Dari Nandos ke Mee Udang Pak Ngah Sg. Dua

7:58 AM

Last entry cite pasal besday celebration kat Nandos.
Dan petang tu jugak cheq telah menjoin satu perjumpaan dengan KBU member sempena Admin KBU Cik GKSB yang dah tamat pengajian kat USM dan akan pulang ke kampung halamannya (macam jauh je kampung tu) serta Si Syuk & NAMI yang akan pulang bercuti selama 4 bulan.
4 bulan tu....kalau dulu-dulu masa cheq dok study bila cuti sem panjang ja cheq mesti keja.
Cari duit maaaaa.....

Perjumpaan berlansung di Mee Udang Pak Ngah Aziz Sungai Dua Butterworth.
Cheq tak order mee tapi Koay Tiaw Kerang.

Bila kedai di tepi bendang....begini la jadinya....

Sebahagian daripada kami yang gedik-gedik nak snap pic kat bendang.
~Syuk...NAMI...Jusiza...Farhana...Lina...Erin...Cik GKSB...CHEQ & Daus~

Yang takdak dalam gambar ni si Naqiah tukang ambik gambaq...Adam yang baru sampai...Mikro si peneman Adam makan dan Hafiz yang mai terlebih lewat.

Lepas selesai makan-makan....sembang-sembang...menggedik-gedik...sesi perkenalkan diri maka semua pakat beransur pulang.
Tapi hat kaki karok macam Adam & Daus dok cadang-cadang soh pi ujibakat Mentor.
Apalagi...hat kaki karok ni dok mengigil-gigil ketaq lutut nak pi.
Maka yang join sesi ujibakat Mentor ni hanyalah Mikro,Jusiza,Erin,Naqiah,Adam,Daus & Cheq.
Bertempat kat karok Seberang Jaya bermula la edisi ujibakat menjadi PENYANYI, BACKUP SINGER,PEMAIN MUZIK & PENARI.
Pakej lengkap!!!!!


Cheq sebagai kakak maintain cool je kat belakang sebab dah penat + demam.
Tapi depa-depa ni memang happenning habaq hang.
Sampai tak larat nak gelak.
Kalau ambik lagu nada tinggi ampa toksah susah ati.
Dah tentu-tentu ada BACKUP SINGER yang tolong sambung....hehehehe...
so lagu maintain je...takdak sumbang mambang.
Memang best gilo la....dari suara sengau sebab selsema cheq belasah je.
Agak-agak tak leh pi ramai lagi boleh tolong.hehehe....
Depa memang sempoi.....

entry berkaitan klik

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. lama tak makan mee udang kat situ!

    ReplyDelete
  2. @xim....cheq x penah mkn mee udang kt situ.Selalu pi kt titi timbui desa murni

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^