawasan D'Piazza.
Lokasi :
70, D'Piazza, D'Piazza Mall,
Jalan Mahsuri,
Bayan Baru,
11900 Bayan Lepas, Penang
Boleh waze dan anda takkan tersesat ke tempat lain....hihihi...
Jump Street Trampoline Park Penang di buka setiap hari.
Waktu beroperasi :-
- Ahad ~Khamis - 10 pagi hingga 9 malam
- Jumaat ~Sabtu - 10 pagi hingga 10 malam
Bayaran masuk ke Jump Street Trampoline Park Penang :
Total Price (Monday to Wednesday): RM 22/Pax (Incl 6% GST)
(1 Hour Jumping + Reusable Socks )
Total Price (Thursday to Sunday): RM 27/Pax (Incl 6% GST)
Total Price (Thursday to Sunday): RM 27/Pax (Incl 6% GST)
(1 Hour Jumping + Reusable Socks)
Jadi korang boleh pilih nak pergi hari apa.
Setiap orang yang nak lompat melambung kat Jump Street Trampoline Park tak perlu bawa stokin sendiri kerana ia mempunyai stokin khas yang boleh di guna semula bila datang lagi.
Permandangan Jump Street Trampoline Park Penang dari atas.
Saja bawa Aqil pi tengok orang lompat-lompat.Ambik feel dulu...hahahaha....
Dia dah teruja tu.Dok tunggu masa ja mama dia tarik masuk.Tak dapat masuk dok lompat-lompat kat luar tu je la.
Kemudahan di Jump Street Trampoline Park Penang
Selain tandas para pengunjung yang bermain permainan dan ingin menyimpan barang berharga, Jump Street Trampoline Park juga menyediakan loker berkunci.Boleh tanya di kaunter pendaftaran.
Kalau nak simpan kasut boleh simpan di loker terbuka yang di sediakan.
Di dalam Jump Street Trampoline Park Penang juga disediakan Jump Cafe.Bagi ibu bapa yang datang menemani anak bermain boleh la menunggu anak-anak anda di Jump Cafe sambil menikmati pelbagai hidangan yang di jual di situ.
Aktiviti di Jump Street Trampoline Park Penang
Ada 8 tarikan yang menarik yang boleh di cuba di bawah pengawasan/panduan Jump Street instructors antaranya :-
2 Dodgeball Courts
Slam Dunk
Main Court
The Wall
High Performance
Tower Jump
Foam Pit
Battle Beam(restricted to kids only)
Blogger Utara di Jump Street Trampoline Park Penang
Event kali ni ramai yang join.Terima kasih EL yang menjadi orang kuat event Jump Street Trampoline Park Penang ni.
Memang enjoy gila hari tu.
Masa ni kat Dodgeball.Lawan team laki dan perempuan.
Dodgeball Teams will play a competitive game on both courts using the Round Robin Format.
· Teams will earn points depending on how many players are left on the Court, based on 10 points per player (Eg.: 3 players left standing = 30 points).
· Time limit given per game is 3 minutes.
Masa ni plak acah-acah nak jadi pemain NBA...hahaha...Slam Dunk uolssss....hahahaha....
NBA Sharp Shooter @ Slam Dunk Lane
· Each team gets to play this game together.
· The object of the game is to score as many hoops as possible within a time limit of 2 minutes.
· For a team of 10 people, we recommend the breakdown of jumpers as follows:
· 10’ hoop = 3 jumpers, 9’ hoop = 3 jumpers, 7’ hoop = 4 jumpers.
· Points will be given based on the following:
· 10 Hoop = 30 points, 9’ Hoop = 20 points, 7’ Hoop = 10 point
Yang ni plak Tower Jump.Buat terjunan terjun tiruk macam nak terjun kolam renang tapi tak basah.
Aqil Najmi kat Main Court.
Dia punya seronok tak tau nak habaq.Sakannya dia melompat berlari sana sini jenuh mama dia kejar.
Mama sempat lompat sikit-sikit ja sebab dok kalut ligan anak.
Tapi memang seronok la melompat sakan kat sini.
Geng Blogger Utara memang best la walau ada yang baru first time jumpa tapi macam dah kenal lama.Rilek ja pakat dok main melompat .
Terima kasih di ucapkan buat pihak Jump Street Trampoline Park Penang Mr. Mike, Mr. Aidid dan beberapa krew yang lain yang sudi menjemput kami dan membantu kami melancarkan event pada hari tersebut.
Untuk keterangan lanjut boleh layari website Jump Street
atau hubungi
Syed Aidid-Sales & Event Manager
HP : 017-3020786
16 apa kata anda?
happening..enjoyyy
ReplyDeletentah bila nak ramai2 cam ni lagi kan zai..winduuuu
Assalam uols,
Deletekeeeennnnn
kita2 ni kalo begabung memang sentiasa happening keeeennn he3
lepas la jugak gian nak melompat2 tu hihihihi
ReplyDeleteSeronok tengok Aqil taknak balik sebab nak melompat..
ReplyDeleteSeronok n happy budak2 main kalau ekin ada mestivsyok ni
ReplyDeletenext time melompat lebih tinggi yer...hihi
ReplyDeletemelompat smpai penat... org tak pi sila jeles.. hahaha
ReplyDeletebalik rumah dia punya feel melompat tu sampai terbawak2 dalam mimpi.. haha
ReplyDeleteMitra303 | Agen Sbobet | Agen Judi | Agen Bola
ReplyDeleteAgen Judi Online
Agen Judi
Agen Judi Terpercaya
Agen Bola
Bandar Judi
Bandar Bola
Agen SBOBET
Agen Casino
Agen Poker
Agen IBCBET
Agen Asia77
Agen Bola Tangkas
Prediksi Skor
terbaik la :)
ReplyDeletemelomoat lebih jauh...
ReplyDeleteHaha mesti comel Aqil lompat sana sini
ReplyDeleteanak2 pun suka.. dok ajak p lagi nih..
ReplyDeleteseronok seronok =)
ReplyDeletetime lompat x ingat apa lepas balik tu eheh.. ehe..
Happening sgt korang..
ReplyDeletemelompat xingat dunia.. hehehe
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^