Sambal Strawberi Ikan Masin Camerland

10:57 AM

Assalamualaikum. Masa pi Cameron Highlands tu target saya nak cari sambal strawberi yang femes amos di perkatakan tu. Masa hari Sabtu tu kami singgah nak makan steamboat dan nak beli sambal strawberi tapi diorang tengah dok buat preparation untuk satu majlis, jadi tak dapatlah kami nak steamboat bbq bagai.

Singgah pasar malam dok mencari-cari gak sambal strawberi tapi saya cuma nampak yang satu jenis ni je. Hat yang lagi satu tu tak perasan pula tapi tak beli pon.


Masa dalam bilik dok teringat-ingat sambal strawberi. Ah...nyesal pula tak beli sambal strawberi yang saya nampak tu.

Masa nak balik ternampak ada orang jual sambal strawberi yang saya nampak kat pasar malam. Terus beli takut kempunan. Takut kami dah tak singgah mana-mana lagi dah. Kang melepas plak.



Semalam baru berkesempatan nak makan sambal strawberi ikan masin ni. Sejak tahun 2007 kot. Mesti sedap.



Bahan-bahannya tak banyak pon. Macam sambal yang kita masak juga cuma tambah strawberi. Ala...buat sendiri pon boleh tapi nak juga rasa sambal strawberi orang Pahang macam mana...hihihi...

nasi putih panas-panas + sambal strawberi ikan masin + gulai nangka + telur dadar = lajak 2 pinggan

Rasanya not bad. Sedap. Tak terlalu masam dan tak terlalu manis. Tahap kepedasannya pon so so saja. Macam ni Aqil Najmi pon boleh makan. Ikan masinnya di potong kecil-kecil tapi banyak. Pekena dengan nasi panas-panas lajak 2 pinggan...ekekekekeke... Saya bagi 3/5 bintang.

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. Tak pernah lagi jejak cameron walaupun orang pahang haha. sedap ke eh rasa sambal tu, teringin pula nak rasa.

    ReplyDelete
  2. selalu tengok tapi tak pernah rasa nak beli.. tatau famous rupanya. ni ada verdict dah next time boleh cuba hehe..

    ReplyDelete
  3. tak pernah tau pun ada sambal strawberi. ehh kalau Eyda berkesempatan ke Cameron, boleh laa beli 1..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers