Banjir Di Pulau Pinang | Saya Pun Mangsa Banjir Juga

4:16 PM

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Semoga semua sihat-sihat hendaknya. Sudah 3 hari Pulau Pinang dilanda banjir. Sewaktu kejadian saya berada di Cameron Highlands bercuti bersama-sama R&D technical team. Dah berkawan lama tapi tak pernah cuti sama-sama. Saja la merancang nak bercuti sekali. Ikutkan saya tak pergi pun Cameron Highlands tu sebab awal kehamilan tapi ada sorang tak dapat join saat-saat akhir jadi marilah memenuhkan kereta yang tengah kosong.

Sepanjang perjalanan kami dari Penang ke Cameron Highlands dalam keadaan sekejap hujan sekejap cerah. Jadi memang kami tak sangka Pulau Pinang akan banjir. Sabtu malam Ahad tu bila suami WhatsApp gambar air yang dah penuh kat depan rumah terus rasa berdebar. Gila tak berdebar. Nak ura-ura banjir kot? Air cuma masuk sikit kat lubang bucu di dapur. Nasib suami cepar-cepat tutup lubang tu dengan kain tebal. Lambat sikit air tu nak masuk ke rumah.

Lepas tengok bola, masing-masing dah penat kami pun tidur. Rupa-rupanya jam 2.30 pagi suami kak Rose call nak bagitau banjir dah naik ke paras pinggang dah di rumahnya di Zoo Road Air Itam Penang. Selalunya banjir setakat betis dalam setengah jam macam tu ja tapi kali ni siap bertakung bagai. Bangun Subuh tu baru tau cerita. Allah....

Rumah tok Besah macam biasa masuk juga air bila hujan lebat dan air laut pasang. Pintu tali air kat sungai tu tak dapat nak lepaskan air yang bertakung sebab air laut dah penuh di sebelah pintu satu lagi. Makanya banjir kali ni bertakung agak lama hingga ke betis. Sebelum-sebelum ni takat buku lali ja. Itupun adik yang WhatsApp bagitau.

rumah tok Besah


Bila dah dapat tau musibah macam ni masing-masing MOOD dah down nak bercuti. Kurang dah gelak tawa macam semalam dok memikirkan hal di rumah.

Sampai di Juru, suami dah tunggu saya di belakang Shell tepi tol Juru tu. Katanya laluan di tutup untuk kenderaan ringan dari jalan Autocity ke Kampung Tok Kangar tepi PETRONAS. Kali ni air lagi dalam dari sebelum ni. Dapat pula berita yang air naik tinggi di Taman Mangga dan Taman Sentul, Juru. Lori dan bas pun ada yang sangkut. Jadi kami yang berada di tengah-tengah ni tak ada laluan alternative lain nak keluar dari Juru dengan menaiki kereta. Kalau yang naik motor boleh saja keluar ikut belakang Shell tepi tol Juru tu. Patutlah masa balik dari Cameron Highlands tu banyak orang parking kereta di Shell dan jalan kaki balik ke Taman Seri Delima dan kampong-kampong sekitar Juru yang terselamat dari banjir.


Jalan Tok Kangar dan Jalan Taman Mangga

Alhamdulillah, Ahad malam Isnin tu tak hujan di sekitar Juru. Cadangnya esok pagi nak pi checkup dan hantar Aqil ke sekolah terus balik rumah tok Besah nak cuci rumah. Malangnya esok pagi tu bila tengok dua-dua jalan keluar dari Juru masih lagi ditutup untuk kenderaan ringan. Maka berkampunglah kami di Juru. Kiranya saya ni mangsa banjir yang rumah tak kena banjir tapi tak boleh pi kerja la kekdahnya...huhuhuhu....

Masa tengok laluan keluar dari Juru yang dipenuhi air semalam terus cakap kat suami " Alhamdulillah kita dah tak duduk kat taman ni....kalau tak jenuh kita ni".

Kami baru ja 2 bulan ambil keputusan berpindah ke kawasan kampung sekitar Juru. Alhamdulillah walaupun rumah kampung tapi masih dalam kawasan yang tinggi dan tak kena banjir.


#penangbanjir #prayforpenang

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. banjir kali nih memang teruk, ni kawasan kampung di Lahar Yooi masih digenangi air.. jalan tu pun baru surut dan boleh dilalui, cuma rumah saja masih bertakung air sebab rendah dari jalan..

    ReplyDelete
  2. Allah sedihnya huuuu. tapi syukur lah rumah kak zai tak kena. kalau tak letih berganda tu nak bersihkan dua rumah

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers