Resepi Mudah | Moist Chocolate Cake

2:29 PM


Assalamualaikum. Cewahhhhh....tetiba hari ni nak kongsi resepi. Macam terer-terer nak kongsi-kongsi kan...hahaha...
 
Mula-mula nak bagitau la yang saya ni tak penah buat kek atau kuih-kuih manis selain kuih raya- tart, mazola dan biskut makmur tu. Maaf lerrr....tak minat kuih-kuih manis ni. Suami pon tak suka kuih yang memanis jugak. Sebenarnya saya malas hahahaha.... Mandangkan suami tak berapa suka makan lagi senang. Takyah buat. Tapikan tapikan sesejak ni roh rajin tu tetiba membuak-buak. Rasa nak je buat sendiri so inilah hasilnya.
 
 
Moist chocolate cake yang pertama dari mama Aqil Najmi. Macam tak percaya je bila menjadik. Jangan pestime ja menjadik. Nanti-nanti nak buat lagi terus tak jadi plak.
Gambar hat sebijik lupa ambik.Dah potong baru teringat T_T
Bahan-bahannya :-


Bahan A di ayak bersama
Tepung naik sendiri-1 cawan
Serbuk koko-1 cawan
Baking powder-1 sudu teh
Sodium bikarbonat-1 sudu teh



Bahan B di pukul bersama
Telur ayam-4 biji
Gula kastor-1 cawan



Bahan C
Minyak masak-1 cawan
Susu pekat-1/2 tin
Esen vanila-1 penutup botol
Air panas-1/2 cawan




Cara-caranya :-
Campur bahan B dan bahan C. Pukul hingga kembang sedikit. Selepas tu campur dengan bahan A. Kacau hingga sebati.

Sebelum masukkan ke dalam loyang, sapu loyang dengan mentega. Panaskan periuk pengukus selama 5 minit sebelum masukkan adunan tadi. Kukus selama 1 jam.

Selepas 1 jam keluarkan loyang dan biar sampai sejuk. Selepas sejuk terbalikkan loyang untuk keluarkan kek. Sapukan toping di atas kek dan hiaskan.



Bahan toping
Di bancuh sekali
Serbuk koko-1/2 cawan
Minyak masak-1/2 cawan
Susu pekat-1/2 cawan




Maafler....tak reti nak terang cecara dia.Harap paham la ayat budak tadika ni...hihihi...

Selamat mencuba =)





You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. wahhhh tahniah mama Aqil Najmi. dah naik satu step :D :D :D

    ReplyDelete
  2. resepi kak lain skit..nanti zai cer plak resepi kak...

    apa pun tahniah cuba wat

    ReplyDelete
  3. Anak okje yg tengah tu suka kek coklat moist ni....mcm senang je Zai nak buatnya....nak try le nanti

    ReplyDelete
  4. mama aqil tahniah. kek ni kalau masuk peti pastu kuarkan makan masa sejuk2 tuh pon sedapp sangat.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. oh mak aiiiii sodappppnyaaaa nak kena try nihhhh

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^