Resepi | Homemade Aloe Vera Drink

11:40 AM

Resepi | Homemade Aloe Vera Drink


Assalamualaikum
 
Last week kawan wasap tanya sesapa nak tak lidah buaya.So saya dah k.Rose cakap nak.
Mak kawan nak buang pokok lidah buaya sebab besar sangat.
Nah...lihat la kebesaran lidah buaya tu.
Compare dengan bedak merah botol kecik dah sama size dah batang dia.
 
 
Kawan tanya nak buat apa?
Saya cakap nak sapu kat muka...muehehehehe.
Eh...sebenarnya lidah buaya ni bukan takat leh sapu kat muka, luka atau rambut ja tapi boleh makan.
Macam kita minum air tin yang ada aloe vera tu...ha...lidah buaya leteeeewwww....nama glemer dia aloe vera tapi nama melayu dia lidah buaya...hihihi...
Kita ni bila yang dah ready made memang kita suka sebab tak nampak cuma kita boleh rasa.Yang buat sendiri selalu macam eh...rasa macam ni ek? #buatmukageli
 
 
Resepi :-
  • beberapa batang lidah buaya
  • 1 sudu teh madu atau lebih mengikut kuantiti lidah buaya
 
 
Cara-caranya :-
  • kupas buang kulit lidah buaya
  • potong dadu
  • rendam sebentar dalam air garam untuk membuang lendir pertama
  • basuh dengan air biasa dan toskan
  • gaul dengan madu dan simpan sekejap dalam peti sejuk
  • sedia di makan/minum
  •  
yang ni selepas keluar beberapa jam dari peti sejuk.Air dari lidah buaya akan keluar
Rasanya sedap macam kita minum air tin campuran lidah buaya cuma yang ni perisa madu dan seperti mengigit nata dicoco :)
 

Antara khasiat lidah buaya

  • anti penuaan
  • memperbaiki sel darah
  • merendahkan kadar kolestrol dan banyak lagi


Antara khasiat madu

  • menguatkan sistem pertahanan tubuh
  • membersihkan kotoran dalam usus
  • menormalkan kelembapan tubuh badan dan banyak lagi selain sebagai makanan sunnah
 


Selamat mencuba ^^,
 

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. ohoiiii rumah mama kira byk pokok ni. kannn bila sebut lidah buaya rasa mcm euwwwwww boleh makan? klu sebut aloe vera kemain lagi telan tak ingt kahkahkah :p

    ReplyDelete
  2. betul seeeedap.. suka yang dalam justea anggur tu.. uish kalo minum smpai tunggang tin..

    ReplyDelete
  3. Assalam zai,
    ooohooooooooooooiii
    tabek spring toing3 kat uols tau3
    kalo iols oohoooooooiiii lagik la nak minum itu ayor he3

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^