Tempat Makan Best Di Penang | AB Cafe

8:40 PM

Tempat Makan Best Di Penang | AB Cafe


AB Cafe tempat makan best di Georgetown. Baru-baru ni saya dan rakan Blogger Utara ke Argyll Road.Eh...baru tahu kat situ ada sebuah cafe.Yang penting ianya HALAL.Cafe yang terletak di Jalan Argyll Road ini mula beroperasi pada bulan March 2015. Ia diilhamkan oleh seorang pereka 'fashion' bernama Aini Bakker yang sangat meminati cafe. Cafe ini dilengkapi dengan warna hitam dan putih oleh pemiliknya menampakkan keunikannya.

Bukan menu 'western food' sahaja disediakan tetapi terdapat menu masakan tempatan juga disajikan disini. Cafe ini juga mendapat sentuhan daripada 'chef' yang merupakan anak kepada pemilik Tari Cafe. Semua hidangan ini di cuba terlebih dahulu oleh pemilik cafe ini sebelum disediakan buat pengunjung. Menarikkan cafe ni? Jom tengok apa lagi yang ada di AB Cafe ni.


AB Cafe di argyll road georgetown penang, western food cafe, AB Cafe,
AB Cafe, Argyll Road, Penang

Lokasi AB Cafe

Untuk pengetahuan semua AB Cafe ini terletak berdekatan dengan Nasi Kandar Line Clear dan Roti Canai Argyll Road. Lokasi yang mudah untuk ditemui. AB Cafe juga terletak bersebelahan Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. 









AB cafe beroperasi dari jam 3 petang sehingga 11 malam. Walaubagaimanapun 3 petang sehingga 6 petang hanya disediakan kopi dan kek. Menu sepenuhnya adalah pada jam 6 petang sehingga 11 malam dan AB Cafe ditutup pada hari Isnin.

Senarai menu yang disediakan di AB Cafe

Ini adalah antara menu yang disajikan jika anda berkunjung ke sini. Kepelbagaian menu ini membuatkan mudah seisi keluarga menikmati hidangan yang disajikan disini. Jom lihat senarai menu dan harga di AB Cafe yang disediakan.


AB Cafe Western Food, AB Cafe Jalan Argyll, Senarai menu AB Cafe,
Menu AB CafE Western Food

AB Cafe Western Food


Side/Tapas, Kids Menu & Local Menu

Cold Beverages


Juices & Hot Beverages

Menu Pilihan di AB Cafe

Menu pilihan ini antara yang dicuba sendiri oleh saya dan Blogger Utara yang lain ketika mengunjungi AB Cafe. Setiap dari menu ini ada keunikkan tersendiri. Diantara menu ini juga merupakan menu pilihan Puan Aini Bakker sendiri. 

Spagetti Meatball


Spagetti Meatball RM18.90


Smokey Meatball Bolognese with wedges


SmokeyMeatball Balognese with Wedges RM15.90


Big Boss Burger 



Big Boss Burger RM15.90


Fish n Chips



Fish & Chip RM15.90

Chicken Black Pepper


Chicken Black Pepper RM15.90


Chicken Chop Oriental Sauce


Chicken Chop with Oriental Sauce RM15.90

Lamb Chop Black Pepper


Lamb Chop Balck Pepper RM24.90

Mexican Soup



Mexican Soup RM9.90


Nampak menyelerakan bukan?Yang pasti semuanya sedap-sedap bertepatan dengan harga dan perkhidmatan yang diberikan.

Kemudahan yang disediakan di AB Cafe


Selain sebagai tempat menjamu selera AB Cafe juga menyediakan ruang solat, wifi percuma dan juga smoking area.Di sini juga boleh diadakan majlis keraian kecil seperti majlis hari lahir, meraikan keluarga dan sebagainya.



kredit FB AB Cafe


Ini saya sertakan maklumat lengkap tentang AB Cafe.Kalau berminat boleh la terjah dan booking dulu.

Alamat
AB Cafe
32, Argyll Road,
10050 Georgetown Penang
604-26402640

Business hours : 3.00 pm to 11.pm
-3.00 pm to 6.00 pm served coffee and cakes
-6.00 pm to 11.00 pm served western cuisine

Facebook

Instagram



You Might Also Like

25 apa kata anda?

  1. Menarik boleh nak sambut anniversary KAT sini sambil pekena lamb chop

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboiii geng dia ropanya....hehe

      Delete
    2. ni mesti arz nak repeat lagi.. hehehe..

      Delete
    3. Assalam arz,
      betoi3
      akak pun plan nak celebrate birtday hubby nanti kat sini :)

      Delete
  2. Terliur ASSAM bila tengok Chicken Black Pepper...huhuhu...
    Thanks sis 4 sharing.....

    ReplyDelete
  3. Rugi tak sempat nak join hari tu. Lepas ni nak pi makan situ la

    ReplyDelete
  4. cafe ni milik bumi putera ke..baguihlah..sbb susah nak dpt western halal mcm ni kat penang
    npk pun sedap2 menu dia..bolehlah try

    ReplyDelete
  5. burger amat amat mengancam dan terancam... perghhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  6. burger tu
    thanks sis
    balik utara blh singgah
    ni pon cdng cdng nk ke kpala batas.adik ipaq konvo kt dewan millenium tu.. kalau jd ngikut boleh la singgah, kan

    ReplyDelete
  7. Salam
    Thank you utk semua coment n suggestion...
    Yes 1000% bumiputra owned.
    Segala Pujian bagi Allah

    ReplyDelete
  8. Salam
    Thank you utk semua coment n suggestion...
    Yes 1000% bumiputra owned.
    Segala Pujian bagi Allah

    ReplyDelete
  9. Salam
    Thank you utk semua coment n suggestion...
    Yes 1000% bumiputra owned.
    Segala Pujian bagi Allah

    ReplyDelete
  10. kira sgt2 memuaskan lah kalau singgah ni.. inshaAllah boleh try..:)

    ReplyDelete
  11. Sebab lapar, terus scroll laju-laju.. X mampu nak meleleh air liur.. hehehe..

    ReplyDelete
  12. sedap2.. nanti nk terjah sini juga la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nina, nanti kita terjah plak laa..

      Delete
    2. Assalam,
      ninaaaaaaaaaaaa
      eydaaaaaaaaaaaa
      roger2 la kalo turun penang
      reramai #bloggerutara terjah
      baru HAVOC uols :)

      Delete
  13. Assalam zai,
    uols nak tau sekarang ni dalam kepala otak iols dok berzikir BEEF LASAGNa hokey
    punggaaaaahhhhh he3

    ReplyDelete
  14. dlm fikiran aida now ni mcm nak ajak asben holiday merdeka ke penang, zai.
    nanti boleh aida tanya ekk tempat makan yg sedap :)

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers