Tragedi Sehari Sebelum Raya | Bila Kau Anak Tunggal Perempuan Dalam Keluarga
10:36 AM
Assalamualaikum. Menjadi anak tunggal perempuan dalam
keluarga kadang-kala menyeronokkan. Tapi ada juga yang tak seronoknya. Kau takde
tempat nak bergossip luah perasaan kongsi kesedihan macam orang lain. Kongsi
dengan mak? Ada benda yang kita tak perlu kongsikan dengan mak kita.
Tiap kali raya mesti saya susah hati. Suami ajak balik
beraya rumah FIL hari raya pertama sebab tempat suami di sisi emaknya. Tempat
isteri di belakang suami…gitu…tapi Alhamdulillah FIL faham situasi saya. Anak
tunggal perempuan dalam keluarga. Tak seperti adik-beradik suami yang mempunyai
5 orang kakak yang boleh tolong mak mertua masak untuk hari raya.
23 Jun-Jumaat tu saya tak apply cuti sebenarnya tapi
memikirkan tok Besah sorang-sorang mengemas rumah saya terus emergency leave
hari tu. Nasib bos faham. Balik rumah mak, kebetulan adik bongsu(lelaki) tengah
mengemas rumah…..auuwwww…tak sangka sebenarnya…hahaha… so saya tolong apa yang
patut.
24 Jun- Sabtu saya sibuk tolong suami hantar stok ayam segar
baru di proses yang di tempah pelanggan tetap suami untuk hari raya. Jenuh menggagau
saya ke sana-sini pusing cari rumah customer dengan ayam yang siap diproses
penuh bonet kereta. Phewww…naseblah kereta putih tu power stereng…kalau hand
stereng macam kereta hitam yang satu lagi mau naik lenguh tangan ni nak pulas
stereng.
Sampai rumah tok Besah sekitar jam 12.30 tengahari, saya
tengok daging 5 kilo abang kedua beli masih dok berketul-ketul macam tu. Adik
lelaki dok mengemop rumah. Tok Besah tengah balut ketupat palas 3 kilo. Abang
sulung dan family tak sampai Penang lagi. Selalunya pagi sebelum raya memang
dah sampai tapi tahun ni mereka tutup klinik dan kedai lewat sehari dari biasa.
Abang kedua dan ketiga masing-masing uruskan rumah sendiri. Arggghhhh…mana satu
nak buat dulu ni? Tarik nafas…lepas….tarik nafas…lepas….
Terus tukar uniform pakai t-shirt dan memulakan kerja-kerja
memotong 5 kilo daging seorang diri. Phewww…naik kejang urat betis ni berdiri.
Setel potong daging cepat-cepat masukkan dalam periuk noxxa untuk rebus daging
sementara sediakan bahan-bahan untuk buat rendang. Terus mulakan aktiviti menumis
rendang di dapur. Bila daging dah empuk terus tuang ja dalam kuali besar kat
dapur dalam bahan tumisan rendang.
![]() |
Tulang yang di rebus menggunakan periuk noxxa selama 30 minit sebelum dipindahkan ke periuk tumisan sup yang lebih besar |
Masuk pula 2 kilo tulang dalam periuk noxxa nak lembutkan
daging sebelum di tukar ke periuk lebih besar nak buat sup tulang untuk
berbuka. Sambil-sambil rebus tulang, kacaulah rendang dan sempat juga goreng ayam
2 ekor untuk buat masak merah. Tangan dah macam sotong, otak ligat memikir nak
buat apa lepas tu lepas ni.
Jam 5.30 petang abang sulung dan family selamat sampai
Penang dari Johor siap bawa balik juadah berbuka dan durian. Ha…dah ada durian
kena ada pulut baru la ngam. Terus tanak pulut macam tanak nasi habuan nak
makan dengan durian. Alhamdulillah, semua masak sebelum waktu berbuka. Nah
juadah kami berbuka hari tu.
Bihun sup tulang + sambal kicap, ketupat dan lemang + rendang
daging, durian+pulut di makan dengan santan, nasi putih + ayam masak
merah(terlupa cedok), popia basah(beli), roti john, murtabak dan 5 bungkus nasi
beriani. Ni semua untuk 15 orang makan. Bila masuk waktu berbuka tu saya duduk
kat tepi sambil minum air ja. Penat sampai taktau nak makan apa…huhuhu…dapat
minum air pon dah lega. Penat berdiri + penat fikir nak masak bagi setel
sebelum berbuka….uhuk….
Kalau la FIL saya tak faham saya, macam mana
keadaan tok Besah hari tu….huhuhu… Terima kasih mak dan ayah mertua yang
memahami menantu kacang hantu yang sorang ni. Terima kasih noxxa tok Besah yang
menyelamatkan keadaan saya hari tu.
6 apa kata anda?
dekat umah timm bertukar pulak, abg cik yg uruskan semua..
ReplyDeletePhewwww... cekapnya awak di dapur tu.
ReplyDeleteKalau Mrs. A tak tau jadi apa hehehehe....
Itulah mak Mrs. A syukur ramai yang pompuan tolong memasak.
Sama ls dgn LeYa... LeYa pun anak tunggal perempuan dlm keluarga... tp alhamdulillah akak n adik ipar ade membantu
ReplyDeleteSesungguhnya, saya memahami perasaan itu. :)
ReplyDeleteSelamat hari raya, zai.
CT the only one jugak tapi sebab semua tahu CT pemalas depa mmg tamo mintak tlg hahaha xdela.. sbb kalo kat kg ada ramai kazen2 yg lebih pandai masak so biarla depa uruskan kite jenguk2 tlg yg ringan saja.. kalo depa suruh masak pun tatau jadi apa nanti..
ReplyDeletealhamdulillh dapat keluarga mertua yang memahami macam tu.. nasib ada noxxa kan membantu kerja memasak..
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^