Makan-makan dept. CNY

8:30 AM

Assalamualaikum

Entri basi keluar lagi hari ni...hahahaha...
Sekarang je pon yang free sikit.Lepas ni tak tau nak agak free ka dak.

Jumaat lepas bos ajak makan-makan sempena CNY.
Malu ah...dah la big boss baru...errr...tak biasa la.
Bila bos cina ajak makan-makan so kebarangkalian nak makan kat restoran Melayu tu amat rendah la.Tapi bos pilih punya pilih last-last ajak makan kat Chinese Muslim Restaurant(CMR) kat area Bayan Baru tu.
Ni pestime saya makan kat sini.
Tahun 2013 penah wat makan-makan kat sini gak tapi time tu saya cuti bersalin so tak dapat la join.

Masa kami sampai pon dah dekat jam 2 petang so takda orang sangat.Ada la pelanggan kat meja sebelah dalam 8 orang camtu.Dah nak abes time lunch orang opis pon baru la sibuk-sibuk nak pi makan.Mana taknya...lepas makan nak calooooo....
Company saya keja ni tiap Jumaat orang opis boleh balik pukul 3 petang.So kami tak kuar time lunch kat luar tapi kuar awai sikit sebelum pukul 3...camtu....


Meja dah booking.Makanan dah order.Sampai-sampai ja terus depa mai hidang.


Ni antara hidangan kami Jumaat lepas.

ikan stim kicap rasanya :p



yang ni kambing.peberet saya hari tu.saya je dok belasah kambing ni...hek..hek..hek...
Adalagi tapi malu nak snap gambar.Time ni big boss yang baru dah sampai siap duduk sebelah saya lagi.Terus letak HP...wuuuuu....
Ada ayam goreng nestum.Order spesel untuk budak yang cuma makan ayam ja tapi boleh plak dia tak jadi pi makan hari tu.Hangit betoi.
Order gak telur hancur,sotong dan sayur campur.

Air amra asamboi.Sedap ngat.


Dan pencuci mulut yang emmmmm.....masamnya.Potong abes lelemak yang ada kalau hari-hari makan benda ni.

Nama makanan memang tak diketahui.Kita pi makan je kan.Makanan dia not bad tapi kalau yang jenis makan pedas macam saya mungkin rasa tak puas sikit makan.Mesti nak kena ada cili potong tapi hari tu tak minta pon cili potong.

Disebabkan pi time orang dah takda dan dah di booking siap so taktau nak cakap service tip top ke tak.


You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. udang ngan ikan tu nampak best!!

    ReplyDelete
  2. Assalam zai,
    dah dekat sangat dah dengan ofis iols tu he3

    ReplyDelete
  3. UWAAA BESTNYAAA MAKAN2...NI BOS ABI NI LUPA KE APA CNY NI....SELALU DIA BLANJA NI DIA BLH BUAT SENYAP GRRRRRR

    ReplyDelete
  4. tapi kaler air ambra tu membuatkan saya teringiiiiiiiiiiiin nak minum air tebuuuuu

    ReplyDelete
  5. desert tu kan dlu selalu makan. masammm tapi sedappp dlu kat tesco ipoh ada tapi sekarang takde dah. nanti boleh try ajak nadh makan kt situ lah. tp nak mintak cili ptong ekekekekek

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers