Memastikan Si Manja Mendapat Makanan Yang Berkhasiat Setiap Masa, Di Mana Jua
4:26 PM
Di zaman serba moden kini, ramai ibu-ibu muda mula sedar
tentang kepentingan pemakanan yang berkhasiat untuk si manja yang tersayang
setiap masa, di mana jua. Tak terkecuali dengan saya. Seorang ibu mahukan
anaknya mempunyai tubuh yang kuat, minda dan semangat yang sihat supaya dia
dapat melangkah maju dan mencapai potensi yang penuh pada masa akan datang.
Bila bercakap tentang diet si manja, saya percaya diet yang
seimbang harus meliputi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat,
protein, susu dan tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia haruslah merangkumi
kepelbagaian makanan yang mempunyai rangkaian vitamin dan mineral yang
menyeluruh demi menampung tumbesaran si manja.
Mempunyai anak yang aktif dan menyukai aktiviti luar seperti
berbasikal, bermain di taman dan pantai memberi cabaran kepada saya untuk
menyediakan makanan yang terbaik untuk dia mendapat segala nutrisi dari
makanan.
Sebagai ibu bekerjaya, saya cuba untuk memastikan Aqil
mendapat nutrisi yang baik tidak kira di mana berada. Contohnya ketika
bersiar-siar di taman atau pantai. Saya akan menyediakan makanan yang terbaik
buatnya untuk memastikannya mendapat khasiat yang seimbang agar si manja
menjadi lebih lagi.
Cabaran ibu-ibu moden seperti saya kini bilamana keluar
bercuti atau bersiar-siar adalah kurangnya menu sihat untuk anak di restoran.
Pilihan makanan yang sihat tidak tersedia untuk si manja apabila berada di luar
rumah kerana terlalu banyak 'makan segera', makanan yang di proses dengan
terlalu banyak pengawet dan pewarna dan barang goreng yang tidak sihat cuma
banyak terdapat di kedai-kedai sahaja.
3 Langkah Mudah Si Manja Mendapat Semua Nutrisi Dalam Makanan
Jadi, bagi memastikan anak saya mendapat semua nutrisi dalam
makanan setiap masa,di mana jua saya akan :-
1. Menyediakan masakan rumah(homemade food)
Perkara yang baik tentang menyediakan makanan di rumah ialah
saya dapat memutuskan apa yang ada di menu. Saya cuba mengelakkan makanan
ringan dan membataskan makanan yang tinggi lemak, gula, natrium dan lain-lain
lagi.
Bagaimana saya mendapat inspirasi?
Saya ada menyertai kelab ibu-ibu yang menyediakan ‘homemade
food’ di laman sesawang facebook untuk si manja bagi mengetahui info, resepi
dan cara penyediaan makanan yang berkhasiat untuk Aqil dan bagi ibu-ibu yang
bekerjaya seperti saya. Dari situ saya cuba praktikkan untuk si manja saya,
Aqil. Jadi tidak hairanlah Aqil sejak kecil amat sukakan memakan sayur-sayuran
seperti bayam dan lobak merah serta buah-buahan seperti pisang dan anggur.
2. Memperkenalkan pelbagai makanan
Menyediakan diet yang terbaik buat si manja amatlah bagus.
Di samping ianya berkhasiat, kita sudah tahu tentang kebersihan makanan yang
disediakan untuk mereka. Dari situ si manja dapat mencuba setiap jenis bahan
makanan yang kita masak dari sayuran, buah-buahan hinggalah ke protein seperti
ayam dan ikan. Apabila si manja mencuba makanan yang kita sediakan sendiri,
kita akan tahu apa yang sesuai untuk di makan dan apa yang tidak boleh di makan
oleh anak kita jika berlaku alahan ataupun sembelit. Paling penting, makanan
yang disediakan mengandungi nutrien yang diperlukan untuk menyokong
perkembangan anak saya.
3. Bekal makanan yang sihat
Adalah penting anak saya mendapat diet yang sihat,
seimbang seperti protein, vitamin dan mineral yang diperlukannya, dan
lain-lain. Oleh itu, saya selalu menyediakan bekal makanan yang sihat untuknya
ke sekolah dan juga di waktu petang ketika berada di taman permainan. Bekal
yang sihat akan membantu menjaga nutrisi anak saya agar dia tetap bersemangat
dalam belajar. Aqil juga amat menyukai apabila saya menyediakan bekal makanan
yang sihat untuknya.
Amalan Meminum Susu
Selain menyediakan makanan yang berkhasiat, amalan meminum
susu untuk membesar juga merupakan salah satu cara untuk membantu Aqil yang
kini berusia hampir 4 tahun mendapat lebih lagi nutrisi untuk seharian. Saya
akan menyediakan 2 kali hidangan susu Dumex Dugro® perisa asli untuk Aqil
sehari iaitu pada waktu pagi sebelum ke sekolah dan pada waktu malam sebelum
tidur. Jadi Aqil tetap akan mendapat nutrisi yang diperlukan walaupun saya
tidak sempat menyediakan hidangan yang berkhasiat pada waktu siangnya kerana
bekerja.
Setiap segelas susu untuk membesar yang Aqil minum, dia akan
mendapat 19.5mg DHA dan mendapat lebih 15 vitamin dan mineral serta serat unik,
lcFOS yang berdasarkan 40 tahun kajian saintifik menyokong tumbesaran si manja
agar menjadi lebih lagi.
Bagi ibu-ibu yang ingin memastikan si manja mendapat makanan
sihat dan berkhasiat setiap kali walaupun mereka tidak bersama anak mereka,
boleh siapkan bekal makanan untuk memenuhi keperluan nutriti mereka. Aqil amat
menyukai bekal nutrisi yang baru ini dan dia amat teruja setiap kali saya
menyediakan bekal nutrisi untuknya setiap hari.
Bekal Nutrisi
Cantik tak bekal nutrisi Aqil? Kalau ibu-ibu berminat untuk
mendapatkan bekal nutrisi ini untuk si manja korang boleh dapatkan dengan
pembelian susu Dugro di pasaraya seluruh negara.
Dumex Dugro® kini menyokong ibu-ibu dengan promosi di
seluruh negara dengan memberikan satu (1) Dumex Dugro® Bekal Nutrisi *
eksklusif dengan setiap pembelian mana-mana variasi dua (2) paket 900g Dumex
Dugro®. Terdapat tiga warna yang berbeza
iaitu hijau, merah dan kuning dan reka bentuk tersedia untuk pengumpulan yang
bermula dari 1 September hingga 31 Oktober 2017. * sementara stok masih ada.
Layari website Dugro untuk info menarik:
www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/ncp
1 apa kata anda?
Comey nya Aqil.
ReplyDeleteNina pun suka sediakan bekal buat Eilhan.
Yakin dia akan dapat lebih lagi nutrisi dari air tangan mama nya.
komen yang murni-murni yek ^.^