CABARAN 30 HARI | Hari ke-3 #Sesuatu Yang Menguatkan Zai Zamree

11:28 AM

Assalamualaikum
 
Cabaran 30 hari untuk hari ke-3.Sesuatu yang menguatkan saya?
 
Sebagai makhluk yang berakal dan beragama semestinya Allah adalah penguat semangat saya.Apa saja yang berlaku kita mesti balik semula kepada yang satu iaitu Allah.Dia dah mengatur dan memberi apa yang terbaik dan yang kita perlu cuma kita perlu berfikir secara waras.
 
Tipu la dalam hidup tak pernah alami perkara-perkara yang menjatuhkan semangat.Saya penah alami 2 kali kejatuhan semangat yang amat-amat teruk.Saat kehilangan ayahanda tercinta sewaktu last year final exam membuatkan saya terumbang-ambing.Biasa la anak tunggal perempuan yang rapat dengan arwah ayah bila arwah dah tiada semangat tu terus hilang.Berfikir dengan waras terkenangkan emak.Beliau la penguat semangat saya waktu tu.Emak la segala-galanya selepas arwah ayah.Tak dilupakan juga keluarga tercinta.
 
 
Dan sekarang saya dah ada kekuatan tambahan.Tak lain dan tak bukan Muhammad Aqil Najmi bin Mohamad Zamree.Bila rasa stress tengok anak yang rajin tersenyum terus hilang stress tu.Layan keletahnya membuatkan saya lupa segala yang kurang enak.
 
 
Kawan-kawan disekeliling juga banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat di kala saya mempunyai masalah.Kadang-kala idea dan nasihat tu boleh di guna pakai dan kadang-kala idea yang gila-gila tu wat saya tersenyum lebar melupakan seketika masalah yang ada.Terima kasih kawan-kawan ^^,
 
Ha...dah abes dah kot.Nak panjang lebar sangat tak reti nak cerita lebih-lebih kang keluar cerita lain plak =.=

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. Betul tu... anak2 adalah penguat semangat dan penyejuk hati... :)

    ReplyDelete
  2. hihi memang keluarga adalah orang yang paling kuat bagi semangat kat kita.

    ReplyDelete
  3. kan kak zai. skang ni anak semangat paling kuat tuk kita ;)

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^