Anugerah | Gelagat budak baru baik demam

1:03 PM

Assalamualaikum
 
Apa habaq?
 
Saya habaq tak berapa nak baik.Selsema plak.
Aqil dah baik demam saya plak sambung.
 
Positif...positif...sakitkan penghapus dosa.
 
Meh nak cite gelagat budak baru baik demam ni.
Orang cakap budak-budak suka tiru apa orang buat so kita mak pak kena la behave sikit perangai dan percakapan kat rumah.
Kang anak tiru jenuh.
 
Aqil baru-baru ni dok main keta dia.
Eh...dia dah pandai tekan pedal keta tapi bila nak undur belakang saya kena tukar function kat keta tu.
Yang lawaknya dia ambik kunci keta saya pastu dok cucuk-cucuk kat dashboard keta dia.
Ewah...ingat keta tu guna kunci leteeew yang tiru apa kita buat.
Tak boleh masuk kat belah kiri tukar plak kat belah kanan.
Sel-sel otak sedang berhubung sungguh.
 
 
Sekarang ni bila cakap jom mandi laju ja dia masuk bilik air.Suka sungguh mandi.
Tapi bila masuk bilik air yang pertama dia buat dia ambik besen hitam besar ni dan masuk duduk dalam tu.
Ha...tu tandanya dia nak berendam dalam tu la.
Sian...takda kolam.Kena la berendam dalam besen.
Kalau beli kolam nak boh mana?Umah flat kan?
 
So saya akan letak air dan sabun mandi dia dan biar dia mandi dalam 10 minit.

 
Melalui pemerhatian gak dia dah pandai tekan remote tukar channel.
Amboi sangat.
Kadang bila sorok remote Aqil akan tekan sendiri kat TV.
Ni TV umah tok Besah la.TV jenis lamakan.
Bila ada azan, bacaan Al-Quran, nasyid atau iklan-iklan kerajaan suka sangat.(gomen sungguh kamu nak)
Statik ja berdiri tengok benda yang dia suka.

 
Sejak setahun 2 bulan saya beli buku keras binatang, ABC dan perkakasan tapi paling dia suka buku binatang la.
Binatang paling Aqil kenal ialah gajah.
Ritu pi Zoo Taiping Aqil teruja tengok gajah masuk dalam air mandi manda.
Dan bila buka buku ni jenuh la suruh kita sebut satu-satu.
Selagi tak sebut selagi tu dok tunjuk tu tu tu...
Sampai lunyai la buku kulit keras ni dah tak macam buku dah.

 
Satu lagi gelagat Aqil bila merajuk dia akan lari pi kat dinding rumah.Badan mengadap dinding sambil kepala tunduk....ha...merajuk la tu.
Lega...risau gak la takut bila tak dapat satu-satu benda dia mengamuk guling-guling tapi Aqil mengamuk atau merajuk akan pi kat dinding ja.
SOPAN kan?



You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. USIA MCM NI MEMANG AKAN KELUAQ AKAL MCM2.NANTI DAH BOLEH CAKAP LAGIIIIIIII JENUH LAYAN ;P

    ReplyDelete
  2. Assalam zai,
    he3
    merajuk pi kat dinding tak paaaaaaaaaaaa laaaaa
    si fayyadh kalo mengajuk sekarang ni soooookaaaa dok buat lompat bintang tau3 :P

    ReplyDelete
  3. hahahahahaha omeyyyy sangat haaaa pi tala dinding hihihihihi. dah jatuh kesian nak gelak pulak tengok kalau ngadap dinding tu haahahahaha :p

    memang kak zai depa ni peratiiiiii je ape yang kita buat. tak lama lepas tu depa pulak tiru kita. kalau nak tuttttt dengan husband pun kena tgu depa lena betoi2 dlu kalau tidak risau ada yang mengintai nguuuuu

    ReplyDelete
  4. tu diaaaa...berendammmm....sonok tgk dia berendam...comeyyyyy hihihiih

    ReplyDelete
  5. remote kat tangan dia??? hamboi! kecik2 dah control tv ni.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers