Cuti Raya Cina 2017 Keluarga Zai Zamree
10:57 AM
Assalamualaikum.
Seminggu dah berlalu cuti raya cina. Tahun ni cuti raya cina paling singkat
dalam hidup seorang Zai Zamree. Macam tak percaya sampaikan Tok Besah pon
hairan bila saya cakap cuti 3 hari ja. Tak macam tahun lepas. Nahai…cuti
seminggu. Merata saya pi semata-mata nak habiskan cuti. Pi Hatyai 2 hari 1 malam tapi entri Hatyai tak habis tulis pon. Balik Hatyai ke Pantai Merdeka pastu ke Eco Meadow dan esok tu ke Taman Rimba Teluk Bahang. Memang direct seminggu berjalan saja.
Tahun ni Sabtu
hari raya cina keluarga kecil kami ke rumah Ah Kong (ayah angkat suami).
Kebetulan Ah Kong sorang-sorang ja kat rumah. Wifenya ke Hatyai untuk
sembahyang jadi kami agak lama kat situ. Aqil dapat la duit raya dari Ah Kong
dan beberapa buah tangan. Lepas tu kami dok rumah je la sampai ke malam.
Ahad dah
tengahari baru plan nak mandi-manda. Kolam MPSP Jalan Betik pula tutup sempena
CNY jadi kami terjah ke area Batu Feringgi. Ramainya orang mandi-manda kat
pantai. Nak sampai ke sana pon berjam-jam. Jalan jem. Terus lajak ke Taman
Rimba Teluk Bahang nak mandi air terjun. Saya tak mandi tapi suami dan Aqil ja
mandi. Jadilahkan... Kat sini pon penuh dengan orang yang menghabiskan cuti CNY
dengan keluarga. Jenuh cari parking.
![]() |
laksa kat Taman Rimba ni sedap |
Isnin saya dan
Aqil saja balik ke rumah Tok Besah sementara suami kena keja. Balik pon sekejap
ja lepas rindu dengan Tok Besah.
Selasa saya
dah start keja. Suami cuti tiap Selasa. Aqil pon masih cuti hari Selasa tu jadi
suami bawa Aqil dan anak-anak sedara mandi di Kolam MPSP Jalan Betik. Jelesnya.
Saya kalau tak mengenangkan report hari Selasa dah lama saya cuti. Kena plak
department ni semuanya berbangsa Cina jadinya kita ni kena la cover keja yang
ada sementara semua cuti.
Bila tengok
timeline facebook kawan-kawan, seronoknya lahai pi bercuti. Mengenangkan kami
baru ja berhabis duit pindah rumah hujung Januari lepas, tahan je la diri ni
dari bercuti-cuti…..sobbbbsss… #saja
buat-buat sedih nak suruh orang pujuk
6 apa kata anda?
bestnya mandi air terjun
ReplyDeleteokey lah.. tak kisah berjaln kat mna.. asal dpt jln..kita isteri ni. itu pun dah seronokkan
ReplyDeleteseronok aqil dpt angpau dan dpt mkn laksa and mandi sungai hihi
ReplyDeleteseronoknya diaaaa
ReplyDeleteseronok Aqil dapat angpau.. hehehe budak-budak dapat air syok dah laa tak kira kat mana pun..
ReplyDeletekak zai dah dapat ye rumah sendiri tu? tahniahhhhh kak zai ;D
ReplyDeletetula macam heran awat kak zai cuti sat sangat tahun ni?
komen yang murni-murni yek ^.^