Anugerah kami | Bila Aqil lambat bercakap

11:50 AM

Bila anak lambat bercakap



Bila bab anak ni mak-mak la yang paling risau sekali.Nak-nak plak anak kawan-kawan sebaya dengan anak kita dah boleh itu ini.Risau dia lebih dari risau masa nak kawen nak akad nikah...hihihi...eh...sama risau macam nak bersalin la rasanya.



Aqil pon tergolong dalam anak yang lambat bercakap.Bukan la tak reti bercakap lansung tapi dia lambat nak bina ayat sampaikan dokte dah bagi surat.Kalau Aqil tak boleh bina ayat dua perkataan bersambung sampai bulan Januari 2016 kena refer pakar la jawabnya.Jadi dokte bagi masa saya 6 bulan untuk ajar dan bercakap-cakap dengan Aqil supaya dia dapat bina ayat.



Single word tu Aqil dah boleh sebut lama dah.Takat mama, abah, nama binatang, susu, kereta semua dia dah boleh sebut dan kenal betul-betul dalam lingkungan umur 15 bulan dan ke atas.Lepas tu dok single word tu la tak abes-abes.Nak susu Aqil sebut 'nenen'.Nak makan sebut 'acik'.Ahhhh...punggah...Dia tak pandai nak cantum-cantum ayat sebut 'nak nenen' 'nak makan' tapi bab ABC siap boleh kenal dan hafal dengan jayanya sejak umur setahun 10 bulan.Muskil mama ni tau.



Jadi malam-malam lepas ja balik keja masak makan bagai mama kena berusaha keras ajar anak bercakap.Bina ayat...wuuuuuu....tapi macam biasa la bila paksa-paksa, anak menangis.



Takmau bagi boring bersembang dengan anak mama kena kreatif.So let's jom melukis...bahahaha...melukis cara mama la.Janji anak kenal rupa bentuk lukisan mama.Cara macam ni la dok buat kat Aqil supaya dia boleh sebut dan bercakap.



cantik tak lukisan mama *wink wink

Bagi ibu-ibu yang anak lambat bercakap jangan la PANIK macam saya...bahahaha....eh...betul saya terlebih panik sebenarnya tau.



Aqil bukanlah jenis lambat bercakap sebenarnya tapi perkembangannya adalah normal cuma bila dia berat mulut masa orang bertanya itu yang nampak macam dia lambat bercakap.Bila orang sekeliling dan dokte sebut camtu terus mama dia ni gabra terlebih la.


Kanak-kanak selalunya akan banyak bercakap dalam lingkungan 2 tahun.Dari 0~18 bulan tahap 'menerima bahasa'(receptive language).18 bulan anak akan 'meluahkan bahasa' (expressive language).

Jom cek batu penanda(milestone) perkembangan bahasa kanak-kanak

  1. Kosa kata (vocabulary) kanak-kanak 2 tahun lebih kurang 50-100 perkataan --> yang ni Aqil pass
  2. Kanak-kanak 2-3 tahun boleh menamakan benda yang biasa di lihat dan menamakan gambar objek.Mereka juga boleh menamakan anggota badan.Mereka mula mengenal warna-warna asas dan menggunakan ayat pendek(2-3 perkataan) untuk komunikasi-->Aqil dah kenal benda, anggota badan sampai kening dan tahi lalat pon kenal.Dah boleh cantum 2 ke 3 perkataan.Bab warna cuma warna hitam paling dia ingat
  3. Kanak-kanak 2-3 tahun bertutur menggunakan ayat pendek(2-4 perkataan dalam satu ayat) --> yang ni Aqil belum boleh lagi
  4. Kanak-kanak 2-3 tahun boleh memahami arahan mudah.Mereka sepatutnya boleh ikuti 2 arahan mudah dalam satu ayat. 'Ambilkan bantal dan baring di sini' --> yang ni pon Aqil dah pass





Jika anak kita tidak dapat memahami arahan mudah, eloklah di bawa berjumpa dokte dan minta buat pemeriksaan telinga.Takut-takut ada masalah pendengaran atau jangkitan di telinga.

Kena juga periksa persekitaran.Kadang kala kita atau pengasuh kurang bercakap dengan anak jadi tak mustahil anak akan lambat bercakap.


Ada beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenai lambat bercakap(speech delay)

  1. Lelaki-perkembangan bahasa budak lelaki adalah lebih lambat berbanding budak perempuan
  2. Pra-matang-bayi yang lahir tidak cukup bulan agak lambat sedikit dari kanak-kanak normal.Bukan saja dalam perkembangan bahasa tetapi perkembangan yang lain juga
  3. Kembar-menurut Speech Pathologist 50% daripada kanak-kanak kembar mengalami speech delay
  4. Sakit telinga-kanak-kanak yang seringkali mengalami jangkitan pada telinga pada waktu kecik(0-12 bulan) mungkin lambat bercakap kerana proses penerimaan bahasa pada tahun pertamanya terganggu
  5. Faktor keturunan-sekiranya ada ahli keluarga terdekat yang lambat bercakap, berkemungkinan besar anak akan lambat bercakap
  6. Dwi-bahasa-kanak-kanak yang membesar dengan 2 bahasa juga berkemungkinan lambat bercakap







See....kalau bab ABC nombor semua laju ja dia bercakap tapi kalau suruh cakap atau bina ayat bukan main payah lagi.Mana la mama tak susah hati.

You Might Also Like

11 apa kata anda?

  1. InshaAllah tu Zai..
    Lelama boleh tu Aqil bercakap..
    Macam anak saudara akak..
    Sekarang dah di U belajarnya..
    Lambat juga bercakap.. hampir umur 3 tahun..
    Risau emaknya bukan main..
    Tapi bila dia kawan yg sebaya dengannya yg rajin bercakap..
    lelama dia pun pandai bercakap..

    ReplyDelete
  2. Wahhh... awalnya dah kenal ABC... good job Aqil...

    ReplyDelete
  3. GO!GO!GO! Aqil... you can do it! mama keep strong ok. xde pape la tu, rajin2 praktis mesti okey punya.banyakkan spend time di kid playroom ke apa.mana tau jumpa kawan2 Aqil boleh buat ayat.biasa budak2 dia akan suka bercerita balik apa dia main/ttg kawan dia

    ReplyDelete
  4. Its Ok Kak Zai.. ramai kata anak lelaki dia slow sikit. Nanti dia mesti petah bercakap , in sha Allah =D

    ReplyDelete
  5. wow aqil dah pandai ABC..anak iols yg 5taun tu pun tergagap2 abc haha
    good job aqil

    ReplyDelete
  6. semoga aqil cepat2 cakap ya nanti mama letih cKap dia hihihuhi..

    ReplyDelete
  7. semoga Aqil akan semakin petah berkata-kata.. Masa nie mesti mama aqil pening lak..
    Hehehe..

    ReplyDelete
  8. xpa zai...
    lama2 nnti dia cepat la catch up perkataan

    ReplyDelete
  9. Aqil special bab lain. Uwais tak kenal ABC lagi. tak reti pun nyanyi ABC sampai habis. tapi tula kita mak2 ni asalnya relaks je tapi bila check kena gempar dengan dokte dengan nurse tu yg jadi gelabah terlebih ekekeke. tapi yela sape la yang tak kisahkan anak kan.

    ReplyDelete
  10. ijat da 3 thn setengah, and vocab dia tak byk.
    dulu aida risau. sebab nurin & syuhada setahun lebih da membebel.
    aida byk bercakap dgn dia. but ijat still pelat and sebutan tak betul.
    but after sharing dgn frens & families, tak risau dah.
    dia tak pekak bisu, just dia lambat.
    and surprisingly, zai, dlm 1 bulan dia masuk tadika ni, ijat getting better.
    semakin elok perkataan nyer. semakin byk vocab nyer.
    alhamdulillah...
    just... sabar and sabar.

    ReplyDelete
  11. masing masin bdk...ada lebih & Kurangnya....insyaAllah nnt bil aboleh ckp tuuuu jenuh la kak zai nk layan

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers