Corat-coret Sekitar Company Dinner | Wild Wild West
11:02 AM
Baru-baru ni syarikat tempat saya bekerja ada mengadakan
jamuan tahunan syarikat(company annual dinner) dengan tema Wild Wild West a.k.a
cowboy di Spice Convention Centre Bayan Baru Penang. Bila dengar tema macam ni
ramai yang mengeluh. Yang lelaki sukalah tema cowboy ni, ringkas dan senang
tapi yang perempuan kalau boleh nak tema yang boleh pakai baju lawa-lawa, grand,
gaun kembang meleret seksi.
Saya tak fikir nak pakai baju ikut tema pun memandangkan dah
membuyung ni. Cadangnya nak pakai blouse biasa saja janji annual dinner kena
pergi walaupon membuyung sebab hadiah
top 10 yang disediakan memang menarik. Dinner kali ini di buat 2 kali pada 21
November dan 24 November memandangkan terlampau ramai pekerja. Jadi pihak
syarikat menyediakan 250 hadiah lucky draw untuk tiap satu malam dinner
tersebut. Jom tengok hadiah top 10 yang company sediakan.
Amacam? Top 10 pon dah meriah. Lagi 240 hadiah lucky draw
mestilah meriahkan? Jika ada rezeki malam tu, mesti pulang dengan salah satu
barangan elektrik yang disediakan.
Dekat-dekat nak dinner cik putih pula rosak. Hari-hari encik
suami yang hantar dan ambik
dari kerja.
Kau rasa mood masih ada nak pi dinner?
Memang takla. Memang tak fikir lansung. Malas nak suruh suami datang ambil kat Spice sebab dikhabarkan malam tu ada konsert K-POP kat situ juga. Mesti jem gila-gila. Hari Khamis kawan pujuk punya pujuk akhirnya setuju juga nak pi dinner. Jumaat pi kerja suami hantar. Balik dari tu ikut kawan mandi dan bersiap ke Spice. Balik dinner tumpang kawan yang duduk kat Seberang Jaya.
dari kerja.
Kau rasa mood masih ada nak pi dinner?
Memang takla. Memang tak fikir lansung. Malas nak suruh suami datang ambil kat Spice sebab dikhabarkan malam tu ada konsert K-POP kat situ juga. Mesti jem gila-gila. Hari Khamis kawan pujuk punya pujuk akhirnya setuju juga nak pi dinner. Jumaat pi kerja suami hantar. Balik dari tu ikut kawan mandi dan bersiap ke Spice. Balik dinner tumpang kawan yang duduk kat Seberang Jaya.
Jadinya #OOTD malam tu kita pakai ja baju apa yang ada.
Jaket jeans blue black ni dah bertahun, kemeja jeans lusuh suami, seluar jeans
kelabu(hat ni ja seluar jeans yang masih boleh pakai oleh makyung), kasut yang
sedia ada, shawl yang sedia ada ikat ala-ala rambut dendan dan topi cowboy
pinjam kawan punya yang dinner malam 21hb….hahahaha…jadilah.
![]() |
#ootd dinner |
Kalau ikut-ikut sekupang pon tak keluar duit masa nak pi
dinner ni sebab nak mekap sendiri. Kebetulan dah tumpang kawan dan dia pula
makeup dengan sorang MUA ni so kita pon ikut terjebak. Ala…mekap dinner
murah-murah ja pon. Makeup dengan MUA Bayan Lepas Mohd Sani. Gila cepat dia
makeup. 15-20 minit dan siap…fuhhhh…. Yang paling saya suka MUA Sani boleh buat
kening saya yang tinggi dan senget sebelah ni nampak elok terletak dan tak
menjadi seperti sinchan…hahahaha…..saya suka saya suka. Siap ja makeup hari tu
benda pertama saya tengok tang kening sebab penah ja MUA makeup kening jadi
sinchan tebal sebab kening saya tak sama. Dah la makeup dia tahan lama dan tak
bercapuk. Double triple suka saya malam tu.
![]() |
Makeup by Mohd Sani tanpa contact lens dan bulu mata pelesu...hikhikhik |
Untuk malam dinner tu ada macam-macam aktiviti yang pihak
company sediakan. Ada pre dinner carnival games(hat ni saya tak sempat main.
Tertinggal kasut kat rumah kawan dan ambik masa nak patah balik), ada special
photobooths(sempat snap 1 gambar lagi 3 minit sebelum booth di tutup sebab
beratur panjang), ada amazing Wild wild west magic show(magic show yang super
awesome), special dance performance dan best dress competition. Best dress yang
dapat nombor 1 dapat RM1000 seorang kot.
![]() |
sempat snap 1 gambar di photobooth(free) |
Pembukaan majlis yang sangat-sangat gempak dari Managing
Director dan Director yang lain serta persembahan dari live band yang sangat
best. Nanti bila company publish gambar-gambar sekitar malam dinner tu kita
cuba update lagi ye.
![]() |
with our Managing Director |
Yang pasti malam tu saya tak pulang dengan tangan kosong.
Alhamdulillah…jadilah dari tak dapat apa-apa pon.
![]() |
145 dari 250 hadiah lucky draw |
2 apa kata anda?
bestnya ada annual dinner..tok el x pernah rasa annual dinner mcm ni grand suka..grand prize dia pun wallah
ReplyDeleteMenarik tema dinner ni.. haha tahniah menang lucky draw
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^