Resepi Mudah | Kuih Cara Berlauk

9:55 AM


Assalamualaikum. Bila balik rumah tok Besah, menu berbuka selalunya kuih-kuih manis seperti lepat liat, cekodok, bengkang kacang, bubur kacang dan sewaktu dengannya. Hari Sabtu lepas tok Besah bercadang nak buat kuih cara yang intinya gula. Eh…manis lagi? Jadi saya tukarkan ke cara berlauk. Kalau kat rumah saya, beli je kuih kat bazar sebab nak makan bertiga je pun. Nak tukar juadah dengan jiran, jiran pula agama lain…hihihihi tapi kat rumah tok Besah masih ada tradisi bertukar-tukar juadah. Itu sebab kena buat juga satu kuih untuk bertukar pinggan. Bila waktu berbuka tengok bermacam jenis kuih dok ada atas meja. Tak perlu nak ke bazar beli kuih bermacam jenis.

------------------------------------------------------------------------

 

Penyediaannya tak susah pun. Inti tu ikutlah bahan apa yang ada dalam peti sejuk anda. Tapi yang paling penting kena ada loyang kuih cara atau bahulu.

Loyang bahulu-sumber dari Google


Resepi Mudah-Kuih Cara Berlauk


 

Bancuhan tepung

2 cawan tepung gandum(membukit)

2 cawan air(agak-agak jangan terlampau pekat jangan terlampau cair)

1 cawan santan

1 biji telur

Sedikit pewarna kuning(kalau nak buat cara inti gula guna air daun pandan yang dikisar baru baunya wangi)

 

-satukan semua bahan-bahan kat atas ni dan kacau sebati. Nak bagi lagi elok blend kan semuanya.Siap!

 

Bahan inti

250 g daging kisar

1 biji kentang(potong dadu-terpulang sama ada nak letak ke tak)

1 biji bawang besar(potong dadu)

3 ulas bawang putih(diracik halus-halus)

1 sudu besar serbuk cili(saya gantikan dengan serbuk lada hitam)

2 sudu besar serbuk kari daging

Sedikit gula dan garam untuk perasakannya

Sedikit minyak

 

Bahan hias

Daun sup(potong halus-saya tak letak)

Cili merah hiris serong( saya cincang halus dan masukkan sekali dalam inti sewaktu memasak)

 

-Cara masak inti kuih cara berlauk.

Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan rempah daging, serbuk lada hitam, ubi kentang, cili potong dan daging kisar. Masak sehingga hingga kering. Perasakan dengan garam dan gula. Siap!

inti dan bancuhan tepung dah siap


 

Cara memasak kuih cara berlauk

-Panaskan loyang bahulu. Guna api kecil. Sapu sedikit minyak pada loyang. Bila loyang dan panas, tuang bancuhan tepung. Masukkan inti dan tabur daun sup serta cili(saya tak letak yang ni). Tutup loyang dengan tudung periuk. Biar kira-kira 4-5 minit. Bila dan masak sekata keluarkan kuih dari acuan menggunakan sudu.
 
*kalau kuih cara inti gula, cuma gantikan inti tu kepada gula.

 
kuih cara berlauk


Dapat banyak juga kuih cara berlauk ni. Siap boleh bertukar juadah dengan 4 buah rumah. Ni kalau beli kuih mau berpuluh ringgit.

 

Selamat mencuba!!!!

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. Hi Ucing singgah dari segmen mia liana (^_^).Selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  2. tok xde acuan kuih cara..nak pi beli satu hal pulak boleh kut guna kuali jadi nya kuih cara big cup hahaha

    ReplyDelete
  3. Duk buat kuih cara manis sokmo hihihihi..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers