Team Building | ESCAPE Teluk Bahang

3:13 PM

Assalamualaikum. Isnin sengaja pilih ke company team building sebab Selasa cuti hari Malaysia. Mesti sakit badan punya kalau dah main kat ESCAPE nanti walaupon banyak tarikh yang company bagi suruh pilih.
 
Pastu masa hari kejadian konvoi sebijik keta dengan kawan-kawan ke sana. Dalam keta tu dok kata malas nak main...nak balik pukul 1 lepas makan. Kununnya la nak balik pukul 1 tapi bila masuk dalam tengok terus teruja.

dengan kawan-kawan kerja

 
Masuk free kan company bayar...hihihi...

Masuk je Escape untuk team building kami dapat kad macam kat bawah tu. Isi nama kita pastu kat belakang tu ada game dan markah dia. Apa yang kami main ESCAPE team akan sign. Habis ke tak habis belakang kira. Lepas submit kad tu kat ESCAPE team, tunggu untuk pengiraan markah. Kalau lepas separuh dari markah penuh 25 akan dapat sijil. Sebab ni la lagi teruja nak kumpul markah dan tak jadi nak balik pukul 1 tu.
 
 
Kalau pi by group lain pula kad dia. Hari tu tengok ada yang jenis macam map kat bawah ni pon ada.


Map ESCAPE Theme Park Teluk Bahang. Dalam kad yang kami dapat tu tak semua permainan ada kat dalam tu. Nak main pon boleh cuma tak dapat markah je la.

 
Itu pon kami redah ja hampir ke semua permainan yang ada.
 
Sini kawasan MONKEY BUSINESS Level 1, 2 dan 3.Bila tengok...teruja aih nak rabat-rabat.

 
Tinggi tak ingat.

 
Mula-mula ingat nak naik kat area Monkey Business tu tapi memandangkan datang time cuti sekolah memang situ antara kawasan paling sibuk.
Jenuh beratur so kami plan ke tempat lain dulu.
 
Mula-mula terjah GECKO TOWER dulu a.k.a wall climbing.
 
 
Posing kena ada. Konon hebat sangat....hahahahaha....
 
Pastu apalagi...rabat la.

 
Penat gila panjat wall climbing. Dengan tak penah senamannya tetiba panjat memang penat dan sakit badan sangat-sangat....hahahaha....Masalahnya tak sedar diri badan tu dah macam kuih pau...hihihi...
 
Pastu kami ke BALANCE BEAM. Kat sini kena berjalan atas sebatang tiang yang tinggi ke sebelah sana pastu patah balik. Berdebar siot.
 
tunggu turn kat balance beam
 Habis Balance Beam kami main JUNGLE SWINGER plak.Seronok tergantung hayun laju. Rasa relak sangat.
 
Habis situ naik plak ke GO APE dan FLYING LEMUR. Flying Lemur ni macam flying fox la cuma yang ni kita berpatah balik kat tempat asal kita nak mula. Syok sangat sebab kita fly dari satu platform ke satu platform.Memang rasa nak naik 2 3 kali tapi bila dah sampai tempat asal memang tak dapat la. Orang beratur punya la panjang. Oh...kat flying lemur ni tak digalakkan pegang handphone atau kamera. Kalau tengah fly tu tetiba handphone jatuh pihak Escape tak bertanggungjawab ye. Tu sebab non hado gambar.
 
Rehat sebentar makan-makan pastu sambung plak kat MONKEY BUSINESS. Tak hagak-hagak...terus naik level 2. Level 1 pon tak rasa lagi dah rabat level 2 konon terer.
 

Nampak tak saya yang macam semut kat atas =)
 
 
Kat Monkey Business ni kena ada keberanian dan kekuatan tangan. Gila kau...semua tali...tali dan tali...Jenuh....

Turun dari Monkey Business ni memang dah penat sangat-sangat. Dah tak terdaya nak panjat tangga nak main ATAN'S LEAP. Gila teruja dengar siren count 5 4 3 2 1 pastu terjun.
 
Tanya ESCAPE Team kalau tak habis main ok tak. Diorang check kata dah lepas markah yang boleh dapat sijil. Terus tak jadi nak balik awal. Tunggu la sampai kena panggil ambik sijil. Semua pakat teruja time ni....hahahaha....Tak sangka leh dapat sijil.
 
Weeeee....KAMI BUKTI!!!!!
 
 
Jangan di tanya kenapa gambar tak banyak.Peraturan kata takleh selfie a.k.a ambik gambar time main...hahahaha...Ni pon ada kawan-kawan yang tak main tolong snapkan. Kalau tak punoh harapan.
 
Kalau nak tau lebih lanjut leh tengok kat website ESCAPE. Time cuti sekolah ni bawa la anak-anak kat sana buat aktiviti ni. Untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun pon ada disediakan permainan yang sesuai dengan mereka. Psssstttt....ramai Cina bawa anak-anak kat sini, orang Melayu leh kira dengan jari.
 
Balik dari ESCAPE dalam jam 4 petang tapi jem pulak kat kawasan town. Haduiiiih...mula-mula semua diam ja pastu bila sorang bersuara kata lapar terus semua kata lapar. Memang lapar sangat-sangat time ni. Makan time lunch ja pon. Itupon nasi ayam sikit jek...huk..huk..huk...
 
Apalagi driver pusing dan singgah KAPITAN apalagi pekena nasi beriyani la.
 
 
Pulun makan sampai tak kaleh...hihihihi...
 
 
Aummmmm.....
 
 
Yang ni saya punya. Nan Chicken Milani....dap...dap...dap...
 
 
Baru ja main-main turun 3 kilo bila makan ni masuk balik 5 kilo. Camna nak kuruih ni T_T

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. Assalam zai...
    dah bekurun dok penang,
    dah berkurun jugak mkn kapitan,
    tapi tak penah mkn chicken milani tu
    sob3...
    nak kena try ni kan3

    ReplyDelete
  2. Syok skali sekala kalo ada aktiviti macam ni :)

    ReplyDelete
  3. siokkkkkkkknye kak. masa ESCAPe tu baru bukak dulu duk berjanji dengan nadh nanti kita pegi bila dah bersalin. masa tu preggy kan uwais. dah bersalin kena tgu uwais beso sikit lagi le pulakkk nguuuu

    ReplyDelete
  4. Dah pergi tp xmain apo pon..tp jgn jeles kami siap berkampung bercamping lg.. Hehehe

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers