Tempat Menarik Di Penang | Mandi Laut Batu Feringgi

9:48 AM

Tempat Menarik Di Penang | Mandi Laut Batu Feringgi

 

Assalamualaikum

 
Entri basi lagi....hihihi...
 
Orang lain sibuk bawa anak jalan-jalan cuti sekolah ni kita pon sama sibuk nak pi bercuti tapi dalam Penang je la walaupon anak tak sekolah lagi...hahahaha...
Eh...company replacement besday Agong hari Sabtu tu ke hari Isnin.Pilih hari Isnin dengan harapan tak ramai orang mandi-manda so boleh buat pantai tu kita yang punya.
Plan dengan abang ipar dan biras kami nak pi berkelah kat Batu Feringgi mandi laut.Balas dendam hari tu punya acah-acah honeymoon.
 
Bertolak tengahari sempat singgah Rope walk beli durian, buah laici dan anggur....hahaha...berkelah makan buah-buahan.
 
 
Memula ingat nak berkelah kat Miami Beach ja tapi tengok ramai plak yang dok kat situ so teruskan perjalanan sampai la kat depan Spice Garden tu.Tengok ada 2 family ja terus ambik keputusan berkelah kat situ.Lupa plak nak snap permandangan pantai kat situ.
 
Sampai tengahari perut pon lapar terus buka bekalan makanan.
Tengok la budak debab tu.Dok perhati mak cik dia cedok nasi.Tak sabar nak makan la tu.
Kami masak ringkas-ringkas ja.Nasi putih, ayam masak kicap, sayur campur, telor dadar dan sandwich telor.Pastu sulam plak dengan durian, laici dan anggur....hahahaha....
 
Lepas ja makan saya terus bawa anak acah-acah main air.Aqil sebenarnya takut dengan bunyi ombak kuat.Masa acah-acah honeymoon dan kat Pangkor hari tu menangis teruk gak la dia.Penakut apa taktau....aduiiiiih.
Sebelum-sebelum ni saya tak mandi.Dok tengok abah ja bawa Aqil bagi mandi.Kali ni dari rumah saya pakai siap-siap baju untuk mandi-manda.Kang pakai lawa-lawa nak salin baju sepasai...so takde makna saya nak mandi.
 
Memula Aqil menangis gak tapi lama-lama saya acah dia kat air laut...bagi pijak pasir basah lama-lama Aqil dah ok dah.Siap berdiri dalam air lepas tangan lagi.Pastu bila nampak abah mai dekat terus jalan laju-laju dalam air nak pi kat abah.Amboi...sakan nampak.
Saya pon dapat mandi kat tempat air cetek je la sebab pegang anak.Nak ke dalam sikit takut plak terlepas anak yang berat ni dengan ombak yang kekadang kuat.
 
Kita ingat Aqil ja yang takut mandi laut.Ada budak tu besar dari Aqil dalam 3 tahun lebih pon takut air.Meraung-raung meronta bila ayah dia bawa masuk air....so Aqil kira hebat gak la kan...hahahaha....
Lama gak la kami mandi-manda.Dekat 4 jam rasanya pastu bersiap untuk balik.
 



Gambar ehsan dari henpon biras
Kemudahan kat pantai depan Spice Garden tu ada kedai makan, sewa tikar, kedai jual cenderahati dan juga toilet untuk mandi yang boleh dikatakan bersih walaupon di bina guna kayu dan zink.

Balik tu singgah kat Miami Beach pekena laksa dulu.Saya tak berapa nak suka sebab kuah laksa dah campur otak udang.

 
Kat situ dalam banyak-banyak mainan yang orang jual Aqil boleh pilih benda ni.
Sebab.....banyak kaler-kaler yang menarik minat dia.

 
Lepas makan kami singgah kat Straits Quay Penang.
Tengok la budak debab ni...memang teruja tengok kapal.

 
Gambar cilok google camni ha....
 
 
 
Baru nak santai kat luar tu hujan la pulok so kami ambik keputusan balik ke pangkal jalan.
Aqil sepanjang jalan lena ja dia.Penat mandi....penat berjalan.
Sebelum tu pekena dulu char koey tiaw kat dataran Bukit Minyak tu.
 
 
Berakhirlah cuti mandi laut Batu Feringgi kami sekeluarga.Pastu esok tu pakat EL masing-masing....hahaha...Badan panas macam nak demam.
Panas berendam tengah panas dan panas makan durian 5 bijik....hahahaha....

You Might Also Like

13 apa kata anda?

  1. uwaaa bestnya mandi laut km xpernah bawah anak pi ronda ronda main ayaq. tgu besaq sikit boleh la kot bawak hehehe. sama la xminat otak udang pasai pa depa campoq siap2. grrrrrr.

    ReplyDelete
  2. KMI INGT STRAITS QUAY TU SHOPPING MALL??

    ReplyDelete
  3. KMI INGT STRAITS QUAY TU SHOPPING MALL??

    ReplyDelete
  4. charkueyteow tu nampak menyelerakan..haha

    ReplyDelete
  5. laksaaaaaaaaaaaaaaaaa...trgugat ok

    ReplyDelete
  6. kalau adik ash pulak, nampak air memang tak dan nak terjunnn... lepas masuk air tak mau naik...he he he...

    ReplyDelete
  7. Anak saya pun memula tuh takut gak nak gi main pasir ngn air.. Jenuh pujuk.. Lama2 tuh bila dah ok, xnak balik pula.. Bebudak kan..

    ReplyDelete
  8. seronok la lepak tepi laut di penang.. ni ygx sabarnk bawa rania pergi pantaijuga.hihi.
    setakat ni dgn rumput ok la. xda geli geli bila letak..

    makan sesaje ye. kenyang perut baru hepi..

    ReplyDelete
  9. Assalam zai,
    he3
    iols hengat uols pu sabtu ahad
    ghopernya senin :)
    iols tak dapat cotik ganti
    so amek cotik sendiri senin tu :P

    ReplyDelete
  10. agaknya sebab depa rasa kaki tenggelam bila duduk dalam laut. kan macam pasir duk sedut kaki tu. uwais masa mula pun acah2 berani. lama2 tengok sepupu sepapat duk berendam langsung tak nak naik sampai darah keluar ikut hidung sebab panas sgt kot =..=

    ReplyDelete
  11. hadoi... laksa tu !!!
    gegar jiwa aida.
    masa skola rendah dulu ada skali makan laksa kat batu feringgi.
    sejak da tua ni, beranal-pinak, da tak gi dah hu hu hu :(

    ReplyDelete
  12. Kak Zai.. CT pun suka lepak kat pantai spice garden tu kalo nak mandi berendam..
    kat miami ramai sngt.. tapi kat spice tu dia panas lah sbb xde pokok nak berteduh.. tapi aman damai =D

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^