Bila sistem company down

8:47 PM

 Assalamualaikum

Hari ni hari Kamis.
Member dok sebut-sebut pasai cite Nur Kasih The Movie kuaq hari ni.
Saja la dok cakap-cakap nak balik hapday tup tup sistem company down.
Adala keje cikit nak buat guna company sistem tapi dah down so gedik-gedik la nak balik hapday.
Cakap kat bos....bos ON je.
So cukup time teruih pi Qbay nak beli tiket dulu.
Nak beli tiket untuk 4 orang.Lagi dua orang akan mai dekat-dekat nak start cite.Kena setel keja dulu.

Tengah dok jalan nak pi lif terserempak L2 design engineer dept cheq.
Depa nak makan kat situ so depa ajak kami.
Kami segan la nak join....kami dah la hapday...time makan ja ada...hahaha...

Time dok beratuq beli tiket depa call soh pi kat depa.
Ada lagi 2 kusi kosong so apalagi....pi la...ada lagi sejam sebelum movie start.


Hari ni makan style Jepun ye.
Pi makan kat Azuma Restoran.
Depa siap check HALAL ke tak.
Dah sah HALAL baru la depa call soh join.

Ni yang cheq & k.ros makan.
Hat lain-lain kami tak berani nak sentuh lagipon cheq tak makan ikan mentah.


Sushi berjenis-jenis...ramen la..nasi la...cendawan....macam-macam gak la tapi kami just makan nasi goreng seafood ni je.

Antara L2 Design Engineer dept cheq qheja.
Lagi 3 orang takdak dalam gambaq.

Cukup je time terus naik tengok wayang.
Kalau tanya bab cite Nur Kasih ni bagi cheq biasa-biasa je.
Maybe takdak perasaan jadi pasangan suami isteri lagi kot....hahahaha...tapi kawan cheq sampai menangis dari start crita sampai abes.
Dasat...patut la bila cheq sua popcorn dia takmo ambik rupa-rupanya dok menangis.
Apa-apa pon hampa kena tengok sendiri la.Feel masing-masing tak sama.
Macam cheq lebih suka movie lawak dari movie serius yang penuh konflik.
Sokong la filem tempatan ok....

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers