Tempat Menarik Di Penang | 5D Interactive World
4:04 PMTempat Menarik Di Penang | 5D Interactive World
Minggu lepas saya dan team #ProjekBloggerUtara telah di jemput untuk menerokai keunikkan yang
terdapat di dalam 5D Interactive World.
Terletak di Jalan Dato Keramat Georgtown, 5D Interactive World ini amat mudah
untuk di cari. Ia terletak di jalan utama menuju ke Times Square Penang dari
bangunan Komtar.
Apa yang menarik di 5D Interactive World
5D Interactive World merupakan alam interaktif 5D yang pertama di Asia. Alam yang unik dan
menakjubkan ini telah menggabungkan konsep kesenian(ART), kreativiti(Creativity)
dan juga pendidikan(Education).
Apa yang menarik di 5D Interactive World ini adalah ia
memberikan pengalaman dimensi 5D yang jauh lebih mengagumkan berbanding dengan
lukisan mural. Pengunjung dapat menerokai alam ini melalui proses
5D-Methodology iaitu mentafsir(define), mereka(design), membangun(develop),
membetul(debug) dan menyampai(deliver).
5D Interactive World ini terbahagi kepada beberapa bahagian
pembelajaran dan keseniannya antaranya bahagian alam sekitar, animasi, magik,
arca dan tanah liat.
Di bahagian alam sekitar ini menyuruh kita untuk menyayangi
dan memelihara alam sekitar melalui mesej yang disampaikan disebalik arca yang
di bina menggunakan barangan terpakai. Jika bukan kita yang memelihara alam
sekitar maka berlakulah kepupusan alam semulajadi di bumi ini. Banyak mesej
yang berguna di sebalik arca yang di bina.
Ini antara arca yang terdapat di dalam 5D Interactive World.
Ini antara arca yang terdapat di dalam 5D Interactive World.
![]() |
Dinasour diperbuat dari barangan terpakai |
![]() |
Air mana air |
Kita juga di ajar supaya lebih kreatif dalam kehidupan untuk
menghasilkan perhiasan dari barangan terbuang. Lihat hasilnya…cantikkan?
![]() |
sayalah pari-pari itu....rama-rama dari barangan terpakai |
![]() |
penyu dari penutup botol |
Di bahagian animasi ini pula memberikan visual kesan animasi
yang sebenar kepada pengunjung. Pengunjung bolehlah beraksi dengan kesan
visualnya yang seakan-akan hidup.
![]() |
tolong...tolong....Godzilla nak makan saya |
![]() |
tangan besar ni membawa maksud sila berhati-hati ketika menggunakan produk...kalau ada bahan kimia terlarang jadi la macam ni |
![]() |
Arrrgggghhhh....dushhh....dushhhh.... |
Di bahagian magik ni kena pandai beraksi dan pandai mencari
angle ketika menangkap gambar. Kalau kena pada gayanya gambar seakan-akan
hidup. Dari kamera iols banyak yang gegor cuma satu ni ja yang menjadi….sobbbbsss…
Dalam banyak-banyak bahagian iols suka bahagian arca. Lama
gila bertapa kat sini. Seronok dapat meluahkan diri dengan membuat patung dari 16 inci x 16 inci
ke sebesar 8 kaki x 8 kaki dengan mengunakan sama ada tangan, badan ataupun
muka. Bila tak jadi buat lagi dan lagi. Seronok sangat.
Bahagian tanah liat pula adalah tempat di mana kanak-kanak
boleh berinteraksi dengan ibu bapa mereka tentang bagaimana untuk membuat karya
seni dengan menggunakan tanah liat.Anda juga boleh mencari lebih seronok dan
pameran pendidikan di galeri tapi mak pak pon boleh join sekali.
Tada….akak kita buat bunga ros. Cantikkan?
Kalau korang berminat bolehlah ke 5D Interactive World bawa anak-anak anda ke sana.
Kalau korang berminat bolehlah ke 5D Interactive World bawa anak-anak anda ke sana.
WAKTU OPERASI DAN HARGA TIKET 5D INTERACTIVE WORLD
Harga Tiket
Mykad
Dewasa : RM18
Kanak-kanak : RM13
Harga Biasa
Dewasa : RM30
Kanak-Kanak : RM20
Waktu operasi
9 pagi - 6 petang
(Selasa - Ahad)
Tutup hari Isnin
kecuali cuti am atau cuti sekolah
4 apa kata anda?
terpegun tgk diorg recyle balik bahan buangan tu..kreatif sgt
ReplyDeletepandai hgpa posing nooo...mok cun pon ado
ReplyDeletehahahaa bahagian bt bentuk bdn tu sakit kekeke tp seksi. mesti dh kering arca 2
ReplyDeletesekarang banyak sungguh tempat mcm ni dekat belah pulau tu kan. tinggal tunggu nak pilih je
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^