MAMIL MOMME SATURDAY | Nutrisi Untuk Kesihatan Penghadaman Di Kalangan Kanak-Kanak | Event Review

12:22 PM

MAMIL MOMME SATURDAY | Nutrisi Untuk Kesihatan Penghadaman Di Kalangan Kanak-Kanak



1 Ogos 2015 yang lepas saya berpeluang untuk join Mamil MomMe Saturday yang bertempat di Eastern & Oriental Hotel, Penang.




Program ini bertujuan untuk membantu para ibu mempertingkatkan kesihatan penghadaman anak-anak tersayang disamping memanjakan diri ibu-ibu.



Masa sesi pendaftaran tu ada masa lagi so mohler kita selpiaq barang sekeping dua gambar...hihihi...



Naseb la ada kawan-kawan #bloggerutara yang join so takda la mati kutu saya kat situ.


muka serabai sebelum make over :p

Majlis di acarakan oleh DJ MIX FM Aishah Sinclair juga seorang ibu kepada 2 cahaya mata yang turut berkongsi pengalaman sendiri tentang pemakanan anak-anak beliau.

Majlis dirasmikan oleh Jane Ee, Pengurus Pemasaran Danone Dumex.



Penceramah jemputan hari itu adalah Wendy Yeow Kim Sian seorang Pakar Pemakanan Klinikal dari Pusat Pakar Perubatan Loh Guan Lye yang berkongsi tentang peranan nutrisi dalam membina kesihatan sistem penghadaman yang baik dan juga bagaimana ia boleh membantu dalam proses tumbesaran kanak-kanak secara keseluruhannya.



Di samping itu ia menekankan kepentingan MEMINUM AIR KOSONG yang mencukupi bagi kanak-kanak dan juga SUSU UNTUK MEMBESAR bagi membantu proses tumbesaran.

Jumlah air kosong yang harus di minum kanak-kanak dalam sehari
  • 2 hingga 3 tahun harus minum 1-2 gelas
  • 4 tahun ke atas harus minum 6-8 gelas
Ini supaya kanak-kanak tersebut dapat mengelakkan dari SEMBELIT.
     Bagi ibu-ibu topik sembelit...poo poo...yeyak tu dah jadi biasa.Dulu sebelum ada anak mungkin kita rasa jijik tapi bila dah ada anak benda-benda camni dah biasa.Dah jadi topik bualan harian...hahahaha...

    Yela...kadang anak tak poo poo sehari pon kita dah gelabah tanya orang tu tanya orang ni nak cari solution.Betul tak ibu-ibu sekalian?

    Ni contoh poo poo.Tak payah nak eeeiiii...eeeiiii...sangat la.


Anak korang selalu yang nombor berapa?

Aqil punya antara nombor 3 dan 4.Kadang-kadang ja nombor 2 bila ada orang tu orang ni jamu macam-macam benda merepek macam keropok, air susu kotak dan coklat.

Selepas sesi ceramah ada sesi soal jawab.Time ni macam-macam soalan yang timbul dan kat sini la kita banyak dapat jawapan dari permasalahan yang kadang-kadang kita tak terpikir lansung.

Selesai breakout session ada sesi untuk para ibu untuk manjakan diri plak.
Kali ni topik Ibu dan Make-Up dari Samson Chan seorang Make-Up Trainer Laura Mercier.



Samson Chan bagi tips bagaimana ibu-ibu dapat mencantikkan diri dalam masa 5 minit.
Hahaha...macam tau-tau je kan.Sesejak dah jadi ibu ni memang kurang nak mekap bagai.Pi keja pon tak mekap apa.Ada majlis baru terhegeh-hegeh nak mekap.Kalau tak muka dah macam mak lampir...hahaha...
Tak sempat nak mekap anak dah runtun kaki...so acaner?

Selesai sharing dari Samson Chan so apalagi...memanjakan diri sendiri la.Kata FREE...hihihi...



Saya minta pihak Laura Mercier mekap light ja sebab kalau tebal-tebal muka jadi garang.Kang anak tak kenal plak mama dia yang mana satu....hihihi....


sebelum

selepas

Suka la foundation Laura Mercier...cantik ja muka kita hari tu sampai ke petang...hihihi...

Thanks Dumex Mamil sebab jemput saya ke program ini.Bagi ibu-ibu yang ingin mengetahui tips penghadaman yang baik boleh la layari FB Dumex Mamil dan juga WOOP.Banyak info yang diberikan di sana.

You Might Also Like

16 apa kata anda?

  1. Aishah Sinclair...????

    Awat tak habaq..? kalau tau, nak join jugak.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam uols,
      zaf, deme bergambor dengan aishah sinclair, tinggai abeh aishah karim tau3 :P

      Delete
  2. Wow....bestnya join program cam ni....untung sis....

    ReplyDelete
  3. Sambil menyelam minum air sangatkan part make over tu hehehe

    ReplyDelete
  4. Memang terbaik event ni di samping menyedarkan para ibu kebaikan susu dan air kosong dapat pula make up ya.

    ReplyDelete
  5. Terbaik kan event ni...
    Kami gak takdan lagi nk up entry ni

    ReplyDelete
  6. mmg bestlah event ni dpt make up free lak tu..

    ReplyDelete
  7. mmg berbeza lah muka sebelum dan selepas tu...cantik!

    ReplyDelete
  8. program yg menarik...
    memang best kalu join :)

    ReplyDelete
  9. Program yang terbaik sangat tu untung zai bertuah dapat join

    ReplyDelete
  10. atotototo main mekap2 kakak2 kite ni =)

    ReplyDelete
  11. first day uwais minum dumex dia sembelit nguuuuu

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers