Lain yang di minta lain yang dapat

8:06 PM

 Assalamualaikum....


Lama tak bersiaran. Raya hari tu abang sulung balik raya dengan tok Besah. Dia punya semangat tu lain macam....hahaha...tapi kami buat persiapan ala kadar ja.


Habis raya, lepas balik keja saya akan tolong suami berniaga durian. Tahun ni tahun paling tak berjaya berniaga durian. Orang kata tak berapa nak menjadi. Mungkin monopoli durian dah di pegang oleh satu company tu dekat-dekat sini so sebagai peniaga kecil memang agak terkesan. Takpa la rezeki takat tu ja. Rancangan nak guna duit untung durian pasang mozek kat rumah pon tergendala.


Lagi beberapa hari kami nak tutup berniaga durian saya kena covid. Kuarantin seminggu dari keja. Waktu tu tengah ada MSS kat company. Saya memang dah 4 tahun minta VSS. Tahun ni bercakap sendiri dengan HR nak VSS. Dengan bos pon cakap kalau boleh nak VSS. Bukan apa, dah keja lama di situ kalau berhenti buta-buta rugi sangat. Atleast dapat duit cikit pon tak kisah. Sebelum kena covid tu ada ura-ura nama saya naik dalam list MSS. Seronok bukan kepalang masa tu. Tapi tunggu punya tunggu nama tak kena panggil-panggil pon sampai la hari terakhir umum nama MSS saya pula COVID so tak dapat pi keja.


Petang tu tiba-tiba bos wasap....

Bos : U dah ok ke?

Saya : Ok sikit. Y ek? Nama i kena ke?

Bos : Ada bad news...u tak kena MSS tapi u kena transfer. Last minute management change transfer u.

Saya : Transfer i pi mana?

Bos : Transfer u ke prod. Nanti habis kuarantin u datang keja terus jumpa XXXXX dept XXXXX. Nanti dia bagitau u kena buat keja apa.

Saya : Memang kena masuk prod ke?Shift pagi malam?

Bos : Yes.Kena masuk.Shift pagi malam.

Saya : Ok


Lepas 3 hari bos wasap lagi...

Bos : Sudah sihat?

Saya : Dah sihat dah. I demam 2 hari ja. No symptom teruk2.

Bos : Great.U ok ke nanti masuk prod?

Saya : Itu i nak tanya u. I dah lama tak keja shift. Dah lama tak keja malam. Macam mana nanti. I tak pernah tinggal anak2 i malam2.

Bos : Ya lorrr...u dah lama keja pagi. Nanti macam mana ho. Takpa i try tanya itu manager tengok. Nanti i update u.

Saya : TQ bos...


Hari terakhir kuarantin....

Bos : Esok u keja kan?

Saya : Esok Jumaat. I ingat nak sambung cuti boleh?

Bos : Tak payah la cuti. Esok u pegi P2 jumpa ini XXXX dept XXXX. Cakap dengan dia. Dia bagi u shift pagi saja. Esok tak payah masuk P1.

Saya : Alamak. Jumpa XXXX ka? Adoiiii....

Bos : Y heh?

Saya : Itu orang kawan2 i cakap garang....habis la...

Bos : Dia ok kot. Esok jangan lupa pegi P2 jumpa dia ho


Malam tu takleh lena saya dibuatnya. Fikir macam-macam. Seminggu kuarantin saya tak fikir apa pon sebelum tu. Redha ja kena transfer production. Agak-agak tak tahan saya resign je la cari keja lain tapi malam tu memang tak leh lena.

Esoknya pegi keja macam biasa direct ke P2. Sepatutnya masuk jumpa XXXX pukul 8 pagi tapi pukul 9 pagi saya baru masuk. Aduh...buat perangai betul. Dah bercakap dengan XXXX, di suruhnya saya jadi line leader. Aduh...bermacam ayat dah keluar tolak taknak jadi tapi dia tetap suruh jadi juga. Katanya dengan gred keja saya, dia tak boleh letak saya bawah pada tu. Ok la...terima je la. Agak-agak tak tahan resign je la...apa susah.Tengahari tu saya minta izin ke P1 kemas barang-barang saya di opis. Pukul 2.30 petang saya masuk balik P2. 


Dan hari ni lebih dari 3 bulan saya di department tu menjadi line leader. Keluar gelap balik gelap. Sebulan juga la down masa tu. Asal nak pi keja ja malas sebab takda hati. Bukan takat line leader ja, dah rupa supervisor pon ada. Kadang follow supervisor gemba audit department lain. Kadang supervisor takda or cuti saya yang kena masuk meeting hari-hari present untuk manager dan engineer. Supervisor cuma pantau 40% ja yang selebihnya saya yang jaga dan pantau production. Alhamdulillah saya dah ok. Environment ok. Keja pon ok yang penting masyuk....hahahaha...saya cakap kat adik-adik leader yang lain dah lama saya tak buat OT ni. Jangan buat sampai saya jadi gila OT....hahahaha...


Mungkin rezeki saya masih di situ cuma berbeza situasi. Mungkin ada perancangan Allah yang lain untuk saya dan family.

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^